AliffbySha V Five Inspired Woman & Romah Makan Terlajak Laris, Buah Tangan Baru DATO’ SRI ALIFF SYUKRI!

Siapa yang tidak kenal dengan Dato’ Sri Aliff Syukri, seorang yang sangat hebat dalam perniagaan. Macam-macam cabang perniagaan diterokanya. Jatuh dan bangun ditambah pula dengan kecaman kini menjadi sebahagian daripada lumrah kehidupan ikon tersohor ini. Bagi Dato’ Sri Aliff, pantang menyerah sebelum berjuang.

Diari bisnes Dato’ Sri Aliff terus rancak dengan ‘buah tangan’ baru di mana kelmarin 23 Januari 2018 berlangsungnya majlis pelancaran dua jenama namun dengan perkongsian berbeza iaitu Koleksi AliffbySha V Five Inspired Woman dan Romah Makan Terlajak Laris.

ROMAH MAKAN TERLAJAK LARIS

Buat julung kalinya, Dato’ Sri Aliff melancarkan pembukaan restoran miliknya sendiri iaitu Romah Makan Terlajak Laris yang menjadi simbolik kepada minat beliau iaitu memasak lauk pauk kampung.

“Disebabkan saya gemar berkongsi apa yang dimasak di media sosial makin banyak permintaan daripada pengikut-pengikut untuk saya lebih kerap berkongsi cara memasak di samping resepi-resipi tradisional Melayu dari air tangan saya.

Kini ia menjadi kenyataan apabila mereka boleh berkunjung ke Romah Makan Terlajak Laris di Kota Damansara ini untuk merasai sendiri keenakan hidangan Melayu cita rasa Kelantan, Pahang termasuk Jawa dan Banjar pada harga berpatutan.

Percayalah, anda pasti tidak akan kecewa. Ia turut mengembalikan nostalgia suasana kampung dan air tangan ibu yang sering kita rindui,” kongsi Dato’ Sri Aliff yang sentiasa mendapat sokongan padu daripada isteri tercinta, Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid.

Romah Makan Terlajak Laris dibuka setiap hari bermula pukul 8.30 pagi hingga 1 pagi sambil dihiburkan dengan alunan muzik tradisional. Restoran ini turut menyediakan ruang acara buat mereka yang berminat mengadakan sebarang majlis keraian di Romah Makan Terlajak Laris.

KOLEKSI ALIFF BY SHA V FIVE INSPIRED WOMAN

Rentetan kejayaan kolaborasi AliffbySha X GoHalal maka tercetus pula kempen penjenamaan kolaborasi baru dengan simbolik ‘V’ atau venture iaitu Koleksi AliffbySha V Five Inspired Woman yang bakal dipasarkan pada 30 Januari 2018. Lima wanita inspirasi tersebut ialah Datin Sri Nur Shahida, Joy Revfa, Nabila Razali, Uyaina Arshad dan Nadia Annuar.

Pemilihan mereka disokong dengan profil personaliti yang kuat antaranya memiliki populariti dan pengikut yang ramai di samping imej berhijab, moden namun masih mengekalkan ciri-ciri wanita timur, berdaya saing, dihormati serta dijadikan idola kejayaan kebanyakan wanita di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Masing-masing mewakili dua corak tudung berkonsepkan bawal sutera satin yang direka khas oleh AliffbySha berinspirasikan personaliti dan imej mereka. Setiap corak turut dicetak nama mereka yang mewakili corak tersebut.

Koleksi ini dijual pada harga RM99 sahaja dan boleh diperoleh melalui stokis dan agen seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura serta laman web rasmi AliffbySha. AMY MOHD

 

 

 

 

 

IKLAN
Share