Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat jenazah Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot Serkat Pontian pada jam 11 pagi, Isnin, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Solat jenazah itu turut disertai ahli-ahli politik, saudara-mara, rakan taulan dan masyarakat setempat.
Turut memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Ads
Lebih 1,000 orang ramai hadir ke masjid bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham.
Turut dilihat berada di masjid, kepimpinan parti politik tanah air antaranya Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng; Naib Pengerusi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad dan Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin.
Ads
Sebelum Perdana Menteri tiba, solat jenazah turut dilaksanakan dan diimamkan anak sulung Salahuddin, Iskandar Zulkarnain, 37, yang mana difahamkan ia antara permintaan terakhir Allahyarham.
Salahuddin, 61, sebelum ini dikejarkan ke wad kecemasan HSB kira-kira jam 10.15 malam Jumaat dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.
Ads
Allahyarham bagaimanapun telah selamat menjalani pembedahan pada pagi Sabtu dan berada dalam keadaan stabil di HSB, namun kesihatannya kian merosot menjelang malam semalam.
Wow, inilah sikap yang ramai orang Malaysia hendak tengok! Dan paling mengagumkan, tindakan terpuji ini dilakukan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam. Syabas!
Baru sahaja menerajui kementerian tersebut, enam hari lalu.. Syed Saddiq sudah mula mencipta senario baru dalam arena sukan. Hadir menyaksikan perlawanan di antara Selangor dan Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, kelibat Menteri Belia dan Sukan ini dilihat cukup santai dengan menyarung jersi kebangsaan.
Meskipun ‘terdengar’ cakap-cakap sumbang yang memperlekehkan niat Ahli Parlimen Muar ini, namun rata-rata masyarakat menyenangi usaha berkenaan.
Iyalah, sekurang-kurangnya masyarakat kita sudah mula peka dengan moral kebersihan ketika menonton bola sepak di stadium.
Harap, amalan ini tidak hanya dipraktikkan di stadium saja bahkan ketika berada di mana-mana tempat dan acara sekalipun. Barulah kemajuan sukan dan mentaliti penyokong berjalan seiring.
Kredit foto: malaysia 1news
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kos perubatan dijangka akan meningkat sebanyak 12.7%** dalam tempoh 5 tahun akan datang. Keadaan ini akan menyebabkan rakyat Malaysia, terutamanya golongan millennial, menghadapi kesukaran melunaskan bil perubatan yang kian melambung sekiranya mereka perlu dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan atau pembedahan.
Menyedari hakikat berkenaan dan bagi memastikan golongan millennial mempunyai perlindungan yang secukupnya ketika mereka baru mengorak langkah untuk berdikari, AXA AFFIN Life Insurance Berhad telah melancarkan Kad Perubatan dalam talian yang pertama di pasaran Malaysia. AXA eMedic dapat membantu golongan millennial yang terdiri dari kalangan profesional serta keluarga muda membuat persediaan untuk menghadapi situasi luar jangkaan.
AXA eMedic menawarkan Kad Perubatan dalam talian yang pantas, mudah dan berpatutan untuk rakyat Malaysia berusia dari umur 16 tahun ke 39 tahun serendah RM37*/sebulan untuk perlindungan sehingga RM100,000 setahun. Ini boleh diperbaharui sehingga usia 80 tahun.
AXA AFFIN turut menjalinkan kerjasama dengan BookDoc dan Naluri untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan pelanggannya. Yantrik (yan3k.com) menyokong AXA AFFIN sebagai konsultan pelaksanaan.
Dengan pelancaran eMedic, AXA AFFIN Life kini menawarkan insurans nyawa, kesihatan serta perlindungan kanser secara dalam talian dengan hanya beberapa klik sahaja dan ini menjadikan AXA AFFIN sebagai perintis digital disrupsi di Malaysia.
Bagi pelanggan yang sedang mengalami masalah kesihatan atau berusia lebih daripada 39 tahun, AXA AFFIN turut menawarkan pelbagai pilihan daripada rangkaian produk-produk sedia ada dan mereka akan dilayan oleh agen-agen profesional. Agen-agen berkenaan juga akan memberi khidmat kepada pelanggan eMedic sekiranya mereka menginginkan perlindungan yang lebih tinggi atau produk khusus yang memerlukan khidmat nasihat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menepati kriteria, Che Puan Sarimah Ibrahim dipilih sebagai duta kesihatan untuk hospital pakar tulang, ALTY Orthopaedic Hospital.
Kredit Foto: Instagram Sarimah Ibrahim
Majlis perlantikan bagi pengacara, penyanyi serta pelakon berketurunan Melayu-Ireland ini diadakan di premis hospital yang terletak di Menara ALTY, Jalan Ampang pada 15 Jun 2022 dalam suasana ringkas bersama media.
Objektif kerjasama ini adalah bagi memacu kesedaran tentang penjagaan kesihatan tulang yang baik. Sebagai seorang yang prihatin dengan kesihatan, CP Sarimah akan menyertai usaha-usaha bersama ALTY untuk meningkatkan kesedaran melalui beberapa siri inisiatif pendidikan.
Inisiatif tersebut merangkumi program kesedaran komuniti dan siri video pendidikan penjagaan tulang di kalangan rakyat Malaysia.
CP Sarimah menyuarakan keterujaannya apabila dilantik sebagai duta bagi kolaborasi selama setahun ini yang julung kali diadakan. Menurutnya, sebagai selebriti sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia.
“Sebagai selebriti saya akan lakukan yang terbaik untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai termasuklah diri sendiri tentang betapa pentingnya penjagaan kesihatan tulang.”
Selain bergelar duta kesihatan, CP Sarimah juga bakal mengacarakan program-program berkaitan penyakit tulang bersama lapan doktor pakar di ALTY Orthopaedic Hospital.
Kredit Foto: Instagram Sarimah Ibrahim
Turut serta dalam sesi temu bual bersama media ialah Dr. G Ruslan Nazaruddin yang merupakan Pakar Perunding Bedah Ortopedik & Penggantian Sendi.
Selesai majlis, pihak media diberi peluang untuk menjelajah beberapa ruang utama di hospital antaranya wad pemulihan serta bilik EOS yang dikhususkan untuk rawatan low-dose radiation alterative.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.