Wah, tak sangka isteri kepada bekas personaliti TV, Saiful Nizam Ismail ni cukup fasih berbahasa Al-Quran. Dah macam tengok channel TV negara Arab pula. Walaupun ia bukan perkara asing tapi tiap kali dengar orang Malaysia kita bertutur dalam Bahasa Arab.. terus rasa kagum. Bukan senang hendak menguasai bahasa indah ini.
Apa yang pasti, video yang dimuat naik Aida atau nama sebenarnya Khairul Noormaaidah Zali ini di laman Instagram berjaya menarik perhatian. Dengan jumlah tontonan lebih 20 ribu, ramai di kalangan pengikutnya memuji dan mengagumi kelancaran Aida bercakap dalam bahasa tersebut.
Kongsinya, “Kenal my syurga Saiful Nizam pun dari bab cakap Arab la. Jom sikit-sikit kita belajar Bahasa Al-Quran. Today Aida kongsikan sikit tip penjagaan kesihatan di bulan lebaran! Next korang nak Aida cakap ‘Arab’ untuk video tutorial Tudung or Makan sushi? Rindunya zaman Diploma Bahasa Arab & Tamadun Islam dulu nak-nak time kem Mukhayyam Arabbiy. Siapa silap cakap Melayu kena bayar 20 sen 1 perkataan. How time flies.”
Seronokkan dengar? Terus rasa hendak belajar bahasa Arab sekarang juga!
Ads
Aida merupakan juara bagi program realiti Gadis Melayu terbitan TV9 sekitar tahun 2009 sebelum terbabit dalam bidang penyiaran dan bergelar pengacara untuk rancangan Apa Ke Halnya, Madinah Ya Rasulullah, Akademi Al- Quran, Adam Hawa dan banyak lagi.
Memandangkan sudah berkeluarga dan mempunyai dua orang anak, Aida kini aktif menceburi perniagaan dengan menguruskan butik muslimah Citraida dan mengusahakan kafe makanan Jepun, Succi Sushi.
Sumber: Instagram Aida Citra Aida
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak berperikemanusiaan! Apalah dosa pembantu rumah Pakistan ini sampai si majikan sanggup meragut nyawa gadis tersebut dengan tangan sendiri. Sudahlah tak diberikan hak sebagai manusia dan dibiarkan kebuluran… tanpa rasa bersalah, dicampak pula mayat mangsa ke dalam longkang. Memang zalim!
Mula berkhidmat sebagai amah di rumah majikannya sejak lapan bulan lalu, fizikal Uzma Bibi yang hanya berusia 16 tahun berubah daripada seorang gadis yang ceria dan sihat… menjadi tak terurus, kurus kering dan lebam-lebam.
Memetik laporan sebuah televisyen Pakistan, insiden tersebut mendapat perhatian meluas masyarakat di sana dan dikhabarkan Uzma turut mengalami keretakan tulang akibat kerap dibelasah. Awal minggu ini, kepala gadis berkenaan mengalami kecederaan serius akibat hentakan objek tajam oleh majikannya.
Semuanya gara-gara Uzma mengambil sedikit makanan dari pinggan anak majikan. Aduh, tak luak pun kalau hanya ambil sedikit!
Rentetan hentakan itu mangsa tidak sedarkan diri. Lebih menyedihkan, walaupun keadaan Uzma cukup serius… namun majikannya tetap enggan membawa pembantu rumah ini ke hospital. Sebaliknya menggunakan renjatan elektrik dalam usaha ‘menghidupkannya’ kembali.
Sebuah lagi stesen televisyen, Dunya TV melaporkan Uzma turut dicekik dan mayatnya dicampak ke longkang. Mungkin kerana takut dan mahu menutup perbuatan jahatnya itu.
Hasil kerjasama masyarakat dan pihak berkuasa, tiga suspek wanita ditahan untuk membantu siasatan dan polis mengesahkan kesemua mereka mengaku melakukan penderaan tersebut ketika disoal siasat.
Satu persatu ‘kerja’ buruk mereka terbongkar apabila video memaparkan Uzma dalam keadaan tidak bermaya dipaksa makan, menjadi viral di media sosial. Susulan penularan berita dan video malang Uzma, ramai yang mendesak Perdana Menteri Pakistan campur tangan dan mahu ketiga-tiga suspek dijatuhi hukuman mati.
Moga si pelaku mendapat hukuman setimpal dan dengan penularannya kisah ini dapat membuka mata masyarakat supaya tidak sesekali menganiaya pembantu rumah hingga menjurus kepada kematian.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buka saja media sosial hari ini penuh dengan cerita gempak pelancaran koleksi Be Lofa yang berlangsung di sebuah kelab malam semalam. Pelbagai reaksi daripada netizen dilemparkan terhadap Neelofa lantas menjadikan ia isu paling hot dan trending mengatasi kisah selebriti lain. Adakah ini antara strategi yang sememangnya telah dirancang oleh pihak pengurusan Neelofa? Apa-apa pun, koleksi Be Lofa-Turban laris seperti pisang goreng panas apabila kurang daripada 24 jam telah sold out. Tahniah Neelofa and team!
Noor Neelofa Mohd Noor, antara selebriti yang sering terpalit dengan pelbagai kisah kontroversi. Meskipun berdepan bermacam-macam ujian dan kritikan bergelar anak seni mahupun kariernya sebagai usahawan, wanita berjiwa kental ini masih mampu tersenyum dan kekal positif. Itulah kekuatan luar biasa yang dimiliki pelakon dan pengacara popular ini hingga mampu membuatkannya berada di tahap sekarang. Bukan senang ya hendak jadi ‘kebal’ macam Neelofa!
Sempena pelancaran tudung terbaharunya, Be Lofa semalam, selebriti ini kembali menjadi bualan ramai. Mengakui sudah bersedia dengan kecaman masyarakat tentang pelancaran koleksi berkenaan, Neelofa dengan nada tenang berkata sudah tiba masanya untuk dia memikirkan pula kemahuan diri. “Enough to please people dan buat orang lain happy. I want to be happy. Cukup-cukuplah apa orang kata. It’s what you want now dan sampai masa just be yourself.
Menekankan 10 elemen Be’s untuk koleksi Be Lofa ini sebagai inspirasi yang menggambarkan bagaimana wanita di luar sana boleh mencipta kejayaan sepertinya, berikut kenyataan tegas Lofa dalam majlis tersebut. “Every night when I go to bed, I aim to be a better and wiser person when I wake up. So I always practice meditation, my family and friends know that I am type of person who love to meditate.Reason why I pilih 10 Be’s adalah saya nak orang tahu saya dapat inspired every day to improve myself.
Bukannya tiba-tiba boleh sampai tahap ini. Macam-macam yang saya buat sebenarnya. Jadi ini adalah benda yang saya implement dalam diri khas buat peminat yang menjadikan saya sumber inspirasi,” antara 10 Be’s yang diketengahkan termasuk Be Inspired, Be Empowered, Be Unstoppable, Be Extraordinary, Be Grounded, Be Fashionable, Be Adventurous dan Be Sparkly.
Koleksi Be Lofa merupakan koleksi keempat yang dikeluarkan Naelofar Hijab sempena hari lahir Lofa ke-29 pada 10 Februari lalu. Hadir dengan dua pilihan iaitu Be Lofa – Shawl dan Be Lofa – Turban, setiap satunya mula dijual hari ini pada harga RM149 dan RM73.
Menyentuh penggambaran drama ‘Ti Amo Sweetheart, 100 hari’ di Rom, Itali baru-baru ini, Lofa turut menyifatkan hero drama tersebut, Zul Ariffin seorang yang cukup profesional. “Bila on set kami senang dapat keserasian. Ingatkan akan jadi awkward. Tapi first scene terus dapat dan jadi natural. Baik saya mahupun Zul, masing-masing tahu apa yang patut kami buat. Saya suka jalan cerita drama ni dan skrip pun sangat bagus termasuk bekerja dengan semua pelakon lain. Harap, resultnya nanti pun akan baik-baik juga.”
Dalam drama ini Lofa melakonkan watak heroin iaitu Malissa yang ditinggalkan suaminya setelah setahun mendirikan rumah tangga. Moga lakonan Lofa kali ini mampu mencipta fenomena seperti yang pernah diraihnya suatu masa dulu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penantian dan usaha pencarian mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali, Selangor berakhir selepas mayat mangsa itu ditemukan pada petang 24 Disember 2022.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menzahirkan penghargaan kepada pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh berkenaan.
Beliau turut menitipkan ucapan buat semua petugas media yang bertungkus lumus membuat liputan dan menyampaikan perkembangan terkini sejak hari pertama tragedi itu berlaku.
Memetik hantarannya di laman Facebook: –
“Setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat yang berakhir pada hari ini (24 Disember 2022) dan takziah buat semua keluarga mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali.”
Dalam hantaran Facebook berasingan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan turut merakamkan penghargaan buat pasukan SAR daripada pelbagai agensi yang mengerah keringat mencari mangsa tragedi itu.
“Jasa bakti anggota pasukan SAR yang terlibat amat dihargai,” katanya.
Mayat mangsa terakhir (ke-31) iaitu kanak-kanak lelaki dipercayai berusia lingkungan 7 hingga 12 tahun ditemukan pasukan SAR pada 4.53 petang pada kedalaman tanah 1.5 meter.
Setelah sembilan hari operasi SAR dilaksanakan, mayat terakhir itu ditemukan dalam keadaan telungkup di tebing bukit dalam beg tidur kira-kira empat meter dari tapak perkhemahan sektor A (Hillview).
Dalam insiden awal pagi pada 16 Disember 2022, seramai 92 mangsa terlibat dengan 61 daripadanya terselamat. Manakala 31 terkorban selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan mangsa.
Kejadian menyayat hati itu meragut nyawa 18 individu dewasa dan 13 kanak-kanak.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.