Ambil Inspirasi SABAR Dalam The Heritage dUCk, Rai Aidilfitri Penuh Gaya

Setiap tahun apabila menjelang hari raya pasti ramai menanti konsep yang bakal ditampilkan the dUCK Group. Ambil inspirasi sabar (patience), tahun ini jenama tudung ini turut sama memeriahkan Syawal yang bakal menjelang tak lama lagi dengan koleksi yang begitu istimewa.

Menampilkan koleksi The Heritage dUCk untuk gaya raya yang glam penuh pesona. Menariknya, koleksi The Heritage dUCk ini telah ambil inspirasi sabar dalam budaya Melayu di sebalik industri seni ukiran kayu.

Sememangnya seni ukiran kayu memerlukan kesabaran yang tinggi demi menghasilkan seni yang berkualiti dan penuh dengan nilai estetika.

Menelusuri perjalanan koleksi The Heritage dUCk yang mengangkat seni ukiran sebagai motif utama ini sangat mengujakan. ‘Cinta’ bersemi sewaktu bertemu dengan Pak Osman seorang pakar ukiran kayu yang terkenal di Terengganu.

Pengalaman Pak Osman dalam industri seni kraf ini telah menginspirasikan konsep sabar dalam menghasilakn rekaan Aidilfitri tahun ini. Keindahan seni ukir hanya diperolehi setelah melalui fasa mengukir yang menuntut kesabaran yang tinggi.

Bagi menghayati keindahan seni yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ini, lahirlah The Heritage dUCk bagi menceriakan Syawal yang sudah dua tahun disambut dalam norma baharu.

Teruja bercerita tentang koleksi terbaharu ini, Pengarah Kreatif The dUCk Group, Jacky Hussein mengulas lanjut tentang konsep sabar yang diketengahkan.

“Cabaran dua tahun lalu apabila kita terpaksa merayakan Aidilfitri berjauhan dengan insan tersayang begitu menyentuh hati. Kita begitu rindu untuk berjumpa sanak saudara yang jauh di mata, memasak juadah hari raya bersama-sama dan memohon kemaafan bersama keluarga.

Tahun ini kita berpeluang untuk mengimbau detik-detik terindah Syawal bersama keluarga tersayang. Pengorbanan sebegini sememangnya memerlukan masa,” kata Jacky Hussein.

Tambahnya lagi, “Raya tahun ini, kami di The dUCk Group telah menyuntik inspirasi nilai sabar kerana ia telah mengajar kita untuk menjadi tabah dari segi rohani dan mendorong kita untuk mengingatkan satu sama lain untuk terus melakukan perbuatan baik.

Selain itu, kami tertarik dengan keindahan warisan ukiran kayu Melayu daripada lengkungan halus hingga ke motif ukiran. Kami sangat teruja dapat menghidupkan seni ukiran kayu ini menerusi koleksi The Heritage dUCk,” ulasnya.

Koleksi ini menampilkan tudung, beg, aksesori, wangian serta ready to wear untuk orang dewasa dan anak kecil mereka, dUCklings!

Baca juga; Sopan Dan Modest Cutting, Ini Istimewanya The Sporty dUCk Guna Teknologi Daripada Kopi

IKLAN
Share