Gaya Hidup

Amal Jamu Lebih 20 Tahun Rahsia LYNDA MANAN, Bekas Dewi Remaja 1990/1991 Ini Awet Muda!

Hendak cantik memang memerlukan komitmen yang tinggi. Tanpa mengeluarkan duit yang banyak pun, seseorang wanita itu masih boleh mengekalkan keaslian tubuh dan wajah dengan hanya bersandarkan kepada khasiat semula jadi. Haslinda Abdul Manan, bekas Dewi Remaja 1990/1991 ini sendiri telah membuktikan pengambilan jamu herba dalam diet harian memberi kesan mujarab terhadap kesihatan dirinya.

Menginjak usia 47 tahun, Lynda tanpa berselindung mengakui mula mengamalkan Jamu Tuanpah sejak kelahiran anak sulungnya yang merupakan bekas finalis Hero Remaja 2017, Adam Yusuf. “Sejujurnya saya hanya minum air putih saja dan tak minum air kafein macam kopi atau teh. Selain banyak minum air kosong, saya juga suka senaman kardio dan kerap pergi mendaki bersama kawan-kawan.

Di samping itu, saya juga pengamal tegar Jamu Tuanpah sejak 25 tahun yang lalu. Ia produk herba dari Kedah dan saya memang sudah lama amalkan dari Adam masih kecil lagi. Alhamdulillah, jamu tersebut berkesan untuk diri saya terutamanya untuk kesihatan dalaman seperti melancarkan pembuangan angin dalam badan, melegakan sengal-sengal, meningkatkan seri wajah dan anti oksidan,” ujar Lynda yang seangkatan selebriti Kuza sewaktu menyertai pertandingan Dewi Remaja 1990/1991.

Menyentuh pembabitan anak terunanya sebagai finalis Pencarian Hero Remaja 2017, ibu kepada tiga orang anak ini nyata tidak menyangka Adam turut tertarik untuk mengikut jejak langkahnya. Berpeluang menemu bual anak lelaki sulung Lynda, graduan Komunikasi Massa dari Taylor Lakeside University ini berkata penglibatannya dalam pertandingan tersebut kerana meminati bidang seni serta lakonan.

“Memang my mom ada bagi tip misalnya cara menjaga postur badan, cara senyum dan menjaga mata ketika di depan kamera. Katanya, dia tak kisah saya menang atau tidak. Yang paling penting saya kena selesa dan mampu atasi cabaran sepanjang mahupun selepas pertandingan ini selesai. Kena kuat minda, jaga diri sendiri, jaga nama baik keluarga dan merendah diri.”

Meskipun bergelar kepada tiga orang anak iaitu Adam (27), Iman (23) dan Emily (13) tahun, Lynda yang bertugas sebagai Koordinator Pembelian di syarikat minyak dan gas cukup menjaga penampilan diri. Bukan kerana dia adalah bekas Dewi Remaja semata-mata sebaliknya dia punya perspektif tersendiri mengenai perkara tersebut.

“Bagi saya sebagai perempuan tidak kira yang berkerjaya atau tidak, penampilan diri mesti dijaga untuk memberi keyakinan pada diri lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan ramai orang. Bahkan penampilan diri juga mencerminkan keperibadian individu,” tegasnya sambil mengukir senyuman.

IKLAN
Share