Ads

Anak Pesawah Kini Pemimpin MPOB, Ruba’ah Masri Tegas Berkhidmat Hampir 30 Tahun

Ruba’ah Masri ialah Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang telah berkhidmat hampir 30 tahun dalam pelbagai peranan strategik. Dikenali sebagai pemimpin berprinsip dan berdisiplin, beliau membina kerjaya melalui keberanian menerima perubahan serta ketegasan membuat keputusan demi organisasi.

Dilahirkan di Tanjung Karang, Selangor, sebagai anak ke lapan daripada sepuluh beradik, Ruba’ah membesar dalam keluarga pesawah yang hidup sederhana. Ibu bapanya tidak berpeluang menikmati pendidikan formal namun keterbatasan itu tidak pernah mematikan kecerdasan di rumah.

“Iya, ibu bapa saya buta huruf. Mereka tak pandai membaca, tak pandai menulis. Tapi ayah saya walaupun buta huruf, kalau saya tengah buat latihan Matematik, tanya dia berapa kali berapa, dia boleh congak aje walaupun tak boleh membaca atau kenal huruf,” cerita wanita hebat ini.

Anak Pesawah Kini Pemimpin MPOB, Ruba’ah Masri Tegas Berkhidmat Hampir 30 Tahun
Ruba’ah Masri

Sambungnya lagi, ramai abang dan kakak dalam keluarga mereka yang bijak pandai namun terpaksa menghentikan persekolahan seawal darjah enam kerana kekangan hidup. Ruba’ah sendiri hampir melalui laluan yang sama sehinggalah abang dan kakak yang sudah bekerja memujuk ayah agar memberi peluang kepadanya menyambung pelajaran.

Beliau menjadi antara individu terawal dalam keluarga yang bersekolah menengah dan seterusnya melangkah ke universiti. Dari awal, Ruba’ah memahami bahawa peluang itu bukan miliknya semata-mata, tetapi datang bersama harapan dan doa seluruh keluarga.

Anak Pesawah Kini Pemimpin MPOB, Ruba’ah Masri Tegas Berkhidmat Hampir 30 Tahun
Ruba’ah Masri

Latar akademiknya dalam jurusan Bachelor in Food and Nutrition minor in Business & Merchandising di Texas Tech University, USA serta Master in Business Administration di Universiti Kebangsaan Malaysia tidak pernah menjanjikan laluan yang selari dengan apa yang bakal ditempuh. Selepas tamat pengajian, beliau memulakan kerjaya di sektor swasta sebelum menyertai MPOB, ketika itu dikenali sebagai PORIM.

Keputusan untuk menyertai organisasi tersebut bukan tanpa cabaran kerana bidang yang ditawarkan iaitu oleokimia, langsung tidak berkait dengan latar pengajiannya. Namun pada usia muda, Ruba’ah memilih untuk tidak terlalu mempersoalkan arah. Bagi beliau, peluang yang hadir perlu direbut walaupun menuntut keberanian untuk belajar dari kosong.

Ads

Peralihan daripada dunia nutrisi kepada oleokimia mengambil masa dan kesabaran. Ruba’ah mengakui fasa awal itu mencabar, namun dengan sokongan kepimpinan yang percaya dan membimbing, beliau mula menguasai peranannya. Penglibatan dalam pengkomersialan teknologi membuka perspektif baharu bahawa kerja yang bermakna ialah kerja yang memberi impak kepada industri dan masyarakat, bukan sekadar memenuhi rutin.

Namun Ruba’ah bukan individu yang selesa berada terlalu lama di satu posisi. Apabila rasa bosan dan stagnasi muncul, beliau melihatnya sebagai isyarat untuk berkembang.

Anak Pesawah Kini Pemimpin MPOB, Ruba’ah Masri Tegas Berkhidmat Hampir 30 Tahun
Ruba’ah Masri
Anak Pesawah Kini Pemimpin MPOB, Ruba’ah Masri Tegas Berkhidmat Hampir 30 Tahun
Ruba’ah Masri

BERANI BUAT KEPUTUSAN

Bermula dengan jawatan Pegawai Penyelidik di Bahagian Penyelidikan Teknologi Oleokimia pada Mei 1992, laluan kerjaya beliau di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) meniti pelbagai fasa. Beliau menggalas jawatan Ketua Unit Latihan dan Persidangan pada tahun 2008 sehingga 2017, seterusnya bergelar Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Khidmat Komputer (Disember 2017-2019).

Selepas itu, Ruba’ah dilantik Pengarah Kewangan dan Pengurusan sehingga bulan Januari 2025, sebelum kini memegang tanggungjawab besar sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) di MPOB.

Ads

Setiap perpindahan datang dengan skop kerja yang berbeza dan tanggungjawab yang lebih berat. Ada masa beliau mengaku menangis apabila menerima surat perpindahan kerana terpaksa bermula semula dalam bidang yang asing.

Namun sebagai penjawat awam, Ruba’ah memilih untuk melihat perpindahan itu sebagai amanah dan latihan kepimpinan.

“Saya selalu tanamkan dalam diri. Saya bukan di sini untuk menang pertandingan populariti. Saya di sini untuk melaksanakan amanah. Ya, saya pernah terima surat layang, cemuhan dan kritikan. Saya pernah menangis. Tetapi saya bertanya pada diri, adakah keputusan ini betul untuk organisasi? Jika ya, saya teruskan.

Saya percaya, apabila kita dibayar gaji, kita bertanggungjawab bukan sahaja kepada organisasi, tetapi kepada Allah. Saya tidak mahu suatu hari nanti dipersoalkan kerana gagal menjalankan amanah,” ceritanya terus-terang.

Ads

Pengalaman mengemudi bahagian kewangan dan pengurusan menjadi antara fasa paling mencabar dalam kerjayanya. Mengurus bajet ratusan juta setahun, ladang sawit, sumber manusia dan infrastruktur menuntut ketegasan serta keberanian membuat keputusan yang tidak popular.

Kritikan dan salah faham menjadi sebahagian daripada perjalanan, namun Ruba’ah kekal dengan prinsip bahawa tanggungjawab tidak boleh digadaikan demi penerimaan.

Anak Pesawah Kini Pemimpin MPOB, Ruba’ah Masri Tegas Berkhidmat Hampir 30 Tahun
Ruba’ah Masri

Dalam industri sawit yang sinonim dengan dominasi lelaki, kehadiran Ruba’ah sebagai pemimpin wanita bukan bersifat simbolik. Beliau jarang menjadikan isu jantina sebagai naratif utama, sebaliknya memilih untuk hadir dengan data, analisis dan keputusan yang jelas. Bagi beliau, kebolehan dan integriti akhirnya akan mengatasi persepsi.

Anak Pesawah Kini Pemimpin MPOB, Ruba’ah Masri Tegas Berkhidmat Hampir 30 Tahun
Ruba’ah Masri

Dalam industri sawit yang sinonim dengan dominasi lelaki, kehadiran Ruba’ah sebagai pemimpin wanita bukan bersifat simbolik. Beliau jarang menjadikan isu jantina sebagai naratif utama, sebaliknya memilih untuk hadir dengan data, analisis dan keputusan yang jelas. Bagi beliau, kebolehan dan integriti akhirnya akan mengatasi persepsi.

Anak Pesawah Kini Pemimpin MPOB, Ruba’ah Masri Tegas Berkhidmat Hampir 30 Tahun
Ruba’ah Masri

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/usia-59-ibu-3-anak-raja-datin-paduka-teh-maimunah-bakal-ceo-bank-islam/

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Putera Mateen Dedah Wajah Anak, Zahra Mariam Bolkiah

Potret Bahagia Pasangan Diraja Brunei, Putera Mateen Dedah Wajah Zahra Mariam...

Khabar gembira mengenai kelahiran cahaya mata sulung pasangan diraja Brunei, Putera Mateen dan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah menjadi bualan ramai kebelakangan ini. Pastinya ramai yang menanti-nantikan untuk melihat wajah puteri kesayangan pasangan berkenaan yang juga cucunda Sultan Brunei.