ALHUMAIRA Buka Butik Pertama Dalam Mall, Lancar Koleksi Khas Raya 2022

Usaha kuat dan kekal positif merupakan elemen penting yang perlu ada di dalam diri setiap usahawan, apatah lagi dalam mengharungi pandemik COVID-19.

Dua tahun berhadapan dengan pandemik COVID-19, turut memberi kesan kepada Alhumaira dalam meneruskan empayar perniagaannya.

Namun, berbekalkan semangat selama 12 tahun berkecimpung di perniagaan industri fesyen Muslimah tanah air, Alhumaira kini mengorak langkah dengan pembukaan flagship store pertama di dalam pusat membeli-belah iaitu di KL East Mall pada 26 Mac 2022.

Menurut pengasas Alhumaira, Hani Elia Rousli, naik turun sesebuah perniagaan itu adalah lumrah.

Ini merupakan butik pertama Alhumaira di dalam pusat beli-belah dan juga batu loncatan buat Alhumaira untuk terus berkembang lebih maju.

Pengasas Alhumaira, Hani Elia Rousli.

“Keputusan saya untuk membuka cawangan butik di dalam pusat membeli– belah setelah kita menghadapi zaman pandemik COVID-19, ternyata bukanlah sesuatu yang mudah.

Pemilihan lokasi di dalam pusat beli- belah ini tentunya memberi kemudahan kepada penggemar Alhumaira, juga

untuk menarik minat orang baru untuk memilih jenama kami dan fesyen Muslimah yang kontemporari,” katanya.
Duta Alhumaira, si cantik manis Qasrina Qarim.

Mengutamakan keselesaan pengunjung, butik Alhumaira ini menitikberatkan ketelitian dari sudut dekorasi, gaya dan warna.

Rekaan dalaman butik mengetengahkan tema ‘seamless’ dan elegan. Turut diterapkan sentuhan feminin sebagai lambang identiti jenama fesyen Muslimah yang sofistikated.

KOLEKSI KHAS RAYA
Bersempena dengan pembukaan butik ini juga, Alhumaira mengambil kesempatan melancarkan koleksi khas Raya mereka, yang diberi nama #SempurnaRaya2022 sebagai persediaan awal menyambut bulan Syawal.

Hadir dengan 2 jenis tudung iaitu printed

dan plain, koleksi #SempurnaRaya2022 mempunyai lebih daripada 6 barisan nama, yang mana Alhumaira akan memperkenalkan satu persatu pada setiap minggu bermula pada awal bulan Mac lalu sehingga awal Mei depan, melalui media sosial Alhumaira.

Alhumaira turut mensasarkan Shah Alam atau Setia Alam untuk pembukaan butik seterusnya bagi memenuhi permintaan para penyokong di kawasan itu.

IKLAN
Share