Siapa yang tidak mengenali model ternama Gig Hadid bukan? Sekali kejelitaannya yang memukau, stail fesyennya juga sering kali jadi ikutan malah perhatian peminat, lensa media dan tabloid antarabangsa. Baru-baru ini, sekali lagi Gigi Hadid mencuri tumpuan apabila tampil pada satu majlis gala di Mumbai India di mana Gigi menyarung persalinan sari.
Hadir memenuhi jemputan tersebut, acara tersebut merupakan majlis pelancaran sebuah pusat budaya Nita Mukesh Ambani Cultural Centre di Mumbai yang maraikan hasil ketukangan India, dan inspirasi fesyen di peringkat antarabangsa, dengan pembukaan pameran “India in Fashion: The Impact of Indian Dress and Textiles on the Fashionable Imagination,” yang disusun oleh Ketua Pengarang The World Of Interiors, Hamish Bowles.
Ads
Yang menariknya, penampilan Gigi Hadid yang memukau nyata meraih perhatian dan lensa kamera. Menyarung persalinan ilham dan rekaan Abu Jani Sandeep Khosla, sari Chikankari berona keemas direka dan dijahit di wilayah Lucknow di India, dan mengambil masa setahun untuk menyiapkannya dengan kepakaran jahitan yang berbeza oleh tukang jahit wanita.
Di samping itu, Gigi Hadid turut berkesempatan merakam potret gambar bersama-sama bintang Bolywood ternama antaranya Dato’ Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai.
Ads
Acara penuh gilang gemilang tersebut turut dihadiri bintang-bintang ternama kedua-dua indusrti, di mana kelihatan Tom Holland, Salma Hayek, Zendaya dan ramai lagi turut hadir memeriahkan suasana.
Zendaya
Antara bintang-bintang Bollywood pula termasuklah Karisma Kapoor, Madhuri Dixit, Kareena Kapoor, Alia Bhatt, Saif Ali Khan, Salman Khan dan ramai lagi.
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lama tak dengar khabar Syura Badron. Kalau sebelum ini, nama Syura dikenali sebagai penyanyi tapi kini dia turut menceburi dunia perniagaan dan bergelar usahawan. Meskipun mempunyai anak kecil dan perniagaan makanan makin maju namun isteri Farizat Ismail ini tetap meneruskan karier seni dan memenuhi undangan nyanyian daripada syarikat awam mahupun swasta.
Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron meniti usia 39 tahun dan ibu kepada empat cahaya mata.
Mengintai media sosial miliknya, wanita kelahiran Johor ini gemar berkongsi rutin harian dan perniagaan buat tatapan followers setia.
Syura Rancak Bisnes Makanan
Bersempena Ramadan dan ketibaan Syawal tidak lama lagi, Syura sudah mula membuka tempahan kuih tat nanas yang diusahakan sejak kira-kira sembilan tahun lalu kepada pelanggan.
“Tahun kesembilan untuk tat nanas premium ni. Alhamdulillah syukur! Terima kasih dekat korang yang setia selama sembilan tahun ini. Terima kasih juga untuk customer yang review untuk penambahbaikan. I really do appreciate it!”
Tambahnya lagi, “Syura nak minta maaf sebab masih tak mampu untuk post tat nanas sebab keadaan kuih yang sangat rapuh even ada yang tak kisah pun kalau kuih hancur. Janganlah erk, kasihan korang sampai-sampai nanti tinggal inti nanas je.
Anyway, Syura masih ambil order tahu. Kalau nak order, boleh tekan kat bio Bekal Mak Kiter.”
Selain menjual kuih tat nanas, bisnes Bekal Mak Kiter (BMK) juga menawarkan makanan Tongmo iaitu daging sumbat yang merupakan makanan tradisi masyarakat Kemboja.
Syura mengusahakan perniagaan ini bersama suami dan sering mengikuti festival makanan di seluruh Malaysia bagi mempromosikan menu jualan berkenaan.
Anak Bongsu Syura Usia 2 Tahun
Biarpun sibuk menguruskan bisnes namun keluarga tetap menjadi keutamaan pelantun lagu Nazam Berkasih ini. Tanggal 22 Januari lalu genap tiga tahun usia perkahwinan Syura dengan suami tercinta, Muhammad Farizat Ismail.
“Happy 3rd anniversary to the man who stole my heart. I am so forever grateful and blessed to have you in my life bie! Thank you for being the best husband I could ever ask for. May Allah grant us his blessing and protect our marriage from hardship.”
Ini merupakan perkahwinan kedua Syura. Hasil perkongsian hidup dengan Farizat, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang juga cahaya mata bongsu, Muhammad Umar Eussof yang genap berusia dua tahun pada 13 Mac.
Terdahulu, dia pernah berkahwin dengan Mohd Fadhly Md Yassin namun berpisah pada Ogos 2015.
Hasil perkahwinan berkenaan, dia dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdina, Nur Qaisara Sofia, dan Muhammad Irfan Aryan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Yuka Kharisma… namanya mungkin tidak segah Datuk Rossa, Krisdayanti, dan beberapa selebriti Indonesia yang popular di Malaysia. Namun bakat yang dimiliki Yuka tidak perlu dipertikai lagi. Lontaran suaranya cukup matang dan mengagumkan hingga ada yang menyamakan kelunakan vokal Yuka seperti penyanyi negara jiran yang terkenal di peringkat antarabangsa, Anggun.
Disifatkan sebagai selebriti yang mudah didekati, keistimewaan Yuka tidak hanya terletak pada bakat nyanyian bahkan ibu kepada Ahmad Avisenna ini juga memiliki keperibadian yang sangat ‘mahal’. Menjadi penghias Majalah Nona Oktober 2019, secara eksklusif Yuka mendedahkan sisi kehidupan yang pernah dilaluinya kepada pembaca setia Nona. Tujuannya hanya satu! Mahu menjadikan kisah hidupnya sebagai inspirasi dan suntikan semangat buat wanita di luar sana. Paling tidak disangka adalah dia sebenarnya pernah bergelar juara qariah!
Bertahun-tahun menyimpan ‘rahsia’ menjuarai pertandingan menghafaz Al-Quran daripada pengetahuan umum, Yuka tanpa berselindung membuka kisah hati. “Saya dulu malas sekolah. Sebaik tamat SPM, saya terus menyanyi dan lebih menumpukan kepada matlamat utama saya iaitu membantu adik-beradik lain mencapai impian mereka. Kalau tanya adakah cita-cita saya menang untuk jadi penyanyi? Sebenarnya, tidak.
Cuma pada saat itu, saya tak ada pilihan dan kerana hobi suka menyanyi… jadi teruskan sajalah. Dulu cuma fikir hendak cari wang untuk keluarga. Sehinggalah saya bernikah, ternyata ada banyak lagi yang harus dicuba dan suami sokong. Jadi saya baru berani buat yang lain. Jujurnya, cita-cita saya ialah hendak jadi usahawan.”
Ujar Yuka lagi, dia pernah belajar dan tinggal di Malaysia sekitar tahun 2004 kerana mengikuti bapanya yang bertugas di Kedah. Bagaimana pun dia terpaksa bergelut dan menyesuaikan diri untuk memahami loghat serta sistem pendidikan yang jauh berbeza daripada negara kelahirannya sendiri. “Sewaktu mengikuti papa pindah atas urusan kerja, kami pernah menetap di Sungai Petani, Kedah. Saya ingat lagi nasihat cikgu kaunseling masa saya masih belajar di sana.
Saya susah hendak belajar untuk SPM sebab datang ke Malaysia je terus kena ambil peperiksaan besar ni. Masa mula-mula datang tu memang teruk. Papa kerja di sana dalam tahun 2004 hingga 2005. Memang apa yang cikgu cakap, saya tak faham. Kebetulan pula mama terpaksa balik kampung dan saya tak pergi ke sekolah sebab stres. Ada satu bulan jugalah tak pergi sekolah. Mungkin cikgu-cikgu memahami situasi saya dan mereka tidak pernah menghubungi keluarga waktu itu.
Paling kelakar, cikgu kaunseling beritahu saya… cukuplah sekiranya saya lulus setiap subjek dalam SPM sebab katanya saya lebih cenderung menjadi soerang penyanyi. Ya Allah, terkedu juga saya dan nyata kata-katanya jadi kenyataan! terang Yuka sambil ketawa.
Siapa sangka, di sebalik kesukaran berjuang menamatkan persekolahan, Yuka turut pernah menjadi kebanggaan sekolah apabila dinobatkan sebagai juara qariah peringkat zon utara. Mengimbas kembali momen bermakna tersebut empunya diri pun tidak menyangka mampu membawa nama sekolahnya ke peringkat zon kerana sebelum ini belum ada lagi kejuaraan qariah dari sekolah itu.
“Alhamdulillah dari kecil saya sudah dididik mengaji Al-Quran. Mama asalnya orang Acheh dan sebagaimana kita tahu, di Acheh pegangan agama mereka cukup kuat. Ketika itu kelas mengaji saya tidak pernah ponteng. Mungkin kerana didikan itu, cikgu agama di sekolah pernah terdengar bacaan saya lantas dicadangkan agar saya menyertai pertandingan tersebut. Saya sendiri tak sangka akan menang.
Walaupun dulu di sekolah saya sering ‘ghaib’, tetapi tiap kali ada acara seni, saya pasti menonjolkan diri. Bila ada lawatan dari Menteri atau sesiapa sahaja, pasti saya juga akan menjadi salah seorang pelajar yang akan membuat persembahan,” akhirinya.
Apa-apa pun perkongsian Yuka dalam Majalah Nona kali ini sarat dengan kisah inspirasi. Dari saat dia terpaksa berdepan perpisahan kedua-dua ibu bapanya sampailah bagaimana dia berkorban kerja siang dan malam semata-mata untuk memastikan tiga adik-beradiknya berjaya menamatkan pengajian hingga ke menara gading.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak perhubungan cintanya bersama bekas penjaga gol kebangsaan dihidu ramai pihak sehinggalah perkahwinan mereka meniti usia 9 tahun dan dikurniakan 3 orang anak, kejelitaan Leuniey Natasha dikagumi ramai wanita. Bersandarkan raut wajah cantik dengan penampilan sopan sejak berhijab menyerlahkan lagi keayuan suri hati Khairul Fahmi Che Mat.
Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, wanita yang berusia 31 tahun ini berkongsi petua apabila ditanya amalan mendapatkan kulit mulus sepertinya. Dengan nada merendah diri, Leuniey membuka rahsia.
Kredit Instagram @leunieyluninatashaKredit Instagram @leunieyluninatashaKredit Instagram @leunieyluninatasha
“Dari segi kesihatan dan kecantikan memang penting bagi Leuniey sejak zaman remaja lagi sebab galakan dari ibu Leuniey sendiri. Tak dinafikan memang Leuniey cukup menjaga diet, takutlah bila makin berumur ni kita senang naik berat badan sebab itu Leuniey ambil berat pasal diet seimbang.
Malah Leuniey suka minum wellness shot buatan sendiri iaitu campuran air kunyit, lemon dan juga halia untuk immune booster. Soal penjagaan wajah juga sangat penting bagi Leuniey.
Pendek kata memang sangguplah berhabis untuk skin care. Bagi Leuniey kalau kita kedekut dengan diri kita sendiri macam mana nak cantikkan?”
Mengikuti perkembangan Leuniey, ibu penyayang ini gemar berkongsi tip dan pengalaman dengan followers. Bukan sahaja mengenai rutin harian bahkan tidak lokek berkongsi amalan kecantikan dan tutorial mekap.
Kredit Instagram @leunieyluninatashaKredit Instagram @leunieyluninatashaKredit Instagram @leunieyluninatasha
Memiliki bakat solekan, Leuniey kini turut mengambil tempahan mekap pada hujung minggu. “Back to my second job as a make up artist yang memang weekend je Leuniey buat full-time. First time spam gambar sejak kita dah start buat make up balik.”
Kecantikan pemilik nama Nur Eilunie Natasha tidak perlu dipertikaikan lagi. Dia tidak sekadar dilahirkan sebagai seorang wanita yang cantik malah sangat menjaga kurniaan tersebut. Seperti kebanyakan wanita yang sinonim dengan kecantikan, Leuniey juga tidak terkecuali.
Selain melakukan rutin penjagaan wajah secara konsisten, dia turut mementingkan kecantikan dalaman dengan melakukan aktiviti senaman sekerap mungkin. Iyalah, hendak nampak sentiasa cantik kena rajin.
Kredit Instagram @leunieyluninatashaKredit Instagram @leunieyluninatashaKredit Instagram @leunieyluninatashaKenangan Leuniey & Khairul Fahmi penghias muka depan Nona 2014
Mengimbas kembali momen ijab kabul pasangan sama cantik sama padan ini pada 28 Disember 2012, Leuniey ketika itu baru berusia 21 tahun. Selain berjaya menambat hati Apex yang sedang berada di puncak kerjaya, kecantikan Leuniey menarik perhatian ramai.
Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan tiga cahaya mata comel iaitu Kayla Elayna, Khaleel Emir dan Ebrahim Fayaaz.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.