Anak Comel Ini Kerap Sesak Nafas, Tengok Apa Yang Ditemui Ibunya Dalam Hidung Memang Mengejutkan!

Sudah menjadi tabiat bayi atau anak-anak kecil, apa saja yang terjangkau di depan mata pasti akan dimasukkan ke dalam mulut.

Tapi apa yang jarang ibu bapa ketahui adalah mereka juga gemar memasukkan benda-benda ke dalam hidung dan ia cukup berbahaya.

Dalam satu perkongsian oleh seorang ibu di Filipina, wanita yang menggunakan akaun Facebook Mikee Mae Timpug itu berharap agar kejadian yang menimpa anaknya ini menjadi iktibar kepada ibu bapa lain.

“Bulan September lalu, anak saya asyik demam dan sesak nafas tanpa sebab. Suhu badannya pula tinggi, pernah mencapai 38 – 39 darjah Celcius. Dia akan demam beberapa hari kemudian sembuh dan selepas itu demam semula. Keadaan ini berlaku hingga penghujung Oktober.

Pada 29 Oktober, saya menyedari ‘sesuatu’ semasa dia bernafas. Dia akan mengeluarkan bunyi wheezing setiap kali menghela nafas. Ingatkan masalah hidung tersumbat biasa, jadi saya cuma bersihkan dengan kapas dan sedikit minyak.

Keesokannya bunyi tu masih ada. Sebab terlalu hairan, akhirnya saya tekad menyuluh lubang hidung kanan anak dan nampak ‘sesuatu’ yang ganjil berbentuk bulat. Benda itulah yang rupa-rupanya menyumbat ruang pernafasannya selama ini,” cerita ibu muda tersebut.

Percubaan wanita ini untuk mengorek keluar objek tersebut gagal. Setiap kali dia cuba menarik, anaknya akan menangis kesakitan, selain mengadu sakit telinga yang teramat sangat.

“Mulanya saya ingatkan bateri jam yang tersumbat, jadi kami pun bergegas ke hospital dan anak saya terus dimasukkan ke wad kecemasan.

Melalui imbasan X-Ray, doktor juga terkejut melihat objek bulat itu yang sebenarnya sebiji butang plastik. Kata doktor, mujurlah bukan objek besi kerana jika tidak, hidung anak saya mungkin terpaksa dibedah! Kami bersetuju untuk melakukan prosedur secepat mungkin pada 1 November.”

Usai prosedur mengeluarkan butang tersebut, kesihatan anak wanita ini kembali pulih seperti biasa. Timpug berkongsi pengalaman ngeri ini di Facebooknya sebagai amaran kepada ibu bapa lain.

“Saya bukanlah seorang ibu yang sempurna tapi saya berusaha menjadi sempurna untuk anak saya. Kejadian yang menimpa anak saya lambat dikesan kerana dia tak menunjukkan apa-apa simptom selain sesak nafas dan demam. Doktor pun tak sedar tentang hal ini semasa dia diperiksa.”

Semoga para ibu bapa lebih berhati-hati dengan kes seperti ini. Berwaspada dengan objek-objek kecil di sekeliling anak-anak kerana ia berpotensi membawa bahaya kepada si kecil! Norzalina Mohd Alias

IKLAN
Share