Gaya Hidup

Amyra Rosli Dipuji Sering Bahagiakan Ibu Ayah, Berjaya Siapkan Kediaman Keluarga Walau Ditipu RM240 Ribu!

Murah rezeki Amyra Rosli! Selepas bertahun menanti kediaman ibu ayah diubahsuai akhirnya lebaran tahun ini impian tersebut jadi realiti. Lebih bermakna, hasrat mencantikkan rumah dua insan kesayangan itu merupakan usaha keras Amyra yang sanggup membelanjakan sejumlah besar wang demi membahagiakan ibu ayah. Alhamdulillah!

Berkongsi momen istimewa tersebut di media sosial miliknya, difahamkan niat murni Amyra berkenaan tergendala selepas dia ditipu sebuah syarikat hiasan dalaman selepas membayar ratusan ribu ringgit.

Kredit Instagram @aamyrarosli
Kredit Instagram @aamyrarosli
Kredit Instagram @aamyrarosli

“Saya gunakan khidmat interior designer dari sebuah syarikat ***** ini kononnya dapat memudahkan dan mencantikkan rumah mama ayah saya.

Selepas membuat bayaran sebanyak RM240,000 ++ dan hampir setahun kami menunggu dan sabar dengan segala alasan dari mereka, inilah hasil yang saya dapat. Semakin rosak bangunan rumah mama ayah.

Banyak juga saya dengar ramai yang terkena dengan diorang, ambil project banyak-banyak and then terbengkalai. Astaghafirullahazim, berani betul korang aniaya orang kat dunia ni.

Takpelah, kita serahkan semua pada Allah, itu yang terbaik saya rasa. Dunia ni pun dah tenat, tak lama dah pun korang boleh “kencing” orang sana-sini.”

Tambahnya lagi, “Dear Mama dan Ayah, kakak akan usahakan secepat mungkin untuk siapkan balik rumah mama ayah ni. Kita sama-sama kuat dan sabar ok. InshaAllah Allah mudahkan urusan kita.”

Berkat kesabaran, Amyra mendapatkan khidmat syarikat hiasan dalaman popular iaitu Lentera Creative Home bagi menjayakan usaha itu dan siap tiga hari sebelum menjelang Aidilfitri.

Baca https://www.nona.my/terima-kejutan-kereta-baru-amyra-rosli-terharu-usaha-keras-suami-berikan-terbaik-buat-isteri/

Kredit Instagram @aamyrarosli
Kredit Instagram @aamyrarosli
Kredit Instagram @aamyrarosli
Kredit Instagram @aamyrarosli

“Senyuman Ramadan. Ok tak nak sedih-sedih dah. So happy now finally rumah my parents dah siap. Alhamdulillah cantik sangat! MasyaAllah.

Terima kasih mama ayah untuk semalam, hari ini, esok dan selamanya. Kakak sayang mama ayah dunia akhirat.”

Ujarnya, “Ini kerja gila! Lentera Creative Home siapkan semuanya selama sebulan lebih sahaja. Myra sangat puas hati, kerja mereka kemas dan cepat. Mereka bukan mengejar duit, tetapi keikhlasan mereka nak bantu kami membuatkan Allah memudahkan segala urusan.

Semoga Allah kurniakan rezeki yg berlipat kali ganda buat mereka. Amin.”

Amyra atau nama sebenarnya Nur Amirah Izzati Rosli yang juga isteri Amar Baharin kini meniti usia 32 tahun dan merupakan seorang pelakon berbakat besar dan pengacara.

Amyra Rosli mendirikan rumah tangga dengan pelakon Amar Baharin pada tanggal 11 November 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu anak lelaki Aqeef Anaqi dan anak perempuan Ayra Aryssa.

 

IKLAN
Share