Amboi, Fasihnya AIDA CITRA Cakap Arab! Sedap Je Dengar, Siap Bagi Tip Sihat Raya Lagi

Wah, tak sangka isteri kepada bekas personaliti TV, Saiful Nizam Ismail ni cukup fasih berbahasa Al-Quran. Dah macam tengok channel TV negara Arab pula. Walaupun ia bukan perkara asing tapi tiap kali dengar orang Malaysia kita bertutur dalam Bahasa Arab.. terus rasa kagum. Bukan senang hendak menguasai bahasa indah ini.

Apa yang pasti, video yang dimuat naik Aida atau nama sebenarnya Khairul Noormaaidah Zali ini di laman Instagram berjaya menarik perhatian. Dengan jumlah tontonan lebih 20 ribu, ramai di kalangan pengikutnya memuji dan mengagumi kelancaran Aida bercakap dalam bahasa tersebut.

Kongsinya, “Kenal my syurga Saiful Nizam pun dari bab cakap Arab la. Jom sikit-sikit kita belajar Bahasa Al-Quran. Today Aida kongsikan sikit tip penjagaan kesihatan di bulan lebaran! Next korang nak Aida cakap ‘Arab’ untuk video tutorial Tudung or Makan sushi? Rindunya zaman Diploma Bahasa Arab & Tamadun Islam dulu nak-nak time

kem Mukhayyam Arabbiy. Siapa silap cakap Melayu kena bayar 20 sen 1 perkataan. How time flies.”

Seronokkan dengar? Terus rasa hendak belajar bahasa Arab sekarang juga!

Aida merupakan juara bagi program realiti Gadis Melayu terbitan TV9 sekitar tahun 2009 sebelum terbabit dalam bidang penyiaran dan bergelar pengacara untuk rancangan Apa Ke Halnya, Madinah Ya Rasulullah, Akademi Al- Quran, Adam Hawa dan banyak lagi.

Memandangkan sudah berkeluarga dan mempunyai dua orang anak, Aida kini aktif menceburi perniagaan dengan menguruskan butik muslimah Citraida dan mengusahakan kafe makanan Jepun, Succi Sushi.

Sumber: Instagram Aida Citra Aida

IKLAN
Share