Tumpang bahagia tengok kesenangan yang diraih pasangan selebriti romantis, Amyra Rosli dan Amar Baharin. Cukup sederhana menjalani kehidupan dengan keluarga tersayang, kejutan yang dibuat Amar buat isteri tercinta baru-baru ini nyata mengundang sebak dalam kalangan peminat.

IKLAN

Bukan kerana terharu melihat kesungguhan seorang suami memberikan yang terbaik buat isteri, bahkan sikap isteri yang menerima pemberian suami seadanya turut menyentuh hati ramai.

Dengan status selebriti dan populariti yang dimiliki kedua-duanya, Amyra dan Amar mampu memiliki kereta mewah seperti Mercedes atau sebagainya. Namun, ia bukan pilihan Amar untuk ratu hati tersayang.

Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli menerusi perkongsian di Insta Story miliknya mendedahkan dia dan suami terpaksa bekerja keras mendapatkan segala keinginan termasuklah memiliki kereta terbaharu.

Malah, dia terkejut dan bersyukur menerima hadiah kejutan daripada Amar berupa kereta jenis Honda baru-baru ini.

Terima Kejutan Kereta Baru, AMYRA ROSLI Terharu Usaha Keras Suami Berikan Terbaik Buat Isteri! Terima Kejutan Kereta Baru, AMYRA ROSLI Terharu Usaha Keras Suami Berikan Terbaik Buat Isteri!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

“Sayang, terima kasih sangat tau. Mungkin orang nampak kita senang untuk dapat itu ini, tapi hakikatnya hanya kita saja tahu macam mana usaha keras kita untuk miliki semua pinjaman Allah ni.

IKLAN

Mommy doakan sayang murah rezeki dan sentiasa dalam jagaan Allah.”

Dalam pada itu, pasangan ini turut berkongsi kapsyen sama mengenai harta di media sosial masing-masing.

Terima Kejutan Kereta Baru, AMYRA ROSLI Terharu Usaha Keras Suami Berikan Terbaik Buat Isteri! Terima Kejutan Kereta Baru, AMYRA ROSLI Terharu Usaha Keras Suami Berikan Terbaik Buat Isteri! Terima Kejutan Kereta Baru, AMYRA ROSLI Terharu Usaha Keras Suami Berikan Terbaik Buat Isteri!

IKLAN

“Dengan izin Allah. For Him and For Her.. Alhamdulillah. Rasulullah SAW menyatakan bahawa harta yang paling baik dinafkahkan ialah kepada ahli keluarga. Daripada Tsauban RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang ialah dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya, dan dinar yang dinafkahkan untuk ternakan tunggangannya (kenderaan) yang digunakan di jalan Allah dan dinar yang dinafkahkan untuk para sahabatnya yang berjuang di jalan Allah.”

Amyra mendirikan rumah tangga dengan pelakon Amar Baharin pada 11 November 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI