
Isteri mana yang tidak bangga dan gembira menyaksikan kejayaan suami tercinta. 1 November lalu pastinya menjadi detik bermakna buat pelakon Qi Razali apabila bakatnya dalam industri mendapat perhatian dan pengiktirafan. Berkat kerja keras dan minat mendalam terhadap dunia seni serta lakonan, Qi akhirnya dinobat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-34.
Qi atau nama penuhnya Qushairi Mohammed Razali merupakan seorang pelakon, pengacara dan juga pemuzik. Lakonan hebatnya menerusi filem Babah nyata berjaya menyentuh emosi penonton sehingga melayakkan aktor ini memenangi anugerah berkenaan.
Sekaligus mengalahkan calon pelakon berbakat lain antaranya Shahnaz Ahmad, Beto Kusyairy, Aeril Zafrel dan Tony Eusoff.
View this post on Instagram
Qi Razali Pelakon Lelaki Terbaik FFM



Pastinya antara individu paling gembira dan bersyukur dengan pencapaian Qi ialah isteri tercinta, Wardah Hayati.
Menerusi perkongsian di media sosial, Wardah atau mesra di sapa Ard menitipkan kata-kata semangat dan memanjat kesyukuran atas rezeki tersebut.
Isteri Titip Ucapan Buat Qi Razali
“Teruntuk lelaki hebat, Qi Razali. Akhirnya perjuangan awak selama ini dalam bidang lakonan telah membuahkan hasil. Yang paling penting, orang semakin nampak hasil usaha awak, bakat awak, kesungguhan serta kejujuran awak dalam membawa sesuatu watak, terutama sekali dalam watak “BABAH” ini.
Jujur, saya bangga dengan awak. Saya tahu untuk membawa sesuatu watak itu tidak mudah. Asal awak tahu, awak sudah buat yang terbaik. Persetankan kata-kata yang boleh buat awak rasa sedih atau kecil dan lebihkan fokus pada kata-kata yang lebih positif, beradab dan berakal.
Ini adalah hari awak, rezeki awak, maka nikmatilah semua ini dengan penuh rasa syukur.”


Sepanjang 33 tahun berada dalam industri seni akhirnya kerja keras, cinta dan pengorbanan masa Qi berbaloi serta berjaya menarik perhatian pihak industri. Sekaligus menerima penghargaan dan pengiktirafan besar seumpama ini.
Qi Razali menamatkan zaman bujang bersama wanita pilihan yang juga jurusolek, Wardah Hayati pada 25 Mei lalu ketika berusia 48 tahun.
Semoga rumah tangga pasangan ini sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!




























