Gaya Hidup

Aktiviti DIY Berfaedah Yang Boleh Dilakukan Di Rumah Sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan!

Sejak Tempoh Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020, Rakyat Malaysia terpaksa berada duduk di rumah dan dilarang keluar melainkan mempunyai urusan yang penting. Rata-rata rakyat Malaysia juga mula mati kutu saat berada di rumah. Sebenarnya, ada aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan ini. Contohnya aktiviti DIY. Jon Nona kongsikan DIY yang cukup berfaedah yang boleh dilakukan bersama keluarga tercinta.

MENGEMAS DAN MENGHIAS RUMAH

Masa hujung minggu hanyalah masa yang sesuai untuk mengemas dan menghias rumah. Rumah yang bersih dan kemas dapat menjamin keluarga yang bahagia. Tambahan pula, mengemas rumah bersama anak-anak dapat melatih anak-anak menjadi seorang yang betanggungjawab. Berilah peluang untuk anak-anak menghias rumah, mereka pasti menyukainya.

MECUCI KERETA

Anak-anak pasti menyukai air dan buih sabun. Aktiviti membasuh kereta sememangnya aktiviti menyeronokkan kerana anak-anak lebih suka dengan buih sabun dan juga air. Anak-anak juga dapat bermain air dan berseronok bersama ibu bapa mereka. Aktiviti ini jauh lebih selamat daripada membawa anak-anak berkelah di tepi pantai atau air terjun yang terdedah kepada risiko.

MEMASAK

Menyediakan sarapan pagi, makan tengahari atau minum petang bersama anak-anak sememangnya aktiviti menyeronokkan. Di samping dapat menyediakan makanan berkhasiat kepada seisi keluarga, anak-anak dapat belajar memasak makanan ringkas, sebagai asas sebelum ibu bapa membenarkan mereka untuk mengendalikan alatan dapur yang lain.

Antara menu ringkas yang boleh disediakan bersama anak-anak ialah sandwic, nasi goreng ataupun agar-agar. Beri mereka peluang untuk memilih bahan-bahan memasak dan menyediakan bahan mentah supaya mereka menjadi lebih kreatif.

BERKEBUN

Berkebun sememangnya aktiviti yang dapat menyihatkan badan dan juga dapat menenangkan minda. Selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan anak, aktiviti ini dapat memupuk sifat ingin tahu di kalangan kanak-kanak untuk mengenal nama tanaman, dan juga kanak-kanak belajar untuk menggunakan peralatan kebun. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk sikap cintakan alam sekitar sejak usia awal lagi. Namun pastikan kebun anda masih di dalam Kawasan rumah ya.

KESENIAN DAN KRAFTANGAN

Terdapat pelbagai aktiviti kraftangan dan kesenian yang boleh anda lakukan bersama keluarga tersayang. Kanak kanak memang suka membuat kraftangan dan ianya adalah lebih seronok jika dilakukan bersama ibu dan ayah. Biarkanlah mereka meneroka minda dan menjadi kreatif. Cadangan kami adalah seni kertas yang senang didapati dimana sahaja.

IKLAN
Share