Andai Takdir Allah Tarik NIKMAT KAYA, DS Shahida Mahu Kekal Bahagia Bersama Keluarga

Tahniah diucapkan kepada Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang baru meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-13. Seperti yang kita tahu, rumah tangga pasangan jutawan kosmetik ini telah diuji dan syukur apabila kedua-duanya bijak mengendalikan dugaan tersebut.

Foto: Instagram @shahidadherbs
Foto: Instagram @shahidadherbs

Bak kata orang sedangkah lidah lagi tergigit, ini kan pula suami dan isteri. Setiap pasangan suami isteri pasti tidak pernah terkecuali daripada diduga cuma bahagian masing-masing. Sebak membaca coretan yang telah ditulis oleh Datin Seri Shahida sempena ulang tahun perkahwinannya itu.

Foto: Instagram @shahidadherbs
Foto: Instagram @shahidadherbs

“Selamat Hari Kita 10/8/2007-10/08/2020. Datuk Seri Aliff Syukri, 13 tahun kita bersama, menempuh suka duka, pahit dan manis. Walaupun kita memang selalu bergaduh tapi jodoh kita selalu panjang,” coret Datin Seri Shahida di media sosialnya.

Foto: Instagram @shahidadherbs
Foto: Instagram @shahidadherbs

Seperti isteri yang lain, Datin Seri Shahida juga berharap rumah tangga yang telah dibina selama 13 tahun itu berkekalan. “Semoga keluarga yang kita bina ini berkekalan selamanya. Semoga kita menjadi hamba yang taat pada Allah SWT dan menjadi contoh terbaik buat anak-anak kita,” coret menantu kepada Bonda Rozita ini.

Foto: Instagram @shahidadherbs
Foto: Instagram @shahidadherbs

Dalam pada itu Datin Seri Shahida juga telah mengucapkan syukur atas segala nikmat yang dikurniakan melalui hasil titik peluh mereka sendiri. “Selama kita kahwin kita penat cari duit untuk mengubah hidup. Kita dah ada apa yang kita mahu, tinggal bersyukur sahaja.

Foto: Instagram @shahidadherbs

Andai kata apa yang Allah SWT pinjamkan ini suatu hari tiada lagi, kita bersyukurlah sebab kita pernah merasa nikmat senang setelah penat kita berusaha. Apa yang penting kita dan anak-anak kekal bahagia selamanya,” coret ibu kepada 6 orang anak ini lagi.

Foto: Instagram @shahidadherbs

Semoga hubungan pasangan suami isteri ini kekal bahagia selamanya. Namun apa yang pasti bila suami belanja kasut jenama Louis Vuitton (LV) sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan, hati akan berbunga-bunga. Kasut yang mana satu lah agaknya yang menjadi pilihan Datin Seri Shahida.

IKLAN
Share