Semangat tidak mengalah biarpun ketinggalan pada pusingan keempat menjadi kunci utama atlet Sarawak Lavinia Kho Jia Jie menggenggam emas acara boling perseorangan wanita pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Sunway Mega Lanes pada 18 September 2022.
Atlet berusia 18 tahun itu memastikan beliau tidak pulang tangan kosong pada penampilan sulungnya setelah melakukan 1,271 jatuhan pun untuk mengetepikan cabaran rakan sepasukan Nur Hazinah Ramli yang merangkul perak (1,268) dan gangsa milik atlet Selangor Nur Nais Falilnesa Isman (1,263).
Lavinia yang mempamerkan corak permainan cemerlang mengakui tidak menyangka mampu muncul juara berdasarkan senarai atlet turut mengambil bahagian.
Ads
“Ia adalah permulaan hebat untuk dua dan tiga perlawanan, namun pada perlawanan keempat (skor) saya rasa tidak mempunyai peluang tapi terima kasih kepada jurulatih saya Angelo Koay yang menenangkan saya dan minta saya kembali fokus.
“Sebenarnya, saya tidak tahu saya muncul juara dan saya amat terkejut kerana sasaran saya adalah 10 terbaik. jadi, saya sangat gembira,” katanya.
Ads
Beliau juga tidak menyangka mampu memberi saingat sengit kepada atlert kebangsaan Gillian Lim Siew Giok yang juga rakan sepasukan yang menamatkan cabarn di tempat ke-12.
Tumpuan Lavina kini beralih kepada acara beregu dan trio wanita yang berlangsung (hari ini) namun memaklumkan masih belum pasti gandingan yang akan berpasangan dengannya.
Ads
“Saya tidak pasti acara mana akan disertai (sama ada beregu atau trio) tapi saya akan sertai satu daripada acara terbabit. Sukar untuk menetapka sasaran, kekal 50-50 kerana boling sukan sukar kita hendak jangka, tapi saya akan cuba yang terbaik,” katanya.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa itu bahagia? Kalau diajukan soalan ini kepada sesiapa sahaja pasti bermacam-macam jawapan dapat di dengar. Namun yang pasti, setiap orang menginginkan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing. Meraih kebahagiaan menjadi impian setiap pasangan. Kebahagiaan itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha.
Pilihan di tangan anda sendiri sama ada untuk merasa bahagia atau sebaliknya. 25 tip berikut boleh dijadikan panduan buat anda dan pasangan untuk hidup bahagia:
Tunjukkanlah sokongan emosi kepada pasangan anda.
Khabarkan dan nikmatilah kisah-kisah kejayaan bersama.
Selalu setia kepada pasangan anda.
Ciptakan satu suasana yang harmoni dan tenang di kediaman anda berdua.
Sentiasa menghormati dan menjaga hak privasi pasangan.
Sentiasa memanggil pasangan dengan nama sebenarnya.
Jadikan pasangan sebagai orang kepercayaan anda. Jangan mudah menceritakan rahsianya kepada orang lain.
Memberikan kad ucapan, hadiah atau sekadar ucapan sebagai tanda ingatan di hari ulang tahun perkahwinan anda berdua.
Sentiasalah berada di sisi pasangan tika susah mahupun senang.
Berbicaralah dari hati ke hati dengan pasangan tentang perasaan masing-masing. Selesaikan masalah bersama-sama secara berhemah.
Maklumkan kepada pasangan tentang jadual kerja mahupun perjalanan anda.
Menerima rakan-rakan pasangan dengan baik.
Jangan mencela pasangan di khalayak ramai.
Mintalah nasihat mahupun pandangan daripada pasangan anda.
Banyakkan berbicara soal agama, politik, seks dan kematian bersama pasangan.
Tataplah mata pasangan saat anda berbicara dengannya.
Sentiasa berbincang soal kewangan bersama pasangan.
Sentiasa memberikan sentuhan kepada pasangan.
Sentiasalah bergurau senda dan saling menggoda pasangan bagi menyemarakkan perasaan cinta dan kasih.
Mintalah pertolongan daripada pasangan jika anda memerlukan.
Tunjukkan kepada pasangan jika anda sedang bersedih, risau atau kecewa.
Sentiasa bersedia memberi pertolongan mahupun pujian kepada pasangan.
Usahlah diungkit kisah lalu apatah lagi yang negatif. Apa pun, segala yang sudah terjadi telah selesai!
Buang rasa cemburu yang tidak bertempat. Cemburu ibarat racun yang boleh membunuh hubungan anda berdua secara senyap. Mencintai adalah memiliki rasa percaya terhadap pasangan.
Jaga komitmen antara satu sama lain. Menjaga kepercayaan dan saling menghormati adalah bentuk komitmen dari sebuah hubungan yang sihat. Usah berjanji jika anda tidak mampu memenuhinya. Ia akan mengurangkan rasa hormat pasangan terhadap anda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
dUCkscarves, label premium yang cukup terkenal di kalangan hijabi. Menampilkan rekaan eksklusif dan mewah, dUCk bukan sekadar mencipta fenomena apabila setiap helaian edisi terhad yang dihasilkan laris di pasaran dalam tempoh singkat.
Malah, situasi berbaris panjang di luar butik dUCk setiap kali koleksi terbaru dilancarkan bukan lagi perkara asing bagi peminat setia jenama yang diperkenalkan Vivy Yusof ini.
Terbaru, dUCkscarves sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila menjalinkan kolaborasi bersama SME Corporation Malaysia untuk penghasilan skaf korporat syarikat tersebut sempena Pameran Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana 2017 (SMIDEX 2017) yang berlangsung 15 hingga 17 November ini. Memang bertuah kakitangan SME Corp!
Mengetengahkan warna korporat SME Corporation seperti biru dan merah jambu, para kakitangan wanita kelihatan ceria dan elegan tatkala mengenakan skaf korporat dUCk di samping Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Hafsah Hashim.
Menurut Pengasas The dUCk Group, Vivy Yusof, ia merupakan satu pencapaian membanggakan buat dUCkscarves apabila diberi kepercayaan untuk menghasilkan skaf korporat berkenaan. Memetik status yang dimuat naik Vivy dalam Instagramnya, “I am very honoured to make this corporate scarf for SME Corp. I think brand association is so important so as tempting as it is to say yes to everyone, I have declined a lot of projects when I feel it doen’t suit dUCk’s brand positioning.
Everything has to have meaning and my team has to feel proud. I immediately said yes to SME Corp corporate dUCks because they do so much for the country in helping SMEs, working so had to help others succeed.”
Pasti banyak syarikat yang sedang mengintai untuk bekerjasama dengan dUCkscarves juga selepas ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rambang mata tengok himpunan koleksi terbaharu, TudungRuffle! Hadir dalam pelbagai variasi warna menarik, jenama hijab popular ini melakar pencapaian tersendiri apabila menjalin kolaborasi sulungnya bersama jenama fesyen ternama, WooFiziWoo.
Pengasas TudungRuffle, Hanis Arif berkata dia teruja dan berbesar hati dapat berkolaborasi bersama pereka fesyen Fizi Woo untuk koleksi raya ini memandangkan label fesyen tersebut cukup disegani.
Selain mementingkan rekaan dan kualiti terbaik kepada pelanggan!
Fizi Woo dalam pada itu menyambut baik usaha sama berkenaan dan berpeluang menimba pengetahuan berkaitan selok-belok penghasilan hijab.
Apatah lagi, TudungRuffle merupakan antara jenama hijab popular dan sering menjadi rebutan para hijabi.
Koleksi raya ‘WooFiziWoo X TudungRuffle’, Woo Memory Lane ini dihasilkan dalam rekaan Bawal dan Shawl serta terbahagi kepada Woo Memory Lane Heritage dan Woo Memory Lane Mansion.
Ia mengambil inspirasi zaman kanak-kanak Fizi Woo di Pulau Pinang di samping mengetengahkan motif dan elemen tradisional serta warisan Baba Nyonya.
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.