Gaya Hidup

Anzalna Teruja Bawa Anak Naik Kapal Terbang Pertama Kali, Untung Eidrees Tak Meragam

Anzalna memang terkenal suka melancong bersama-sama suami tercinta dan keluarganya. Foto percutian Anzalna sering mendapat perhatian kerana gaya ‘travel with style’ membuat ramai yang teringin hendak sampai ke tempat yang dikunjunginya. Ingatkan bila dah ada baby kecil Anzalna akan memperlahankan aktiviti kegemarannya ini tetapi sangkaan kita jauh meleset.

Baru-baru ini Anzalna telah membawa anaknya melancong ke Dubai, Paris dan London. Kongsi Anzalna di laman media sosialnya, “Last year, Eidrees dalam perut mummy waktu di Paris. This year,

mummy bawa Eidrees pergi tengok rupa Paris macam mana,” kata Anzalna. Sweet sangat kata-kata Anzalna terhadap anak sulungnya ini.

Jelas terpancar keterujaan Anzalna membawa Mohammad Eidrees melancong buat kali pertama. “I can’t believe I am flying with my anak this time,” cerita Anzalna.

Perjalanan kapal terbang dalam tempoh yang lama paling merisaukan ibu bapa terutama yang memiliki anak kecil. Atas alasan ini ramai ibu bapa yang tidak mahu membawa anak melancong terutama ke luar negara.

Nampaknya berbeza dengan Anzalna dan Eidrees ini pula macam memahami hobi ibunya yang satu ini. Eidrees behave ketika berada di dalam kapal terbang dan nampak enjoy.  Beruntung Anzalna bila anaknya tidak meragam di dalam kapal terbang. Seronok tengok Eidrees enjoy

dan gelak ketawa bersama ibu bapanya termasuk neneknya yang turut serta dalam trip kali ini.

Anzalna juga turut berkongsi tentang gelagat anaknya itu, “Travelling with Mohamad Eidrees was easier than I ever imagined. Boarding the flight, Eidrees was so happy! He laughed and smiled all the time. Menangis? Of course ada! Tapi sebab nak susu. I’m blessed to have such a good baby. Alhamdulillah,” ujar isteri kepada Muhamad Hanif Mohamad Zaki ini.

Terserlah sinar bahagia pelakon yang terkenal dengan watak penggoda yang kini berusia 31 tahun ini menjalani kehidupan sebagai seorang ibu. Semoga lepas balik Paris ini Eidrees dapat adik!

Foto ketika Anzalna sedang mengandungkan Mohamad Eidress.
IKLAN
Share