Gaya Hidup

Awas Gejala Mudah Pengsan & Pitam Secara Tiba-Tiba, Anda Mungkin Hidap Tekanan Darah Rendah!

Biasa kita dengar orang mendapat penyakit darah tinggi atau hipertensi sahaja. Lawan kepada hipertensi adalah hipotensi atau tekanan darah rendah. Sebenarnya hipotensi juga berbahaya kerana penghidapnya boleh pengsan atau pitam tiba-tiba apabila mengalami tekanan darah rendah.

Hipotensi adalah gejala yang sering berlaku tanpa mengira jantina dan usia. Secara umum hipotensi atau tekanan darah rendah ini bukan suatu penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Tekanan darah dikira rendah jika bacaannya di bawah 65/100.

Ada yang mengatakan tekanan darah rendah ini disebabkan oleh kurang nutrisi makanan dalam tubuh. Namun, sebenarnya penyebab utama adalah makanan yang dimasak dan yang telah diproses sehingga nutrisi makanan tersebut hilang.

Punca darah rendah

(a) Dehidrasi

Dehidrasi biasanya berlaku kerana tubuh kurang mendapat air. Jika seseorang bersenam dan tidak minum air memudahkan dia mendapat dehidrasi. Jika dibiarkan berterusan boleh merangsang kepada tekanan darah rendah. Gejala yang akan terjadi adalah sakit kepala, pening kepala dan pitam.

(b) Pendarahan

Darah rendah juga boleh berpunca apabila berlaku pendarahan. Pendarahan akibat pembedahan atau kemalangan menyebabkan berlaku kekurangan darah. Kekurangan darah ini menjadi penyebab kepada hipotensi. Jika berlaku pendarahan berterusan terus berjumpa dengan doktor.

(c) Otot jantung lemah

Pesakit yang mengalami otot jantung yang lemah mempunyai risiko yang besar mengalami tekanan darah rendah ini. Ini kerana otot jantung yang lemah gagal mengurangi darah yang dipamkan.

(d) Pembuluh darah tersumbat

Jika pembuluh darah tersumbat jaringan yang bertugas dalam mengirimkan signal ke jantung turut terkesan. Ini menyebabkan tugas jantung terganggu dan merangsang untuk mengalami tekanan darah rendah.

Makanan Untuk Mengelakkan Darah Rendah

Kekacang

Makanan kekacang dikatakan boleh membantu meningkatkan tekanan darah. Kekacang yang boleh dicerna dengan perlahan oleh sistem pencernaan. Ini yang merupakan salah satu cara untuk menaikkan tekanan darah. Masuk kacang buncis, kacang merah, kacang botol dan kacang hijau dalam menu seharian.

Air mineral

Dehidrasi yang terjadi ketika jumlah cairan dalam tubuh mengalami penurunan dan tidak diganti dengan cecair yang lain. Minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari untuk menaikkan tekanan darah.

Bayam

Bayam adalah salah satu jenis sayur yang mengandungi kalium dan juga rendah sodium. Paras mineral yang seimbang di dalam sayur bayam ini sangat bermanfaat bagi mereka yang mengalami masalah darah rendah. Kandungan folat di dalam bayam juga membantu kelancaran darah.

Daging ayam

Makanan yang mengandungi protein haiwan dikatakan boleh membantu meningkatkan tekanan darah. Ini kerana tubuh kita memerlukan zat protein yang boleh membangunkan sel terutama sel di dalam pembuluh darah. Hamizatul Maizan Mohamed

IKLAN
Share