Amal 7 Menu Ini Ketika DEMAM Kalau Nak Cepat Sembuh

Keadaan musim sekarang yang tak menentu menyebabkan kesihatan turut terjejas. Selain batuk, demam adalah paling banyak terjadi di kalangan kanak-kanak juga dewasa. Apabila kesihatan terjejas ia akan mempengaruhi banyak perkara termasuk dari segi kerja, rutin harian dan sebagainya.

Ketika anda merasai ada tanda-tanda akan diserang selesema mahupun demam segera amalkan 5 menu ini agar daya tahan badan lebih kuat dan sakit pun tidak berpanjangan.

SUP AYAM

Semangkuk sup ayam panas sangat membantu dalam memerangi gejala demam. Menghidu wap dari sup panas membantu melegakan hidung yang tersumbat. Makan sup ayam panas turut dapat menggantikan cecair yang hilang akibat demam.

MINUMAN HERBA

Menghidu wap teh hijau, kunyit, halia mahupun lemon panas yang dicampur dengan sedikit madu dapat membantu melancarkan pernafasan dan mengelakkan dehidrasi.

BAWANG PUTIH

Kajian menunjukkan amalan memakan bawang putih setiap hari selama tiga bulan berturut-turut sebagai makanan tambahan jarang diserang demam. Bawang putih mengandungi allicin menghasilkan antioksidan yang dapat memerangi bakteria, virus dan kulat. Makan secara mentah atau dalam bentuk kapsul. Sama saja khasiatnya.

MAKANAN PEDAS

Ketika demam, makan hidangan pedas merupakan salah satu perkara penting kerana selain untuk daya tahan badan makanan pedas juga dapat melegakan hidung yang tersumbat.

KEKACANG

Menurut kajian dari Harvard Medical School, polyunsaturated fats diperlukan untuk membantu sistem daya tahan badan terutama kandungan dalam kacang seperti badam dan walnut yang bermanfaat untuk mencegah dan meredakan demam.

UBI MERAH

Ubi merah mengandungi beta-carotene yang baik untuk badan. Vitamin A yang ada di dalamnya mampu mencegah kerosakan sel akibat radikel bebas. Ubi merah juga mampu menguatkan daya tahan badan di kala demam.

BUAH OREN

Kajian menunjukkan seseorang yang mengalami stres atau tinggal di iklim yang sejuk mengamalkan Vitamin C sebanyak 2000 mg bagi menghindari demam. Tetapi dos yang tinggi ini seringkali menyebabkan sakit perut atau cirit birit. Sebaiknya, gantikan dengan buah oren atau buah-buahan lain serta sayuran yang turut mengandungi vitamin C. AMY MOHD 

IKLAN
Share