Nama Sabina Altynbekova bukan lagi asing dalam industri sukan antarabangsa. Apatah lagi dia pernah menerima julukan atlet tercantik kerana raut wajah dan susuk tubuh menawan yang dimiliki. Bertubuh langsing dengan ketinggian enam kaki, rambut hitam panjang mengurai, hidung mancung dan bibir mungil… tidak hairanlah atlet bola tampar Kazakhstan ini menjadi perhatian ramai peminat sukan. Bukan hanya dipuja kebanyakan kaum lelaki bahkan golongan wanita juga mengagumi kecantikan Sabina. Memang cantik dan tinggi lampai orangnya!
Baru-baru ini, Sabina kembali menjadi bualan hangat apabila dia memuat naik gambar di samping seorang lelaki. Meskipun hanya gambar dari sudut belakang, namun kapsyen Sabina pada 25 Disember 2020 tersebut memberi gambaran jelas kepada peminat bahawa dirinya sudah bergelar isteri. Kongsinya, “Finishing this year as the wife of the best man.” Selain gambar berkenaan, hashtag Sabina juga mencuri tumpuan apabila dia menggunakan #mashaallah, #alhamdulillah dan #nikah. Pun begitu, yang paling mengujakan ialah penampilan Sabina yang mengenakan tudung!
Menurut laporan media antarabangsa, jejaka yang berjaya menambat hati atlet cantik ini ialah Sayat Salmanuly. Lelaki yang juga berasal dari Kazakhstan ini dikatakan lapan tahun lebih berusia daripada Sabina namun kerjaya Sayat tidak diketahui. Difahamkan Sabina antara atlet yang cukup menjaga privasi diri dan keluarga daripada pengetahuan umum.
Jika sebelum ini agama anutan Sabina menjadi tanda tanya peminat, tetapi sejak perkongsian jelitawan tersebut di media sosial miliknya… ramai yang percaya Sabina beragama Islam. Dia juga dilihat makin bahagia sejak bernikah apabila berkongsi luahan hati menyatakan ‘Betapa indahnya dicintai olehmu’. Oh, romantiknya!
Pada hari pernikahan, Sabina kelihatan anggun dalam persalinan gaun labuh polos rona pastel. Kelibat bapa tersayang juga kelihatan di majlis bersejarah itu.
Ads
Sabina di hari pernikahanDi samping bapa tersayangSabina lengkap bertudung ketika melawat sebuah masjid di Dubai
Menelusuri populariti Sabina, kecantikannya mula disedari ketika dia menjadi salah seorang pemain bola tampar bagi negara kelahirannya,Kazakhstan. Dia meraih perhatian luar biasa semasa menyertai Asian Junior Women’s Vollyball Championship di Taipei, Taiwan pada tahun 2014 ketika Sabina baru berusia 17 tahun. Disebabkan bakat dan wajah cantiknya dalam sukan ini, dia terus menjadi bualan sensasi di internet dan pernah mendapat gelaran ‘The World’s Most Beautiful Volleyball Player.”
Namun, terdapat segelintir pihak mempersoalkan penglibatannya dalam bidang sukan kerana beranggapan wanita cantik sepertinya tidak sesuai memilih kerjaya sebagai atlet bola tampar. Sampai wajah cantik Sabina sentiasa menjadi bualan berbanding bakatnya dalam arena sukan berkenaan. Setiap kali kelibat Sabina muncul dalam sesuatu pertandingan, penonton akan memberi sepenuh tumpuan kepada wanita berusia 24 tahun ini. Disebabkan ‘tumpuan’ itu, jurulatih Sabina kurang senang dengan limelight yang diberikan kepada atlet cantik ini kerana ia memberi kesan dan mengganggu perhatian pemain yang lain.
Ads
Sudahnya, Sabina jarang mendapat peluang untuk beraksi dalam beberapa perlawanan dan tidak mampu mengembangkan bakatnya. Malah, dia juga menerima kritikan kerana dikatakan terlalu cantik untuk bermain bola tampar. Sebagai atlet, pastinya perkara itu menjejaskan reputasi Sabina kerana jiwanya sudah cukup sebati dengan sukan sejak kecil.
Sabina Altynbekova merupakan anak kepada pasangan Abay Altynbekov dan Nuripa Altynbekova yang juga berkecimpung dalam arena sukan. Bapanya ialah seorang atlet ski manakala ibunya pula bergelar atlet olahraga. Tidak hairanlah Sabina sangat meminati bidang sukan! Meskipun berbakat dalam sukan, Sabina turut cemerlang dalam bidang akademik. Ibu Sabina sebelum ini mahu anak perempuannya memasuki sekolah undang-undang namun Sabina enggan dan memilih untuk menjadi pemain bola tampar.
Ads
Pada tahun 2015, Sabina menerima tawaran agensi sukan Jepun, Dentsu. Dia kemudian bermain untuk pasukan GSS Sunbeams menerusi Japan Challenge League ll selama beberapa bulan. Sebelum kembali ke Kazakhstan, Sabina mengembangkan karier profesionalnya dengan sebuah kelab bola tampar di Dubai dikenali sebagai Al-Wasl.
Dengan tercetusnya fenomena kerana wajah cantik Sabina dalam sukan bola tampar sehingga dikenali di serata dunia, jelitawan ini berjaya meraih lebih sejuta pengikut di laman Instagram. Ia pastinya menjadi medium terbaik buat Sabina untuk terus dikenali dan mengembangkan bakat dalam bidang yang diminati. Khabarnya, Sabina sudah melancarkan jenama pakaian sukan miliknya sendiri iaitu ‘S20’ yang menawarkan rekaan pakaian sukan dan aksesori berkaitan.
Kredit foto: Instagram Sabina Altynbekova
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan kecantikan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan menarik bukan sahaja untuk tatapan umum, tetapi juga untuk kepuasan diri sendiri. Rahsia utama wanita bernama Datin Dr Nor Zaina Adbul Ghani atau lebih mesra dipanggil Datin Dr Ira Ghani untuk sentiasa kelihatan cantik adalah sentiasa berpegang dengan sikap positif dalam diri.
“Tampil cantik dan aura positif sememangnya tidak dapat dipisahkan. Kecantikan dalaman diri amat penting dan perlu diberi perhatian khusus kerana ia merangkumi keperibadiaan dan keikhlasan seseorang dalam melaksanakan apa sahaja”, ujar pemegang Diploma Perubatan Alternatif dari Universiti Terbuka Antarabangas Culcatta, India ini.
Kagum melihat figura ini yang sentiasa mengamalkan pemikiran yang positif dalam apa jua perkara dan tertanya-tanya juga apa sebenarnya rahsia beliau untuk mengekalkan aura positif dalam diri.
“Selain mengamalkan cara meditasi untuk menenangkan diri, sebagai orang Islam saya juga percaya air wuduk mampu mencantikkan aura seseorang individu. Bahkan, amalan mandi bunga dan aromaterapi juga mampu menaikkan seri wajah”, tambahnya yang selesa bergaya ringkas tapi masih mengekal imej anggun.
Apa yang menariknya lagi, beliau turut percaya pemakaian batu permata atau kristal, barang berjenama serta keadaan persekitaran turut menyumbang kepada aura yang baik. Ibu kepada dua cahaya mata ini juga mempunyai tabiat unik yang mungkin boleh dipratikkan oleh anda untuk sentiasa tampil cantik tapi tidak memudaratkan diri.
” Saya sentiasa memakai minyak wangi walaupun ketika berada di rumah. Mungkin ada sesetengah orang agak pelik dengan tabiat ini, tetapi saya sudah biasa sebelum tidur pun akan mengenakan gincu bibir!
Saya ingin kelihatan cantik bukan untuk tatapan umum tetapi ia lebih kepada soal menjaga tahap keyakinan diri dalam diri saya”, ujar Datin Dr Ira yang merupakan isteri kepada Profesor Datuk Dr Ibrahim Ahmad ini.
Tidak dinafikan semua wanita mempunyai keinginan untuk tampil cantik. Namun perlu diingatkan bahawa, setiap wanita mempunyai kecantikan dalaman dan luaran masing-masing.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin ada di antara kita yang mungkin sudah selesa duduk di rumah sepanjang PKP ni, mula malas untuk pergi bekerja! Kalau adapun pasti cuma, segelintir dan yang lainnya mungkin amat rindu untuk kembali menjalani suasana kerja.
Apa pun, kita doakan semoga COVID-19 ini dihapuskan secepat mungkin dan kita dapat kembali menikmati hari-hari seperti dulu kembali, insyaAllah.
Pastikan nanti bila kita sudah dibenarkan kembali bekerja, semangat dan rasa cinta itu berkobar-kobar. Jangan pula disebabkan sikap malas akan mengurangkan semangat motivasi untuk kita memberi komitmen dan fokus pada kerjaya.
Dalam masa yang sama, kita harus fikir untuk terus kekal bekerja kerana memikirkan komitmen membayar bil, utiliti bulanan dan sebagainya. Keadaan ekonomi tidak seperti dulu lagi, kita harus bangkit dan berusaha untuk bersama menjana ekonomi negara bersama.
Pastikan rekod prestasi kerja kita akan lebih baik daripada sebelum ini untuk pastikan risiko kita untuk dipecat tidak akan terjadi. Mari kita mengembalikan rasa cinta dan semangat itu!
(1) Lihat semua perkara dari sudut positif. Cuba lihat kembali pencapaian terbaik yang pernah anda miliki, sepanjang karier anda. Begitu juga persekitaran kerja, teman-teman pejabat dan sebagainya. Apa-apa yang membuatkan anda merasa rindu dan menggembirakan akan mudah untuk anda jatuh cinta kembali.
Mungkin sebelum ini keadaan tekanan dan suasana kerja terlalu banyak tekanan tetapi cuba buangkan semua aura negatif itu dan suntik gaya positif dengan semangat kecintaan tinggi untuk kembali bekerja dengan idea baru, segar dan ceria.
(2) Muhasabah diri. Lihat segala perubahan yang berlaku pada diri kita, dunia dan sebagainya. Allah telah memberi kita peluang dan ruang untuk kita muhasabah diri tentang kehidupan kita sebelum ini. Datangnya COVID-19 telah banyak memberi pengajaran kepada kita tentang hidup. Kita berusaha menjadi individu yang terbaik di dunia serta akhirat.
Kita rasakan hidup di dunia ini sepertinya akan mati esok. Jadilah lakukan sesuatu yang terbaik dan cuba mengurangkan kerja lebih masa agar tidak terbawa-bawa kerja pejabat ke rumah. Seimbangkan kehidupan dunia dan akhirat dengan kebijaksanaan, otak serta fikiran yang telah Allah berikan. Jangan sia-siakan anugerah Allah itu.
Mulakan daripada diri sendiri untuk mengubah corak kerjaya anda. Bangkit secara baik dan profesional untuk diri kita dan persekitaran. Ini saat kita mengubah keadaan yang mungkin tidak sepatutnya dahulu.
(3) Bincang dengan pengurus. Mungkin anda merasakan rutin kerja anda sama sahaja, tidak mencabar sebelum atau selepas PKP. Cuba berbincang dengan ketua untuk mengubah keadaan itu agar kita dapat menggunakan seluruh keupayaan ilmu dan kemahiran yang ada bagi melahirkan rasa cinta sepenuhnya. Inilah masa untuk kita buktikan kepasa syarikat bahawa, kita adalah aset utama syarikat.
(4) Ini adalah masa yang terbaik untuk kita semak semula kenangan semasa mula-mula bekerja. Ketika itu pasti kita akan teringat, kenapa kita memilih untuk bekerja dalam bidang yang diceburi. Walaupun mungkin sudah hilang minat untuk bekerja, tapi ia adalah salah satu langkah untuk kita menyemai kembali rasa cinta dan berusaha mencapai cita-cita yang diimpikan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makin menginjak usia makin terserlah kecomelan dua puteri kesayangan Che Puan Juliana Evans! Memuat naik gambar kedua-dua anak perempuannya di media sosial baru-baru ini, perkongsian tersebut bukan hanya menarik perhatian warga maya. Bahkan meraih pujian peminat yang teruja melihat perkembangan terkini Yang Mulia Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah dan adiknya, YM Tengku Saidatul’Ihsan Putri.
Berkongsi kapsyen, “My world, my life, my best friends.” Selebriti cantik ini terserlah bahagia di samping anak-anak dan suami tercinta.
Kecomelan 2 Puteri Che Puan Juliana Jadi Tumpuan
Menerusi salah satu posting Che Puan Juliana sebelum ini, bekas pengacara program Remaja berkenaan menzahirkan rasa syukur dikurniakan dua anak dan status seorang ibu menjadikannya lebih matang dan kuat.
“Becoming a mother makes you realise that you can do almost anything one-handed.”
Bersandarkan status anak selebriti dan lahir dalam kalangan kerabat diraja Selangor, tidak hairanlah kedua-dua permata hati Che Puan Juliana dan Tengku Sharrifuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj menjadi tumpuan peminat.
Dua puteri Che Puan Juliana membesar sihat dan ceria. Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah misalnya kini menginjak usia enam tahun. Sementara Tengku Saidatul’Ihsan Zabedah Fauziah Putri bakal berusia dua tahun pada 17 Jun depan.
Tak dinafikan puteri kedua Che Puan Juliana ini mempunyai banyak persamaan raut wajah dengan ibunda tersayang.
Meskipun tanggungjawab sebagai ibu semakin bertambah sejak kehadiran cahaya mata kedua ini namun Che Puan Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans bahagia dan teruja menggalas tugas ibu.
Apatah lagi dapat melihat anak yang dikandung sembilan bulan membesar sihat di depan mata. Che Puan Juliana Sophie Johari Evans sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj pada tanggal 30 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!