Amalkan Langkah Selamat ini Ketika Membeli Barang Keperluan Pada Bulan Ramadan!

Hari ini sudah masuk hari ke-4 umah islama menjalani ibadah puasa. Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, pastinya suasana menyambut bulan Ramadan agak berbeza jika dibandingkan tahun sebelumnya.

Manakan tidak, jika sebelum ini, terdapat banyak bazar Ramadan yang boleh pergi untuk membeli juadah. Tapi tahun ini, semua bazar tidak dibenarkan beroperasi gara-gara krisis yang sedang melanda. Walaubagaimanapun, ralyat Malaysia masih boleh membeli brang keperluan di kedai atau pasar raya yang dibenarkan beroperasi.

Namun, harus diingatkan, langkah keselamatan perlu diambil kira lagi-lagi ada bulan Ramadan ini. Maklumlah, mungkin kesibukan atau kesesakan orang membeli barang agak berbeza jika dibandingkan waktu sebelum bulan Ramadan. Jom Nona kongsikan Langkah-langkah selamat yang perlu diamalkan ketika membeli barang keperluan!

 

1. Pakai penutup hidung dan mulut serta sarung tangan.

2. Ketika membeli barang keperluan, kekalkan jarak satu meter dari orang lain dan elakkan menyentuh mata, mulut dan hidung.

3. Jika boleh, pastikan anda sanitize pemegang troli atau bakul sebelum menggunakannya.

4. Sebaik pulang dari membeli barangan dapur, buka penutup mulut dan hidung dan masukkan ke dalam plastik dan buang ke dalam tong sampah.

5. Elakkan menyentuh atau memeluk ahli keluarga.

6. Terus ke tandas, tanggal dan rendam pakaian dalam air sabun.

7. Sanitize permukaan yang telah dipegang.

8. Mandi seluruh tubuh sebersihnya.

IKLAN
Share