Anak MICHEAL JACKSON Beli Rumah Agam USD2.62 Juta Pada Usia 18 Tahun!

Diam tak diam, anak bongsu kepada lagenda Raja Pop dunia iaitu Bigi Jackson sudah pun meniti usia dewasa. Masih segar lagi kenangan mendiang bapanya, Micheal Jackson
memperkenalkan Bigi yang ketika itu masih bayi kepada media di balkoni rumah mereka hingga mencetuskan kontroversi suatu ketika dulu… kini Bigi merupakan seorang lelaki  tampan.

Tetap mengekalkan gaya rambut panjang dari usianya masih kecil hingga sekarang, Bigi atau nama sebenarnya Prince Micheal Jackson genap berusia 18 tahun pada
21 Februari lalu.

Sebaik mendapat ‘kunci’ kebebasan pada usia tersebut, Bigi merealisasikan hasrat pertamanya untuk memulakan kehidupan baru dengan membeli sebuah hartanah. Apa yang mengagumkan adalah jika kebanyakan remaja seusianya memilih untuk membelanjakan wang ke arah keseronokan, berbeza pula bagi Bigi. Menurut laporan media Today, Bigi merupakan pemilik sebuah rumah agam bernilai USD2.62 juta atau kira-kira RM10.9 juta.

Menariknya, kediaman berkenaan tidak hanya terletak di kawasan elit dan komuniti berpagar di Calabasas, California. Malah ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya termasuk kawasan kejiranan yang mesra, landskap menghijau dan pastinya menjadi tempat terbaik untuk anak muda ini meneruskan hidup tanpa kelibat bapa tersayang di sisi.

Bigi yang juga dikenali dengan nama kanak-kanaknya sebagai ‘Blanket’, dikatakan seorang remaja yang cukup menjaga privasi diri. Menurut kakak Bigi, Paris Jackson… rumah yang dibeli ini sudah tentu memenuhi apa yang diinginkan Bigi.

Mana tidaknya, hartanah berkeluasan 6,382 kaki persegi ini bukan sekadar mendapat pengawasan rapi tetapi juga dihias indah dengan reka bentuk mewah. Pendek kata, ia
menjadi kediaman impian dan berada di kelas A-list! Mempunyai enam bilik tidur dan tujuh setengah bilik air, setiap ruang kediaman diperincikan dengan penuh elegan.

Dilatari dengan rona putih, perabot mewah dan candelier… percikan gaya elegan serba megah terus terasa saat melangkah masuk ke kediaman ini. Sebaik memasuki pintu
utama, terbentang susur tangga yang cantik menuju ke tingkat atas yang seakan menyambut kehadiran tetamu. Kesediaan lantai kayu keras rona coklat gelap juga menyerlahkan lagi sisi eksklusif kediaman ini bagi seorang pemuda berstatus anak Raja Pop dunia!

Selain ruang dapur yang lengkap berkabinet mewah, luas dan kemas, terdapat juga ruang bar yang sudah pasti menjadi tempat tumpuan Bigi bersama keluarga besarnya kelak.
Mengintai ke halaman belakang rumah pula, suasana landskap menghijau yang luas dengan kesediaan kolam renang dan spa persendirian serta kaunter barbecue

menjadikan ruang halaman ini amat ideal dijadikan tempat hiburan di samping rakan-rakan.
Adik-beradik Bigi di samping nenek mereka
Bigi bersama abangnya, Micheal Joseph Jackson
Dari kiri: Paris Jackson, Bigi Jackson & Micheal Joseph Jackson

Dengan pembelian rumah mewah di Calabasas ini, Bigi dikhabarkan bakal keluar dari kediaman neneknya Katherine Jackson yang terletak di Estates of the Oaks. Sebelum ini, Bigi dan dua beradik iaitu Micheal Joseph Jackson dan Paris Jackson berada di bawah penjagaan nenek mereka.

 

Sumber: Today

IKLAN
Share