Penyanyi popular Anuar Zain yang juga adik kepada penyanyi legenda Ziana Zain mengakui dia berasa seronok dan tenang ketika menyertai aktiviti bersama jemaah tabligh sejak 2021 lalu. Anuar, 52 tahun berkata, dia masih menyertai aktiviti bersama mereka jika ada kelapangan masa. Kali terakhir dia menyertai aktiviti keagamaan itu ialah beberapa bulan lalu.
“Saya masih lagi mengikut jemaah (tabligh), tapi sekiranya ada kelapangan masa. Seronok dan tenang kalau dapat sertai aktiviti keagamaan yang dilakukan bersama-sama,” katanya menerusi sumber Harian Metro.
Anuar yang juga cukup aktif dalam misi kemanusiaan itu berkata, sekiranya tidak terikat dengan kerja seni, dia berhasrat untuk menyertai aktiviti mereka lagi. “Saya tak boleh ikut selalu sebab kerja hakiki sebagai artis, cari makan dalam karier seni sebagai penyanyi. Jadi, saya kena tengok masa yang terluang juga,” katanya.
Anuar mula aktif mengikuti aktiviti bersama jemaah tabligh sejak 2021 lalu. Malah, pernah tular video dia dan pelawak, Nabil Ahmad bersarapan bersama jemaah tabligh di sebuah masjid di Selangor. Sementara itu, Anuar juga berhasrat mahu mengerjakan solat terawih di beberapa masjid berasingan sepanjang Ramadan ini.
Ads
Anuar berkata, dia juga mahu mengajak rakan rapatnya yang berminat untuk turut serta. Katanya, ia aktiviti menyeronokkan untuk mengimarahkan bulan Ramadan yang menjelma tidak lama lagi.
“Seronok sebenarnya kalau dapat menunaikan solat terawih di masjid-masjid berasingan. Tidaklah hanya berterawih di masjid yang sama saja. Sayanglah kalau kita tak buat solat terawih penuh. Jadi, saya tak mahu lepaskan peluang ini macam tu saja. Malah, satu pengalaman baru juga kalau dapat berterawih di masjid-masjid berbeza,” katanya.
Ads
Anuar berkata, dia juga akan mengerjakan solat terawih di rumah bersendirian sekiranya tidak berkesempatan melakukannya secara berjemaah di masjid kerana urusan kerja.
Sumber: Harian Metro
***
Ads
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hampir 6 bulan memeluk Islam, aktres Angeline Tan akhirnya berhijab lepas kahwin, transformasi wanita mualaf berbangsa Cina dikenali ‘Lucy’ ini cetus inspirasi.
Memilih sahabat lamanya, Sabri Yunus yang juga seorang pelakon dan pengarah ternama Malaysia, penghijrahan Ardini Angeline Tan, 56 tahun disambut kesyukuran oleh seluruh umat Islam.
Pada usia 50-an, wanita yang popular dengan watak ‘Lucy’ menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu tersebut tenang berkongsi kisah berhijab melalui slot video Riuh Ramadan Nona.
‘Hatinya terbuka sendiri…’ itu komen Sabri Yunus dalam temu bual di bawah. Jom tengok sendiri gelagat Angeline Tan di dapur…
Mengakui suka mengumpul selendang atau shawl untuk dipakai pada bahu, siapa sangka hobi Angeline pada zaman muda itu membawa kebaikan hingga sekarang.
Shawl kesayangannya masih boleh digunakan sebagai hijab, malah sejak berubah imej beliau merasa lebih selamat dan tenang.
Pemakaian hijab tidak hanya mengubah cara seseorang dilihat oleh dunia, malah menukar cara pemakainya ‘melihat’ dunia dan diri mereka sendiri.
Dan benar sesungguhnya, menutup aurat itu mengangkat maruah, memelihara kehormatan dan melambangkan kemuliaan wanita Muslimah.
Berubah tanpa paksaan, Sabri Yunus juga bersifat ‘gentleman’ mengenai transformasi isterinya. Kata Sabri, beliau memberikan ruang dan waktu secukupnya agar Angeline mengenali keindahan Islam serta amat seronok apabila perkara tersebut berlaku dengan pantas.
Asbab perkahwinan Angeline Tan dan Sabri Yunus tahun lepas, bertambah saudara Islam kita, syukur! Cantik sangat berhijab, makin berseri wajahnya.
MUA: Ayang Kamell
Lokasi: Shangri-La Kuala Lumpur
Busana: LARNEY
Tular di media social baru-baru ini apabila wajah Timbalan PM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kelihatan sedikit berbeza apabila muncul di kaca TV menerusi Buletin Utama, menyaksikan mata beliau yang kelihatan sedikit bengkak dan lebam.
Berikutan dari itu, warga maya mula berteka teki dan meneka sama ada Ahmad Zahid Hamidi tidak sihat atau pun baru selesai menjalani pembedahan kosmetik
Tidak gelabah dengan spekulasi yang dilemparkan, anak sulungnya Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dengan tenang tampil menjelaskan bapanya mengalami kerosakan saraf optik dan memerlukan pembedahan.
“Saraf mata dia tak function (berfungsi). Sebab tu mata dia jadi ‘jatuh’. Buat muka buat apa, bukan super star pun. Kalau sampai mudarat sebab saraf mata, kena la buat sesuatu. Tapi biasalah orang lagi seronok fitnah daripada tahu perkara sebenar,” tulisnya membalas komen netizen di Instagram.
Bukan itu sahaja, Nurulhidayah menjelaskan bahawa sebagai ahli politik, ayahnya perlu kuatkan semangat dan tetap bertugas demi rakyat dan negara walaupun sakit kerana ayahnya memikul satu tanggungjawab besar yang diamanahkan.
Nurulhidayah berkata bapanya masih dalam proses pemulihan dan tidak berehat lama selepas pembedahan mata. Pada 22 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution mengesahkan Zahid bercuti selama dua minggu.
NONA mendoakan semoga kesihatan TPM kita baik-baik saja, dan cepat diberikan kesembuhan.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terinspirasi dengan semangat Nora Ashikin Rahmat atau lebih mesra disapa sebagai Ekin ini. Mana tidaknya, asal ada sahaja peluang yang terhidang depan mata pasti dimanfaatkan sebaiknya untuk menjana pendapatan. Lebih-lebih lagi ketika situasi pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang memaksa ‘orang bisnes’ sepertinya untuk jadi lebih kreatif merencana perniagaan.
Mengakui bisnes yang diusahakan bersama kembarnya, Nora Ain Rahmat atau Aenn turut terkesan kerana keadaan tersebut, Ekin bagaimana pun enggan mengaku kalah. Sebaliknya terus ligat mencari peluang perniagaan demi memenuhi minatnya dalam bidang bisnes.
Bertatih dalam dunia keusahawanan kira-kira lapan tahun lalu, sepanjang tempoh berkenaan pelbagai cabang bisnes telah diceburinya termasuklah berniaga produk kecantikan Uniquein, tudung Hoodie, pencuci mulut Polkapops dan sebagainya.
Mesra menyambut panggilan penulis baru-baru ini, Ekin dalam nada tenang berkongsi strategi pemasarannya pada musim pandemik. “Waktu PKP ni memang tak dinafikan banyak peniaga yang terjejas termasuk kami sebab kami terpaksa ‘bercuti’ daripada menjual dessert Polkapops sebab tak dapat nak hantar kepada agent. Strategi kami bila tak dapat niaga makanan ni, kami lebih fokus dalam penjualan tudung yang memudahkan pelanggan beli melalui online.
Jadi buat masa sekarang, kami aktif jual tudung hoodie. Sebenarnya Ekin dan Aenn start jual tudung hoodie ni lima tahun lepas. Idea hasilkan tudung ini datang apabila Ekin suka pakai tudung yang nampak ringkas, selesa dan mudah diurus. Alhamdulillah, jualan tudung hoodie dapat sambutan.”
Ditanya bagaimana boleh tercetus idea beralih dari bisnes kecantikan dan kesihatan kepada sajian pencuci mulut, sambil tertawa suri hati Mawi ini membuka cerita. “Idea Polkapops datang dari Ekin sendiri sebab Ekin terlalu suka makan dessert. Sampai kalau pergi melancong dalam dan luar negara pun Ekin suka cuba pelbagai dessert yang ada. Buat masa ini, kami dah ada lebih 60 agent dan stokis di seluruh negara.
Istimewanya Polkapops berbanding dessert lain ialah ia dibuat mengikut edisi. Edition Polkapops kami hasilkan mengikut perayaan seperti Hari Raya, Chinese New Year dan Christmas,” ujarnya yang menjual dessert ini sejak Ogos 2019.
Mengimbas kembali detik awal menceburi bidang perniagaan, Ekin yang sebelum ini bergelar pelakon tidak menyangka mampu mempunyai empayar niaga sendiri. “Ekin start bisnes pada tahun 2013 dengan mula mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan. Alhamdulillah mendapat sambutan yang luar biasa dan membuatkan Ekin makin bersemangat untuk terus berniaga dalam bidang ini.
Sepanjang berniaga, antara cabaran terbesar yang pernah Ekin lalui adalah apabila wujud produk tiruan di pasaran dengan pihak tidak bertanggungjawab cuba copy design dan menyalahgunakan nama kami.”
Tambah ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, “Selain tudung dan makanan, kami ada bisnes dalam bidang entertainment dan kini dalam proses untuk keluarkan filem terbaharu iaitu Hantu Kuat Ketawa. Sekarang dalam proses suntingan.”
Memang rancak Ekin buat duit! Difahamkan, Ekin mengusahakan syarikat produksi MW Entertainment di samping suami tercinta.
“Ekin bersyukur bila berniaga sendiri ni kita tak terikat dengan masalah waktu sebab dalam masa yang sama, family sentiasa depan mata. Jadi tak stress sangat. Alhamdulillah, Ekin ada pembantu yang dapat meringankan tugas untuk kerja-kerja di rumah. So far, Ekin tak terfikir nak berlakon lagi. Cukup-cukup masa yang ada ni untuk berniaga dan keluarga saja.”
Sementara itu, ditanya bagaimana Ekin mampu menjaga keharmonian rumah tangga setelah 12 tahun bergelar isteri kepada Mawi, ini jawapan Ekin. “Alhamdulillah, yang Ekin tekankan dalam rumah tangga ni kena jujur dan bertolak ansur. Dalam erti kata lain, tak perlu ‘sentap-sentap’. Istimewanya Mawi di mata Ekin, dia seorang yang sangat baik, penyabar, kuat bekerja dan sayangkan keluarga.
Soal impian yang belum terlaksana pula… ni susah nak cakap sebab impian yang ada alhamdulillah banyak yang dah terlaksana. Syukur dan Ekin berdoa semoga segalanya Allah SWT merahmati kehidupan kami dunia akhirat. Amin.”
Hasil perkongsian hidup di samping bekas Juara Program Akademi Fantasia Musim Ketiga itu, Ekin dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Cahaya Malaika yang berusia 9 tahun.
Kredit foto: Instagram Ekin Mawi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wah, beruntungnya Elisya Sandha dikurniakan seorang ibu mentua yang baik dan sanggup menjaganya selepas melahirkan anak. Tak dinafikan, masih ada dalam kalangan ibu mentua yang berbuat perkara sama terhadap menantu seperti Sheila Rusly ...