Gaya Hidup

Apa Anda Buat Bila Harga Barang Naik Melambung? Baca Ni, Abang Nak Tegur!

Mungkin anda tidak begitu merasainya. Kenaikan petrol masih begitu baru untuk memporak-perandakan sistem kewangan dalam keluarga anda. Anda menganggap keadaan ini harus dipandang remeh dan anda tidak terlibat secara langsung untuk menanggung kesannya.

Ahli perniagaan di luar sana, telah menanggung pelbagai risiko dalam kesulitan kenaikan harga petrol. Ramai yang mula merasa rungsing terhadap kos kenaikan harga barang, kos operasi dan dalam masa sama terpaksa mencari juga keuntungan bagi memastikan perniagaan terus bertapak dan maju.

Seteruk manakah kenaikan harga barang memberi kesan terhadap diri anda?

Langkah Berjaga-jaga Pengguna Terhadap Kenaikan Harga Barang

(1) Kenaikan harga barang memang menakutkan pengguna. Lebih menakutkan jika pengguna terus mengamalkan gaya hidup yang lama tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Berbelanja berhemah dan bijak adalah cara pengguna pintar menghadapi situasi ini.

(2) Corak semula perbelanjaan harian dan bulanan dengan mengurangkan perbelanjaan harian dan kos-kos tidak perlu dengan hanya berbelanja barangan dan perkhidmatan yang perlu sahaja. Trend orang di bandar gemar membeli barang dua atau tiga bulan sekali menyebabkan mereka akhirnya membeli banyak barangan yang tidak perlu dan tidak termasuk dalam senarai malah sebahagian tidak dipakai langsung terutama barangan dapur.

(3) Kuasa membeli yang dimiliki pengguna, memberi kesan jangka panjang bukan kesan jangka pendek. Kesannya sekarang tidak begitu ketara, tetapi apa yang ditakuti jika kenaikannya terus meningkat.

(4) Lakukan perbandingan harga dengan membeli barangan yang lebih murah harganya setelah anda melakukan pemeriksaan harga.

(5) Merancang perbelanjaan awal sebelum melakukan pembelian untuk mengelakkan pembeli membazir dan terbeli barangan yang tidak diperlukan.

(6) Berhati-hati terhadap hutang dan elak penggunaan kad kredit. Berhutang di saat ekonomi getir, menyebabkan anda terpaksa menanggung kadar faedah yang sangat tinggi dan dalam masa sama terpaksa melunaskan beban hutang sedia ada.

(7) Simpan atau laburkan wang di tempat yang mempunyai faedah lebih tinggi sekurang-kurangnya 8% setahun.

(8) Jika anda berhasrat membeli rumah baru, simpan dulu hasrat tersebut kerana anda boleh menanti rumah yang bakal dilelong jika ekonomi baik pulih seperti sedia kala. Ada baiknya anda hanya menyimpan hasrat untuk memiliki kenderaan baru memandangkan keadaan sekarang sememangnya bukan situasi yang sesuai untuk membeli kenderaan baru.

(9) Cambahkan bidang perniagaan sedia ada jika anda seorang ahli perniagaan dan jangan hadkan peluang ini hanya dalam satu bidang sahaja. Jika anda bekerja makan gaji, cari peluang untuk mendapat pendapatan lebih dengan bisnes online atau pemasaran multi-level.

(10) Kurangi aktiviti yang mencetuskan pembaziran seperti makan di luar, melepak di tempat eksklusif, melancong ke luar negara, perjalanan dalam dan luar negara, bersosial atau berparti.

(11) Menggantikan tanaman pokok-pokok hiasan dengan tanaman berasaskan pertanian seperti cili, terung, sawi dan pelbagai jenis sayur-sayuran yang lain serta mengurangkan penggunaan air dan elektrik.

(12) Mengajar anak supaya lebih berjimat cermat ketika berbelanja serta menggalakkan mereka untuk menabung agar anak tahu bagaimana menguruskan kewangan dengan cara baik pada masa depan.

(13) Menaikkan nilai duit sendiri iaitu dengan menggandakan kedudukan kewangan.

(14) Mengubah sifat tidak kisah pengguna dengan membeli barangan yang mahal tanpa pernah boikot seperti yang dilakukan oleh pengguna di negara luar.

(15) Semua pihak harus merancang dan ukur perbelanjaan dengan pendapatan. KR

IKLAN
Share