
Bertambah lagi ahli keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila anak perempuannya iaitu Yana Najib selamat melahirkan cahaya mata baharu pada hujung Julai lalu. Ini merupakan kelahiran anak keempat Yana dengan suami tercinta, Daniyar Kessikbayev.
Difahamkan anak ketiga pasangan ini yang juga cahaya mata perempuan diberi nama Amelia Rahah Daniyar dilahirkan pada 23 Ogos 2023.
Menerusi perkongsian Yana atau nama sebenarnya Nooryana Najwa di media sosial sebelum ini, Amelia cukup rapat dengan nenek kesayangan Datin Seri Rosmah Mansor.
Ke mana saja pergi pasti ingin berada di sisi dan ‘melekat’ dengan nenek. Isteri bekas Perdana Menteri ini juga dilihat mesra dan rajin melayan cucu tersayang.
Dalam perkongsian terbaharu, kakak Ashman Najib ini memuat naik gambar anak keempat dan mengumumkan nama puteri kedua. Bagaimana pun, Yana belum bersedia mendedahkan wajah anak ini kepada umum.
Khabarnya, kelahiran anak keempat ini cukup mencabar kerana lahir awal daripada jangkaan. Pun begitu, dia dan suami memanjat kesyukuran kerana dikurniakan anugerah terindah berkenaan.
“Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT. Kita merancang, Allah yang menentukan.
An unexpected early arrival. Dramatic plot twists. Change of plans. Anxious family and doctors. A rollercoaster of emotions.
You were determined to decide your own destiny baby girl. Welcome earth-side Aryana Myra-Rose Daniyar. You complete us in every way.”
Tahun ini genap 11 tahun Yana Najib bergelar isteri. Dia mendirikan rumah tangga dengan jejaka kelahiran Kazakhstan, Daniyar Kessikbayev pada 19 Mac 2015.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga lagi anak iaitu Adam Razak berusia lapan tahun, Aidan Najib Daniyar kini berumur empat tahun dan Amelia Rahah Daniyar.
Selain itu, Datin Seri Rosmah Mansor turut mempunyai seorang lagi cucu lelaki diberi nama Ardan Razak. Ardan ialah anak kepada Ashman Najib dan isteri, Nikola Mulyadi.
Yana yang kini menyandang jawatan Exco Pergerakan Puteri UMNO dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai turut aktif membantu golongan memerlukan khususnya wanita.
Rambang mata tengok baju bayi perempuan ini. Macam-macam warna ada dan boleh beli di sini.
This website uses cookies.