Aqeef Anaqi Bakal Jadi Abang, AMYRA ROSLI Hamil Anak Kedua Di Usia 28 Tahun!

1 Julai nyata menjadi antara momen terindah buat Amar Baharin kerana selain menyambut ulang tahun kelahiran ke-34, pelakon Jodoh-Jodoh Annisa ini menerima kejutan istimewa apabila isteri tercinta ‘menghadiahkan’ alat pengesan kehamilan baru-baru ini.

Tak mampu menyembunyikan perasaan teruja menimang cahaya mata buat kali kedua, Amar berkongsi berita gembira tersebut bersama para peminat di IG miliknya.

“Syukur alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini.”

Selain mengumumkan berita kehamilan Amyra Rosli di media sosial, Amar turut memuatnaik video pendek di akaun YouTube ‘Amyramar Tube’ milik pasangan romantis ini. Nampaknya tak lama lagi Aqeef Anaqi dah jadi abang!

“Hari ni 1 July 2019 adalah hari yang penuh bermakna untuk saya sebab selain ulang tahun kelahiran saya yang ke-34, isteri saya Amyra Rosli bagi hadiah pregnancy test. Yeahhaaaaaaaaa.

Alhamdulillah syukur. Semoga semua dapat mendoakan agar Amyra dan baby

dalam kandungan.”

Amyra Rosli atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli dilahirkan pada 24 Ogos 1991 dan sah bergelar isteri kepada Amar yang juga hero gandingannya dalam drama Tersuka Tanpa Sengaja pada 11 November 2016. Hampir setahun berkahwin, pasangan ini dikurniakan bayi lelaki comel bernama Aqeef Anaqi pada tanggal 15 Oktober 2017 yang kini meniti usia setahun 8 bulan.

Di samping aktif dalam pentas lakonan, nama Amyra yang kian melonjak naik sejak membintangi drama bersiri Nur… menjadi pilihan syarikat kosmetik dan pelbagai agensi lantaran rupa paras cantik dan imej bersih yang dimiliki selebriti berusia 28 tahun ini.

Antara produk yang diwakili Amyra sebagai jurucakap termasuklah Baskin-Robbins. Dia juga pernah menjadi duta bagi produk kecantikan AuraWhite bersama Ayda Jebat suatu ketika dulu.

 

Kredit: Instagram Amar Baharin & Amyra Rosli

 

 

 

 

IKLAN
Share