Ajar Pemuda Cina Lafaz Syahadah, Tindakan FAIZAL TAHIR Undang Sebak Ramai Titip Doa Buat Mereka

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi tanahair, Faizal Tahir yang cukup terkenal dengan lantunan vocal dan lagu-lagu popularnya. Baru-baru ini, dia ada berkongsi dan memuatnaik satu video video yang memaparkan beliau duduk dan membantu seorang lelaki cina yang dipercayai mualaf melafazkan kalimah syahadah.

Menerusi hantaran di Instagramnya, pemilik nama Ahmad Faizal Mohammad Tahir yang juga pelantun lagu Maha Karya Cint aini dilihat sedang mengajar seorang jejaka untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Apabila ditanya Faizal, lelaki terbabit mengakui bahawa dia memeluk agama Islam dengan kerelaan hatinya tanpa paksaan mana-mana pihak namun tidak diketahui asal-usul mahupun namanya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 44 tahun ini turut berkongsi sepotong ayat Surah An-Nasr di ruangan kapsyen. “Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.” Surah An-Nasr (“The Help”)

Dan menjengah ruangan komen di hantaranya, ramai memuji Faizal Tahir dan tindakannya mendapat reaksi positif daripada rakan artis serta peminat. Rata-ratanya meluahkan rasa kagum serta terharu dengan usaha yang dilakukan oleh Faizal itu, dan sekaligus ramai mendoakan kesejahteraan Faizal Tahir yang membantu pemuda cina itu memeluk agama Islam. Ramai juga yang memanjatkan kesyukuran dan mendoakan agar lelaki tersebut kekal istiqamah.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

IKLAN
Share