Berita

Anak Sekinchan Mahu Malaysia Jadi Harimau Digital Asia, Nurul Izzah Saksi Syarikat Mikrocip Canggih Ditubuhkan!

Besar impian anak Sekinchan mahu Malaysia jadi harimau digital Asia, Nurul Izzah Anwar saksi syarikat mikrocip canggih ditubuhkan!

Bukan orang sembarangan. Siapa sangka nama lelaki asal Sekinchan ini pernah tular kerana pencapaiannya menjadi ‘father of the pendrive’ atau pencipta USB flash pertama di dunia.

Menurut laporan The Star, Dato’ Pua Khien-Seng, kini 51 tahun, merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Phison Electronics Corp yang berpangkalan di Taiwan.

Dato’ Pua berkelulusan prasiswazah dalam bidang kejuruteraan kawalan elektrik daripada Universiti Nasional Chiao Tung. Beliau menyifatkan perniagaannya sebagai yang pertama mencipta cip persendirian USB flash drive di dunia.

FB Nurul Izzah Anwar
FB Nurul Izzah Anwar

Kini kembali ke Malaysia dengan menubuhkan syarikat teknologi tempatan dikenali MaiStorage, Dato’ Pua fokus untuk mereka cipta mikrocip dan teknologi storan data terbaik di tanah airnya.

SIRIH PULANG KE GAGANG

Dalam hantaran anak sulung Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar turut mendedahkan usaha murni Dato’ Pua selain meluahkan rasa bangga dengan pembukaan syarikat beliau.

“Dua tahun lepas, saya berpeluang makan tengah hari bersama Pua. Walaupun beliau seorang usahawan berjaya yang sudah membina nama di persada dunia, hatinya tetap terpaut pada Malaysia. Pua beritahu saya, dia boleh sahaja memilih untuk melabur ke mana-mana negara lain. Tetapi, dia tetap nak kembali menabur bakti buat tanah air tercinta.

‘Saya mahu melihat Malaysia muncul sebagai harimau digital di rantau ASEAN,’ Pua bercerita penuh semangat.

FB Nurul Izzah Anwar

Beliau berhasrat membawa pelaburan berjumlah RM100 juta serta pemindahan teknologi bernilai RM1 bilion bagi membolehkan Malaysia menerajui bidang reka cipta mikrocip.
Namun, Pua meluahkan sesuatu yang sangat menyentuh hati saya.

“Saya mampu merungkai dunia mikrocip yang kompleks, tetapi saya masih gagal memahami mentaliti dan lanskap politik di Malaysia.” Jadi, saya perlu bantu dia untuk memacu kemajuan teknologi Malaysia ke hadapan,” tulis Nurul Izzah.

Pemimpin wanita itu turut menyokong usaha Dato’ Pua dengan menghubungkan kepada ekosistem dasar dan agensi dan kementerian yang relevan.

Nurul Izzah juga mempertemukan lelaki ini dengan individu dan pihak yang tepat, termasuk Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC), kerana hasrat mereka adalah untuk menjadikan Selangor sebagai Lembah Silikon Malaysia.

“Ia bukan perjalanan yang mudah, tetapi akhirnya membuahkan hasil. Dua bulan lalu, Pua melancarkan MaiStorage di Malaysia, sebuah syarikat reka cipta mikrocip dan teknologi storan data canggih.

Besar impian anak Sekinchan mahu Malaysia jadi harimau digital Asia, Nurul Izzah Anwar saksi syarikat mikrocip canggih ditubuhkan!

FB Nurul Izzah Anwar
FB Nurul Izzah Anwar

Kami berjaya membawa pulang sebuah syarikat gergasi teknologi dunia dan seorang anak jati tempatan yang sudi melatih jurutera kita demi masa depan negara.

Bagi mengelak lebih ramai bakat-bakat Malaysia berhijrah ke luar negara, Pua menawarkan gaji permulaan RM6,000 untuk graduan baharu, manakala gaji bagi jurutera berpengalaman pula mencecah lima angka. Sasaran Pua, mahu membawa syarikat ini ke penyenaraian IPO menjelang tahun 2028!

Saya dijemput ke pejabat baharu MaiStorage dua hari lalu. Pua tersenyum dan berkata, ‘Saya telah tunaikan janji saya. Terima kasih Puan Izzah kerana mempercayai saya dan membimbing saya ketika saya memerlukan bantuan.’

Inilah kisah seorang anak bangsa yang pulang membawa harapan. Harapan untuk menjadikan Malaysia bukan sekadar pengguna teknologi, tetapi pencipta masa depan. Sebuah impian yang bermula di Sekinchan dan kini sedang membina sejarah untuk negara!” kata Nurul Izzah penuh bersemangat.

Dalam dunia pekerjaan, peranti storan USB flash drive memang sangat penting. Nona selalu simpan data-data penting termasuk gambar dan video dalam pendrive ni, so far terjamin selamat! Yang penting, harga berpatutan dan superb. ORDER KAT SINI TAU >>>

https://invl.me/clmuxvn?url=https%3A%2F%2Fshopee.com.my%2FKingston-DataTraveler-Exodia-S-USB-Flash-Drive-%2528512GB%2529-i.11823178.41800707607%2F%3Fsp_atk%3Dbacc73d3-8044-4a7a-812d-b1a60f5ee46f%26xptdk%3Dbacc73d3-8044-4a7a-812d-b1a60f5ee46f

Mula membuka peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang kompetitif, syarikat ini fokus kepada pembangunan bakat tempatan dan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi menyokong ekosistem teknologi di Malaysia.

Semoga lebih ramai bakat anak tempatan digilap dan mengharumkan nama Malaysia seperti Dato’ Pua!

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/bahagia-berganda-usahawan-pempengaruh-yatie-kamarzaman-terima-gelaran-datin-anak-sulung-tamat-foundation/

Share
Published by
Norzalina