Audition Bermula, Peniaga B40 & M40 Terjejas Pandemik Boleh Sertai Pencarian Nona Superwoman

Meneruskan tradisi Majalah Nona untuk memperkasakan wanita, sebuah program realiti TV ‘Pencarian Nona Superwoman’ telah dilancarkan secara digital hari ini.

Selari dengan format anugerah pengiktirafan Nona Superwoman Award yang berlangsung pada tahun 2018 dan 2020, penerbit Nu Ideaktiv Sdn Bhd menyasarkan golongan wanita khususnya usahawan yang mampu menjadi inspirasi kepada wanita lain.

Menawarkan hadiah lumayan bernilai sehingga RM50,000, program realiti TV yang diperkasakan oleh USANITA pimpinan Ketua Pegawai Eksekutif, Datin Adzliana Binti Prof Dato Sri Dr Hasan ini dicetuskan bagi membantu kaum wanita yang terjejas ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Niat USANITA untuk menjadi platform alternatif kepada usahawan wanita terutamanya dari kategori B40 bagi mengembangkan bisnes mereka dilihat selari dengan niat Majalah Nona dalam memperkasakan ekonomi wanita Malaysia.

Datin Adzliana merupakan penerima anugerah Nona Best Strategic Business Thinker di Nona Superwoman Award 2020

 

“Kita mencari peserta yang kreatif, bersemangat dan mempunyai skil kepimpinan” Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak

 

Pencarian Nona Superwoman bakal bersiaran secara eksklusif di Astro Prima mulai Julai sebanyak lapan episod. Hanya sembilan peserta yang layak akan dipilih menerusi sesi uji bakat online, seterusnya muncul di kaca TV dan Majalah Nona.

Tirai uji bakat juga sudah mula dibuka kepada peserta yang berminat mulai 24 Mei hingga 6 Jun 2021. Caranya, klik link (sini) untuk mengisi borang penyertaan dan muat naik video pengenalan diri.

 

SYARAT PENYERTAAN

Kriteria positif, berpersonaliti menarik dan versatil menjadi kelebihan peserta yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Merupakan usahawan wanita B40 dan M40
  • Terbuka kepada wanita berumur 25 – 45 tahun pada 2021
  • Wanita bujang, berkahwin atau ibu tunggal
  • Mempunyai perniagaan sendiri secara full time/part time dan berjiwa SME

Usahawan yang menjalankan bisnes secara part time, menjadi ejen, stokis, pengedar atau dropshipper produk lain juga boleh menyertai program Pencarian Nona Superwoman.

Selamat mencuba dan semoga andalah Nona Superwoman yang dicari-cari!

IKLAN
Share