Tidak ada wanita di dunia ini menafikan untuk memiliki kulit wajah gebu dan tubuh yang cantik. Terbukti, bahan aneh pun sanggup dioles wanita agar memiliki kulit putih gebu tanpa sebarang cela.
Kelangsungan hidup wanita moden terdedah kepada penghawa dingin berlarutan serta pencemaran tidak pernah bertepi. Lantas apa yang perlu dilakukan? Pelembap wajah atau tubuh adalah alternatif perawatan kulit malar segar.
Pelembap meresap jauh ke bawah kulit membawa mineral, vitamin dan campuran air membantu melembapkan wajah dari dalam.
Seiring berjalannya waktu, berbagai-bagai bahan telah digarap dan dipercayai boleh mengubah kulit wajah lebih cerah dan cantik. Wanita sekarang beruntung kerana dapat menggunakan bahan-bahan terbaik untuk kulit dalam bentuk kombinasi sebagai pelembap.
Namun, lambakan produk kecantikan dalam pasaran membuat wanita keliru untuk memilih yang terbaik. Seleksi pelembap dalam bentuk losen, krim atau butter. Apakah perbezaannya dan bagaimana mahu memilih pelembap yang tepat?
(a) Losen agen pelembap kulit
Sebut sahaja losen sudah tergambar di fikiran sebagai pelembap kulit. Apakah fungsi sebenar losen ini berbanding krim dan butter sebagai agen pelembap kulit? Losen memiliki konsistensi yang paling cair. Pelembap jenis ini terhasil daripada campuran minyak dan air.
Kandungan air yang banyak menyebabkan losen mudah diserap ke bawah kulit. Adakah bagus jika losen memiliki kandungan air yang banyak? Air sebenarnya adalah pelembap semula jadi untuk kulit dan merupakan nutrien penting dalam pelembapan kulit. Atas dasar itu air sering menjadi pilihan utama rangkaian produk kosmetik terutama losen.
Ads
Lebih istimewa apabila losen mempunyai kebaikan berganda. Tidak hanya berfungsi sebagai agen pelembap tetapi, losen telah digarap dengan bahan semula jadi lain dengan peranan menganjalkan kulit, anti penuaan dan mencerahkan kulit. Jenis pelembap kulit ini terlaris dan paling disukai kerana tidak meninggalkan rasa lekit selepas aplikasi pertama serta meninggalkan bau yang harum.
Pelembap jenis ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit melalui pemakaian yang teratur, kulit menjadi lembut, halus dan wangi. Kandungan air yang banyak menjadikan losen mudah diaplikasikan ke seluruh bahagian tubuh. Sebaik-baik waktu menyapu losen adalah ketika selepas keluar dari bilik air.
(b) Krim pulih kulit kering
Pelembap jenis ini adalah perisai utama buat mereka yang mempunyai kulit kering. Krim ini direka khusus buat wanita yang mempunyai masalah kulit kering. Sama seperti losen pelembap jenis krim ini juga menggunakan air dan minyak sebagai bahan utama.
Ads
Namun, krim memiliki kandungan pelembap tinggi membentuk lapisan untuk mencegah pengewapan air di kulit. Dalam pada itu, pelembap jenis ini juga kaya dengan kandungan minyak. Olesan pelembap jenis krim boleh meninggalkan kesan minyak di atas kulit.
Jadi agen pelembap ini kurang sesuai dioles ke seluruh tubuh. Hanya memadai mengoles di kawasan paling kering atau tertentu sahaja seperti lutut, siku dan tumit.
Daripada segi keupayaannya membekalkan lembapan, krim menjadi pilihan wanita di negara empat musim terutama ketika musim sejuk. Konsistensi krim lebih likat berbanding losen sehingga terdapat produk yang menyediakan sudu untuk mencedok krim ini.
Hati-hati, jika tangan yang menyentuh krim mengandungi bakteria boleh menyebabkan krim tersebut tercemar.
Ads
Bagi wanita sibuk serta tidak mempunyai waktu untuk menjalani rutin harian, boleh mengoles krim malam sebelum tidur. Krim malam berfungsi untuk memberi lembapan dan perlindungan kulit ketika sedang tidur.
(c) Body butter bukan sekadar mentega
Kita sering mendengar perkataan body butter tetapi tidak tahu apakah fungsi sebenarnya. Body butter adalah pelembap yang tidak mengandungi air. Pelembap jenis ini diadun antara minyak, butter (lemak padat) atau lilin.
Oleh kerana tidak mengandungi air, body butter lebih likat dan umpama minyak yang membeku. Body butter memerlukan masa yang agak lama untuk menyerap masuk ke dalam kulit.
Pelembap ini akan membentuk lapisan berminyak di atas kulit selama beberapa saat bergantung kepada jenis minyak yang terdapat di dalamnya dan jenis kulit.
Lemak yang biasa digunakan adalah seperti lemak koko, mangga, kelapa, zaitun dan jojoba. Lemak ini akan mempengaruhi tekstur, kekerasan dan kadar penyerapan butter.
Wanita yang mempunyai kulit normal paling sesuai menggunakan body butter ini. Butter memberi sensasi kilau kepada kulit tetapi ia bukan solusi terbaik buat mereka yang mempunyai kulit kering kerana tiada kandungan air yang boleh membantu melembapkan kulit. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Natural beauty! Gebu dan mulusnya kulit. Manis sungguh anak dara kepada aktres dan penyanyi terkenal dari seberang, Mulan Jameela yang dikenali sebagai Tiarani Savitri.
Mulan Jameela.
Berusia 22 tahun, Tiarani merupakan anak hasil perkahwinan Mulan Jameela yang terdahulu (sebelum bersama Ahmad Dhani).
Patutlah Tiarani jarang terlihat di media sosial kerana dia lebih bersifat privasi.
Namun apabila sesekali berkongsi wajahnya yang cantik manis itu di Instagram peribadi, dia sering menerima pujian daripada para pengikutnya.
CANTIK NATURAL
Sering tampil dengan wajah yang polos tanpa solekan di akaun peribadinya, Tiarani dilihat sebagai seorang gadis yang pandai menjaga kecantikan kulit.
Malah, raut wajah juga mewarisi kecantikan ibunya yang kini kekal jelita di usia 40an.
Penampilan Mulan Jameela di usia 40an, kekal menawan!
Meilhat kepada personalitinya pula, Tiarani seorang yang sederhana dalam soal penampilan, mungkin faktor usianya yang baru menginjak ke fasa remaja.
Kesimpulannya, Tiarani punya daya tarikannya yang tersendiri.
Kredit Foto: Instagram @tiaransvtr
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
15 Julai lalu genap 29 tahun usia Erin Malek. Dia menceburi dunia seni sebagai pelakon seawal belasan tahun namun mengambil keputusan untuk memperlahan karier seni sejak mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak. Walau menghampiri usia 30 tahun namun pesona Erin tetap memikat.
Makin menginjak usia, makin terserlah kejelitaan wanita ini. Namanya mula mendapat perhatian selepas membintangi filem Tentang Bulan sewaktu masih remaja. Malah Erin juga pernah bergelar juara program realiti Fear Factor.
Berkongsi foto terkini ketika menyambut ulang tahun kelahiran ke-29 bersama kenalan rapat, Erin tampil anggun dalam persalinan kemeja merah dan berseluar putih.
“29. Alhamdulillah blessed to see another year. Thank you for the lovely wishes and doas,” tulisnya.
Tak dinafikan sejak berkahwin dan bergelar ibu dua anak makin cantik berseri-seri! Bukan hanya langsing bahkan kulit wajah mulus Erin juga dikagumi ramai.
Ingat lagi temu bual Nona bersama jelitawan ini hujung tahun lalu apabila dia mendedahkan tentang amalan kecantikan selama ini.
“As you grow older dan saya pun dah dekat umur 30 tahun memang dah rasa badan dah lain sedikit. Terutamanya bila melibatkan soal nak turun berat badan yang agak susah. Jadi apa yang saya buat ialah memang dalam kalangan orang rapat tahu yang saya suka work out.
Selain work out, kena jaga makan dengan pengambilan diet sihat. Kadang-kadang ada juga cheat day. Tapi untuk jaga kesihatan dan penampilan kita, perlu makanan sihat, bersenam dan mengeluarkan peluh.”
Dia yang berehat dari dunia seni sejak mendirikan rumah tangga dengan pelumba kereta dan anak kepada usahawan empayar MOFAZ, Farriz Fauzy, bagaimanapun mengaku rindu untuk kembali berlakon.
Jelas Erin, sehingga kini dia masih menerima ‘lamaran’ berlakon dan terpaksa menolak memandangkan belum ada masa yang sesuai.
Buat sementara waktu dia aktif membuat content dan kempen produk di media sosial di samping masih mencari masa tepat untuk berlakon.
“Acting in TV belum lagi, inshaAllah soon. Alhamdulillah, rezeki tu masih lagi ada cuma nak cari masa yang sesuai agak susah untuk saya sekarang ni. Bagaimana pun jika ada masa yang betul-betul tepat untuk saya kembali berlakon, I’ll be back!”
Berkongsi pandangan mengenai pemakaian hijab pula, Erin mendedahkan dia gembira melihat lebih ramai wanita mengenakan tudung dan dalam masa sama mendoakan agar mereka kekal istiqamah dalam penghijrahan tersebut.
“Kita sebagai individu hanya mampu merancang dan selebihnya mendoakan mereka agar berkekalan. Dari segi gaya, bagi saya tak perlu keterlaluan. Cukup dengan sedap mata memandang tak perlu overdressed.
Especially bila kita dah berhijab ni, untuk kita nak nampak cantik dan selesa memang sangat susah. Apa yang saya boleh nasihatkan, pakailah pakaian yang selesa yang melambangkan imej hijab.”
Erin Malek sah bergelar isteri Farriz Fauzy pada tahun 2014 dan dikurnikan dua orang anak iaitu Mohamed Faliq Mohamed Farriz dan Nur Aisha Mohamed Farriz.
Ramai yang mengalami masalah bawah lengan hitam. Kadang-kadang kerana terlalu tergesa-gesa untuk ke pejabat, tersilap pula memilih baju tanpa lengan sampaikan malu sendiri bila nak angkat tangan.
Banyak juga produk-produk yang menjual krim, sabun dan macam-macam lagi untuk membantu mengatasi masalah ini namun ada yang terlalu mahal sehingga rasa tak berbaloi. Yang murah pula tak nampak kesan. Apa kata anda cuba cara semula jadi di bawah.
Soda bikarbonat
Bawah lengan gelap disebabkan sel kulit mati dan soda bikarbonat adalah bahan penggelupasan terbaik. Caranya: Ambil beberapa sudu besar soda bikarbonat dan campurkan bersama sedikit air sehingga ia menjadi pekat. Sapukan perlahan-lahan pada bawah lengan dengan gerakan circular. Lakukan 3 hingga 4 kali seminggu.
Kunyit
Kunyit adalah antioksidan yang menjadi bahan utama untuk mencerahkan kulit. Ia mengelakkan kehadiran melanin tetapi apabila menggunakan ramuan di rumah yang mengandungi kunyit, cuba jauhkan daripada terkena cahaya matahari kerana ia boleh menyebabkan dark spot dan selar matahari.
Kentang, lemon dan timun
Tiga bahan ini adalah ejen pencerah sederhana. Ambil sepotong nipis kentang/timun/lemon dan gosok di bawah lengan anda. Secara alternatif, anda juga boleh mengisar kentang/lemon/timun dan campurkan bersama sedikit kunyit. Lekapkan pada bawah lengan dan keringkan selama 15-20 minit. bilas dengan ais suam. Amalkan dua kali sehari untuk kesan lebih baik.
Susu dan madu
Susu seringkali digunakan untuk mencerahkan kulit. Ia juga melembap, membantu pengelupasan dan melembutkan kulit. Madu pula bertindak sebagai antioksida dan memberi kelembapan pada kulit. Caranya: Ambil satu sudu besar susu dan madu, tambahkan sedikit serbuk kunyit atau jus limau nipis kemudian sapukan pada bawah lengan.
Minyak kelapa
Sebelum mandi, sapukan minyak kelapa pada kawasan gelap bawah lengan. Anda juga boleh campurkan soda bikarbonat bersama minyak kelapa dan gosok perlahan pada kulit. Jangan lupa bilas!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.