Artis Kaya Indonesia, SYAHRINI Kongsi Suasana Restoran Milik Suami Serba Mewah & Eksklusif!

Gaya hidup selebriti negara jiran ini memang ibarat kehidupan seorang puteri diraja. Apa tidaknya daripada cara berpakaian dari hujung rambut je hujung kaki dengan persalinan serta aksesori berjenama mewah, Syahrini juga dilihat kerap menaiki jet peribadi untuk bercuti ke luar negara!

Bukan calang-calang tempat pelancongan pula tu. Kebanyakan destinasi percutian Syahrini adalah eksklusif dan mahal. Malah ada Ketika juga dia dilihat menggunakan khidmat limosin mewah tatkala melawat ke negara asing. Misalnya, sewaktu bercuti di Los Angeles beberapa tahun lepas. Syahrini pernah berkongsi foto percutian sambil menaiki kereta Rolls-Royce!

Tidak cukup dengan itu pada situasi pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia tahun lepas, Syahrini mendapat kebenaran untuk berangkat ke Tokyo, Jepun iaitu kampung halaman suami tercinta. Pasangan ini dilaporkan ‘terbang’ ke sana dengan menaiki jet peribadi dari Disember 2020 hingga awal Mei lepas.

Hampir lima bulan di bumi Matahari Terbit tersebut, Syahrini dilihat menikmati percutian mewah sebelum kembali pulang ke Jakarta pada Ramadan lalu. Tidak hanya percutian mewahnya menjadi bualan bahkan penghijrahan pemilik nama Rini Fatimah Jaelani yang tampil berhijab sebaik pulang ke Indonesia turut mencuri tumpuan.

Namun baru-baru ini, kehidupan mewah Syahrini hangat diperkatakan apabila dia berkongsi suasana di restoran milik suaminya, Reino Barack yang kembali beroperasi pada 1 Jun lalu. Perkongsian Syahrini nyata membuatkan ramai yang cemburu kerana persekitaran dan dekorasi restoran Reino sangat mewah, eksklusif dan bertaraf antarabangsa.

Apatah lagi ia terletak di tingkat 46 di sebuah bangunan terkemuka yang turut mempunyai panorama indah kota Jakarta! Restoran yang diusahakan Reino turut terbahagi kepada Altitude Grill, The Oscar Jakarta, Enmaru Jakarta dan Yugen Shabu and Sukiyaki.

Dalam pembukaan semula restoran berkenaan, Syahrini mengundang beberapa rakan karib artis seperti Titi DJ, Datuk Rossa dan Melly Goeslaw. Selain suasana restoran yang amat mewah, menu hidangan yang ditawarkan juga pelbagai antaranya sajian Itali, Barat dan Jepun.

Ujar Syahrini, “1 Jun 2021 sudah dibuka kembali Altitude Jakarta, The Oscar Jakarta, Enmaru Jakarta dan Yugen Shabu. Lantai 46 The Plazza JI MH Thamrin 28-30 Jakarta! Congratulations Reino Barack, my wonderful husband. Big success my love!”

Gaya hidup Syahrini menarik perhatian ramai saat dia melangsungkan perkahwinan dengan seorang usahawan kacak berketurunan Jepun, Reino Barack pada 27 Februari 2019. Ini kerana selain bernikah di Tokyo, pembuatan gaun perkahwinan Syahrini juga bukan calang-calang.

Mengadakan resepsi persandingan di Four Season Hotel Jakarta, persalinan yang digayakan pada malam tersebut adalah ilham pereka ternama Indonesia, Sebastian Gunawan yang pernah menghasilkan busana selebriti Hollywood, Halle Berry.

Memetik laporan media Indonesia, Sebastian atau mesra disapa Seba berkata dia menyiapkan gaun eksklusif ala puteri diraja yang tersarung indah di tubuh Syahrini dalam masa hanya empat hari.

Difahamkan segala kemewahan Syahrini hari ini adalah hasil kerja kerasnya sebagai penyanyi dan juga usahawan. Bahkan sebelum bergelar anak seni dia sudah terlibat dalam perusahaan milik bapanya dalam bidang hartanah.

Malah, dia juga berkahwin dengan Reino merupakan usahawan berjaya dalam bidang food and beverages (F&B). Tidak hairanlah pasangan ini mampu menjalani gaya hidup mewah seperti sekarang.

 

Kredit foto: Instagram Princess Syahrini

IKLAN
Share