Alter Ego Aina Irdina, Tak Sangka Goal Shooter Yang Hebat Ini Rupanya Seorang Model!

Berbeza dari gadis-gadis lain, Aina Irdina Azni jelas cukup fokus dalam merencanakan masa depannya. Pada usia 24 tahun, dia bukan saja mempunyai kerjaya mantap di sektor kerajaan, malah atlet bola jaring ini juga menceburi bidang seni seperti modelling, pengacaraan dan lakonan.

Di bawah monitoring 1O1stylegarage, wajah Aina kini semakin laris dan menjadi buruan penggiat seni. Terkini, Aina yang menjadikan Scha Alyahya sebagai idola itu baru saja tampil dalam video muzik Fanzi Ruji berjudul Hati Nan Rapuh.

Nona: Bagaimana bermulanya langkah pertama Aina dalam dunia modelling?

Aina: Bakat dan potensi saya dikesan oleh 1O1Talent, dimana Principal Manager saya sekarang adalah IDr Mohd Nizar. 1O1 believe that i can do well in modelling, acting and hosting.

Nona: Sebagai seseorang yang sudah mempunyai kerjaya tetap, bagaimana anda membahagikan masa untuk kerja, keluarga dan diri sendiri?

Aina: Sebenarnya memang saya bekerja mengikut waktu pejabat dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang, setiap Isnin sampai Jumaat. Tak dinafikan perlu komitmen yang sangat tinggi kalau nak seimbangkan masa antara famili dan diri sendiri. Jadi biasanya saya sediakan jadual yang ringkas dan senaraikan tugas yang perlu dibuat agar pengurusan masa itu lebih kemas. Cara itu juga, saya takkan terlepas momen-momen indah dalam hidup ni.

Nona: Pencapaian anda dalam sukan bola jaring dan cita-cita dalam sukan ni?

Aina: Kalau ikutkan masa sekolah dulu, saya pernah sampai ke tahap mewakili Negeri Selangor. Sekarang bila dah bekerja, saya mewakili syarikat pula bagi menyertai pelbagai kejohanan yang telah dijalankan. Sambil tu saya juga aktif dalam open tournaments netball di sekitar KL dan Selangor. So far setiap tournament yang disertai, mostly ada placing and I hope kalau diberikan peluang, saya nak pergi ke peringkat yang lebih tinggi.

Nona: Hobi dan minat anda pada waktu lapang?

Aina: Saya suka habiskan waktu lapang dengan bersukan. Sebagai peminat sukan bola jaring, saya selalu join open tournaments. Biasanya saya akan main posisi Goal Shooter (GS) dan target saya jelas nak jaringkan bola sebanyak mungkin. Kalau takde aktiviti or game yang dianjurkan, saya akan habiskan waktu lapang dengan famili dan kawan kawan.

Nona: Zaman ini ramai rakan sebaya dan selebriti amnya berlumba-lumba mengejar populariti di media sosial demi meraih followers tinggi. Apa komen anda?

Aina: Media sosial adalah platform yang sangat berkesan untuk meningkatkan populariti. Dalam kalangan selebriti, ia digunakan untuk berinteraksi dengan peminat. Semakin banyak followers, semakin luas liputan dan itu sangat bermanfaat kepada golongan seni. Komen saya, gunakan platform media sosial ini sebaik-baiknya untuk menyebarkan benda-benda yang positif.

Nona: Kata orang, kalau nak berjaya dalam industri ni, wajah cantik mesti selari dengan bakat. Tapi sekarang ada tambahan… followers media sosial pun mesti tinggi baru dapat perhatian produser. Betul ke?

Aina: Dari perspektif seorang produser, populariti seseorang talent itu penting untuk tujuan promosi produk yang dikeluarkan oleh syarikat produksi. Namun bagi saya, sebaiknya biarlah keupayaan talent diukur berasaskan bakat dan potensi yang ada. Populariti tu penting namun ia tidak menjamin kualiti terbaik.

Nona: Apa pandangan anda bila orang kata, wanita cantik high maintainance. Setuju atau sebaliknya?

Aina: Bagi saya, persepsi wanita cantik itu high maintainance sepatutnya tidak perlu wujud. Kecantikan tu subjektif dan most of the time, tidak perlu pun high maintainance untuk menampakkan seseorang itu cantik atau bergaya but it depends atas individu tersebut dan kemampuan masing-masing.

IKLAN
Share