Atlet Pencak Silat Kelahiran Sabah NOR FARAH MAZLAN Sumbang Emas Ke-17 Buat Malaysia, Kekecewaan Di Hanoi Terubat

Anak kelahiran Kota Belud Sabah, Nor Farah Mazlan hari ini berjaya menyumbang pingat emas ke-17 buat Malaysia pada Sukan Sea 2023 di Kemboja.

Impian atlet pencak silat negara, Nor Farah Mazlan meraih emas di Sukan SEA Kemboja tercapai selepas mengungguli acara Tanding 50kg wanita di Chroy Changvar Convention Center, tengah hari tadi.

Pingat yang disumbang pesilat negara itu adalah selepas berjaya memenangi perlawanan akhir Tarung A 45 kg-50kg menewaskan pesilat dari Singapura, Nadhrah Sahrin.

Segala pengorbanan dilakukan Farah dalam melakukan persiapan akhirnya membuahkan hasil.

Malah, misi mengubat kekecewaan pada edisi lalu di Hanoi yang merupakan penampilan pertamanya di temasya dwitahunan itu juga berjaya diubati.

Turut menyumbang pingat emas bagi acara pencak silat adalah Norsyakirah Muksim dalam kategori wanita 40 hingga 45 kg apabila menewaskan wakil Indonesia, Suci Wulandari.

Pencak silat di Sukan Sea hari ini telah menyumbang dua pingat emas menerusi Nor Farah dan Norsyakirah.

Kredit Foto: Facebook Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

 

IKLAN
Share