Ambil Peduli Dengan 6 PETANDA AWAL Ini Yang Menjadi Punca Masalah KESUBURAN!

Bagi kebanyakan pasangan, tanda-tanda awal yang mungkin menunjukkan masalah kesuburan ialah ketika anda berdua sudah melakukan hubungan intim secara rutin selama lebih setahun tetapi masih belum hamil. Tahukah anda walaupun kitaran haid teratur, rutin hubungan intim juga teratur serta tiada masalah kesihatan, kebarangkalian anda dan pasangan untuk mengalami masalah ketidaksuburan tetap ada.

Berikut 5 tanda-tanda awal yang perlu anda ambil peduli. Jika anda mengalaminya, tiba masanya untuk anda dan pasangan mendapatkan nasihat doktor pakar bagi tindakan seterusnya.

  • KITARAN HAID TIDAK TERATUR

Jika kitaran haid terlalu singkat atau terlalu panjang (kurang daripada 24 hari atau lebih daripada 35 hari) atau datang bulan secara tak menentu segeralah dapatkan nasihat pakar. Kitaran tak teratur boleh menjadi petanda masalah ovulasi.

  • PENDARAHAN TERLALU BANYAK ATAU SEDIKIT

Kitaran haid selama 3-7 hari adalah normal. Namun, jika ia terlalu singkat atau berlebihan anda perlu dapatkan nasihat pakar. Paling dibimbangi jika berlakunya pendarahan tak menentu dari bulan ke bulan sama ada dari segi warna, tempoh dan kuantiti. Atau anda mengalami senggugut yang sangat teruk setiap kali haid. Ia juga menjadi petanda masalah ketidaksuburan.

  • USIA MELEBIHI 35 TAHUN

Tahap kesuburan bagi wanita berusia lebih 35 tahun akan menurun. Pada usia 30 tahun peluang untuk hamil adalah 20 peratus. Ketika usia 40 tahun peluang kian menurun iaitu dalam 5 peratus. Maka, jika usia anda melebihi 35 tahun dan berhasrat untuk hamil minta nasihat doktor pakar terlebih dahulu bagi mendapatkan panduan.

  • KEKURANGAN ATAU BERLEBIHAN BERAT BADAN

Terlalu kurus atau gemuk berisiko untuk kurang subur. Diet berlebihan atau terlalu ekstrem berolahraga pun boleh membawa kepada masalah kesuburan. Sentiasalah melihat kepada Indeks Massa Tubuh (BMI) anda agar berada dalam skala yang sihat.

  • TIGA KALI KEGUGURAN BERTURUT-TURUT

Umumnya para doktor tidak menganggap keguguran sebagai masalah kesuburan. Namun jika terjadi tiga kali berturut-turut ia boleh menjadi salah satu punca masalah kesuburan. Pemeriksaan kesuburan dibuat ke atas wanita yang mengalami masalah ini seterusnya doktor akan memberi nasihat rawatan yang terbaik.

  • MENGHIDAP PENYAKIT KRONIK

Penyakit kronik seperti diabetes berserta ubatannya boleh menjejaskan kesuburan. Antaranya insulin yang boleh mengganggu kitaran haid. Jika anda seorang pesakit kronik atau sedang dalam rawatan, dapatkan nasihat doktor tentang peluang anda untuk hamil.

 

IKLAN
Share