Aura Datuk Shah Rukh Khan, Filem Pathaan Cipta Sejarah Kutipan Tertinggi Bollywood – Bukti Old Is Gold!

Saat ini demam Raja Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan terus melanda pawagam seluruh dunia apabila filem Pathaan ditayangkan secara rasmi pada Rabu, 25 Januari 2023 lalu. Selepas empat tahun tidak aktif berlakon, kemunculan beliau kali ini tentu sekali mendapat sambutan hebat hingga berjaya meraih kutipan RM28.5 juta ketika hari pertama tayangan.

Dengan usia mencecah 57 tahun, populariti Shah Rukh Khan kekal utuh meskipun dengan kehadiran ramai pelakon lelaki baharu di India.

Aura suami kepada usahawan Gauri Khan dan bapa kepada tiga anak itu bukan hanya dirasai di negara kelahirannya malah ke seluruh pelosok Nusantara.

Shah Rukh Khan dan Gauri bergelar suami isteri selama lebih tiga dekad dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aryan, Suhana dan AbRam Khan.

Rupa fizikal terkini Datuk Shah Rukh Khan

 

Gauri dan anak-anak Datuk Shah Rukh Khan

 

Wanita-wanita kesayangan Datuk Shah Rukh Khan

 

Masih mengekalkan senyuman yang charming serta bentuk badan sasa beliau yang ikonik, aktor Shah Rukh Khan terus menjadi pilihan utama dalam industri perfileman India.

Biarpun hero kesayangan ramai ini sudah hampir mencecah 60 tahun, namun kehebatan lakonan serta pesona fizikalnya terus menjadi igauan peminat.

Di sebalik isu kontroversi melibatkan pelakon wanita Deepika Padukone, ugutan boikot dan adegan panas yang diuar-uarkan, penampilan Shah Rukh Khan jelas masih punya jiwa tersendiri.

Filem terbaru Shah Rukh Khan ini diarahkan oleh Siddharth Anand mengisahkan tentang seorang ejen patriotik yang berjuang menentang musuh negara di India.

 

 

 

Menurut Hindustan Times, filem ini telah memperoleh sejumlah RM28.5 juta pada hari pertama tayangan dan bakal menyaksikan aliran menaik sepanjang hujung minggu lima hari yang dilanjutkan.

Kutipan tersebut telah melebihi jangkaan penganalisis filem yang meramalkan pembukaan sekitar RM18 – 23 juta untuk filem itu.

Dengan pembukaan RM28.5 juta ini, Pathaan menjadi pembuka filem Bollywood terbesar yang pernah diterbitkan, meninggalkan filem Thugs of Hindostan arahan Aamir Khan, yang memperoleh RM26 juta pada hari pertama.

 

PECAH REKOD

 

1. Filem Pathaan yang dibintangi Shah Rukh Khan merekodkan jumlah kutipan filem tertinggi dalam sejarah untuk hari pertama tayangan. Filem-filem beliau sebelum ini yang mencatat rekod adalah filem Happy New Year

(RM18 juta), Dilwale dan Raees (RM10 juta).

2. Pathaan juga melakar sejarah dalam industri filem Hindi sebagai pemegang rekod kutipan tertinggi pada hari pertama tayangannya, diikuti filem KGF2 (RM27 juta), War (RM26 juta), Thugs of Hindostan (RM26 juta) dan Bharat (RM21 juta).

3. Meskipun dilancarkan pada hari bekerja iaitu Rabu, filem Pathaan tetap memecah rekod tersendiri. Lebih bertuah jumlah tersebut makin meningkat apabila hari kedua tayangan jatuh pada pada hari cuti umum Republic Day di India.

IKLAN
Share