“Allahu, Tak Sempat Peluk Mama!” Anak Arwah Shadiya Abbas Sebak Tunggu Jenazah Lepasi Ujian COVID-19

Berjurai-jurai air mata penulis membaca luahan anak arwah Ustazah Shadiya Abbas, Ahmad Al Fateh ini. Semua perasaan bergaul, mengenangkan betapa sedihnya kehilangan seorang ibu buat selama-lamanya.

Innalillahiwainnailaihiroojiun… Mama dh kembali kepada Allah, kenapa awal mama pergi? Mama mesti menikmati di syurga kan? Seronoknyaa… Mama, tahun lepas raya 2019 tapi raya tahun ni (2020) dah xde peluang utk mama suapkan saya…

Mama masak sedap… Mama adalah hero saya, time saya susah mama yang tolong saya. Bila saya stres, mama tenangkan saya. Bila saya marah kat mama, mama redha dgn apa yg saya buat kt mama.

Mama dah tolong banyak orang termasuk saya. Mama la mama yg paling terbaik. Tak sempat saya nak peluk mama.. Salam mama.. Cium pipi mama.. Ya Allah… 5/4/2020 mama dah tinggalkan family kita.. Saya menangis mama dah takde bila saya baca group WhatsApp.

Facebook Ahmad Al Fateh

Saya rasa mustahil mama dah tiada di hati saya. Mama sentiasa doakan saya supaya saya menjadi seorang penghuffaz Al-Quran. Mama jugak ada tegur, nak main game tu, kena ada masa dia. Jangan main selalu dan jangan sampai ketagih mcm dadah. Haihh banyak nasihat mama kat saya.

Terima kasih mama jadi mama saya. Mama dah buat macam-macam yang saya nak. Saya doakan mama agar mama diampunkan dosa, dan saya doakan agar dimasukkan ke syurga firdaus. Assalamualaikum mama. InsyaAllah kita akan bertemu di syurga. Tunggu saya tau ma? Sayang mama!!!

Ahmad Al-Fateh juga turut menasihati rakan sebayanya supaya menghargai ibu bapa masing-masing kerana kita tidak tahu bila waktunya akan kehilangan mereka.

Pulang Ke Rahmatullah

Akhir-akhir ini, kita selalu mendengar betapa ramainya orang-orang soleh yang telah dijemput pulang ke kampung abadi. Terbaru, pemergian mengejut pendakwah kesayangan ramai, Ustazah Shadiya Abbas pada pagi tadi akibat masalah pernafasan.

Arwah pernah menjadi pengacara program Haiwan Teladan dan Fiqh Wanita di TV3 dan penyampai radio Ikim FM. Semenjak tempoh PKP, arwah dikatakan sangat aktif berdakwah. Beliau meninggalkan dua orang anak hasil perkahwinannya selama 17 tahun dengan senior beliau di Universiti Malaya, Ustaz Muhammad Khairul Azman Md Daud.

Memetik sedikit luahan rakan arwah, Muzayyanah Abdullah sepanjang bersahabat dengan pendakwah ini, menambah rasa kagum terhadap ilmuwan wanita yang kini sedang menyambung pengajiannya di peringkat Master.

Saat ini, sayu membaca FB suaminya. Disebabkan takdir-Nya meninggal musim COVID-19 dan malam tadi suaminya bawak ke emergency sebab sesak nafas. Pihak hospital simpan jenazah untuk double check sama ada positif COVID-19 atau tidak. Allahu. Kuatlah duhai suami mulia dan seluruh ahli keluarga yang menyayanginya. Semoga almarhumah yang baik ini menanti kalian di syurga untuk kekal bersama selamanya.

Ya Rob… aku amat terkesan. Kerana apa yang biasa dia lontarkan dalam kuliah-kuliah pengajian adalah yang sama biasa aku ucapkan. Dia update FBnya dengan doa ingin sampai ke Ramadan. Ternyata Allah jemput dia pulang sebelum Ramadan. Allah. Anak-anak muridnya adalah anak-anak muridku jua. Ramai sungguh yang ingin ziarah. Namun apakan daya di musim-musim begini. Kita doakan almarhumah kesayangan kita ini ye duhai kesayangan ustazah sekalian.

Kita doakan jenazah yang baik ini segera disempurnakan dengan penuh kebaikan. Rohnya diangkat ke langit Allah penuh kemuliaan. Kami menjadi saksi dia sahabat mulia yang sering mengajak kami kepada kebaikan. Bahasa suaminya yang amat reda akannya amat aku cemburui.

Suami Berat Hati

Khabar sedih itu diluahkan sendiri oleh suami arwah, Ustaz MK Azman melalui laman Facebook beliau.

“BERAT hati nak meninggalkan guru, teman, buah hati saya di Hospital Sungai Buluh ini.”

Post yang ditulis dari Unit Kecemasan Hospital Sungai Buloh itu turut menyatakan bahawa punca kematian arwah adalah sesak nafas atau asma.

Suami arwah turut memberitahu jenazah isterinya masih berada di Hospital Sungai Buloh bagi menjalani ujian untuk mengetahui sama ada kematiannya berpunca daripada jangkitan COVID-19 atau sebaliknya.

“Oleh kerana kematian berlaku pada musim COVID-19, pihak hospital terpaksa buat ujian sama ada arwah positif atau tidak. Saya perlu tunggu 24 jam untuk dapatkan keputusan itu, bermakna esok jenazah akan ditentukan bagaimana dan di mana akan dikebumikan.

Jadi, jenazah akan disimpan dahulu di Hospital Sungai Buloh. Insya-Allah, saya kuat kecuali jika anda menghubungi saya.

“Doakan ya sahabat-sahabat sekalian,” katanya.

Dijemput Sebelum Ramadan

Kematian merupakan satu kepastian bagi setiap insan yang bernyawa. Apabila ketetapan umur telah tiba ke penghujungnya, maka terputuslah kehidupan manusia dengan dunia tanpa cepat atau lambat sesaat pun.

Terdapat hadis yang marfu’ daripada Nabi SAW bahawa di antara tanda-tanda kiamat adalah banyak berlaku kematian secara mengejut.

Menurut Syeikh Yusuf al-Wabil di dalam kitabnya, kejadian ini sudah dapat disaksikan pada waktu ini di mana banyak terjadi kematian yang mendadak kepada manusia. Seakan-akan kita menyaksikan seseorang yang dilihat sihat atau segar, tiba-tiba dia mati secara mendadak (atau tanpa disangka-sangka) yang sekarang boleh ditafsirkan seperti seseorang yang terkena serangan jantung. [Lihat: Ashrat al-Sa’ah, 172]

Salam takziah buat keluarga dan Al-Fatihah buat arwah Ustazah Shadiya Abbas.

IKLAN
Share