Nama pelakon Angeline Tan Yoke Yeah atau Lucy cukup dikenali pada era 90-an dulu melalui wataknya dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Meskipun sudah hampir tiga dekad drama tersebut berlalu, nama ‘Lucy’ tetap melekat sehingga dia lebih dikenali dengan nama tersebut berbanding nama sebenarnya.
Seorang yang fasih berbahasa kebangsaan, kecantikan Angeline Tan pada usia pertengahan 50-an seolah-olah tidak terusik. Wanita ini mula berlakon pada tahun 1986 dalam sebuah drama bersiri Cina ‘Empat Sekawan’ disamping Datuk Lai Meng serta kerap menghiasi drama-drama tempatan di saluran RTM dan TV3.
Angeline Tan pernah dicalonkan sebanyak empat kali untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular ABPBH pada tahun 90-an.
Dalam perkembangan semasa, beliau masih aktif berlakon dan sering muncul dalam drama-drama Cina membawa peranan ibu atau nenek, sesuai usianya.
Angeline Tan bersama sahabat-sahabat pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu
Kekal cantik dan awet muda, tengoklah sendiri koleksi foto terkini Angeline Tan seperti yang dikumpul daripada akaun media sosialnya. Masih jelita!
Ads
Ads
Ads
Sumber: Instagram @angelinetanyy
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahukah anda, masalah haid berlebihan atau istilah perubatan ‘menorrhagia’ adalah satu keadaan biasa yang memberi kesan kepada wanita muda sejak ‘menarche’ (haid pertama) sehinggalah ke tahun-tahun reproduktif mereka. Ia ditakrifkan sebagai kehilangan darah haid lebih daripada 80ml setiap kitaran. Lebih daripada paras normal, penghidap masalah ini berisiko untuk mengalami anemia yang teruk dan memerlukan pemindahan darah.
Kebiasaannya wanita kehilangan kira-kira 40-60ml darah haid sebulan. Tempoh haid yang biasa ialah 5-7 hari setiap bulan dan aturan pusingannya antara 21 hingga 35 hari. Jika wanita mengalami turun darah haid yang berat dan berpanjangan atau pusingan yang tidak teratur atau terlalu kerap, dia berisiko tinggi untuk mengalami anemia kronik dan kehilangan zat besi yang serius. Antara ciri-ciri turun darah haid berat atau luar biasa ialah turunnya darah beku atau lencun tuala wanita lebih dari dua helai dalam tempoh sejam atau mengalami banjir haid (flooding).
Ironinya, ramai wanita berpersepsi turun haid berlebihan sebagai baik untuk kesihatan mereka. Mereka berasakan ‘darah kotor’ ini boleh menyebabkan penyakit. Terdapat ramai wanita yang bimbang jika darah haid keluar sedikit dan lebih ramai golongan ini yang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan daripada wanita yang turun darah haid berlebihan. Terdapat banyak sebab-sebab haid luar biasa dan ia berubah mengikut peringkat umur. Pada golongan gadis remaja, ia biasanya disebabkan oleh ketidaknormalan fungsi rahim atau dikenali sebagai ‘dysfunctional uterine bleeding’ atau DUB. Ramai orang merujuknya sebagai 'masalah hormon' apabila tidak ada sebab organik tertentu boleh dilihat.
DUB berlaku akibat daripada kegagalan koordinasi rangsangan hormon pada dinding dalam uterus yang dipanggil endometrium hingga berlaku runtuhan atau ‘shedding’ lapisan endometrium yang tidak menentu. Ia juga menyebabkan kegagalan mekanisme hemostasis tempatan untuk mengawal kehilangan darah semasa haid. Akibatnya, pendarahan haid yang berlebihan pun berlaku, tidak menentu dan anda kehilangan zat besi kerana sel-sel darah merah adalah stor simpanan zat besi yang terbesar di dalam badan. Zat besi adalah satu elemen penting dalam darah kita yang membantu membawa oksigen untuk kegunaan sel-sel dan metabolisme di seluruh tubuh kita.
Bagi wanita pertengahan umur sehingga awal 40-an, perdarahan haid yang luar biasa boleh juga berlaku disebabkan DUB tetapi terdapat juga sebab-sebab lain seperti fibroid rahim dan polip endometrium, adenomiosis, hiperplasia endometrium atau kanser rahim. Semua wanita di sekitar umur menopaus dan selepas menopaus yang mengalami perdarahan haid luar biasa wajib mendapat pemeriksaan dan siasatan lanjut untuk menolak kemungkinan kanser organ pembiakan.
Kehilangan darah haid yang berlebihan untuk satu tempoh masa adalah satu ancaman kepada kesihatan wanita jika tidak dirawat. Ia adalah sebab nombor 1 anemia kronik dan kekurangan zat besi di kalangan wanita yang boleh melemahkan prestasi individu dan menjejaskan produktiviti di tempat kerja atau di sekolah.
Anemia kronik yang tidak dirawat boleh membawa kepada kegagalan jantung. Akibat anemia, jantung berdenyut dengan lebih cepat atau tidak teratur. Jantung perlu mengepam lebih banyak darah untuk mengimbangi kekurangan oksigen yang dibawa dalam darah. Lama-kelamaan dinding jantung menjadi tebal dan letih, seterusnya mengakibatkan kegagalan jantung jika anemia masih berterusan dan tidak dirawat.
Untuk golongan muda remaja, kekurangan zat besi yang teruk menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan mereka untuk menjadi wanita dewasa. Selain itu, anemia kekurangan zat besi dikaitkan dengan kecenderungan meningkat kepada jangkitan. Kajian juga telah menunjukkan bahawa di kalangan wanita hamil, anemia kekurangan zat besi yang teruk telah dikaitkan dengan kelahiran pramatang dan bayi berat lahir rendah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi kaum hawa, fasa putus haid (menopause) adalah satu fasa yang bakal mengubah kehidupan seorang wanita 360 darjah, selain fasa bergelar seorang ibu.
Ini demikian kerana, fasa ini merupakan fasa yang paling sensitif bagi segelintir individu. Begitu juga dengan apa yang dialami oleh Ratu Rock tanahair, Norzila Aminuddin yang lebih mesra disapa sebagai Ella.
Menurut Ella, melalui fasa ini bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, dengan persiapan yang selayaknya wanita mampu menghadapinya. Ella turut menitipkan nasihat agar wanita di Malaysia cakna tentang peri pentingnya menjaga kesihatan hormon.
Ketika ditanya bagaimana permulaan Ella terdetik mahu menjalankan rawatan mengekang masalah hormon yang dihadapinya, ini respon yang diberikan Ella.
“Mula tak berapa nak faham sangat pasal hormon ni. Tau-tau kita dah ada masalah je. Ada satu waktu tu, Ella rasa tak sihat mengadu dekat suami. Rasa badan tak selesa, resah dan tak tenang. Suami cadangkan berjumpa dengan Dr. Linda lakukan rawatan.
“Jujurnya Ella dah cuba macam-macam daripada perubatan moden, perubatan tradisional alami dan sebagainya untuk ikhtiar selesaikan masalah hormon ini. Tapi tak dapat penyelesaianya.
“Masa permulaan Ella dapat tau tekanan darah Ella tinggi, Ella tak mahu bergantung sepenuhnya pada ubat sahaja. Bukan Ella nak kata perubatan moden tidak bagus, tetapi untuk kesan jangka panjang tidak digalakkan,” ujar Ella.
Setelah bertemu Dr. Linda, Ella berkata beliau mencadangkan agar Ella menjalani rawatan Terapi Hormon Bio Identik (BHRT) untuk menyelesaikan masalah ini.
Tambah Ella lagi, keadaan emosi yang tidak menentu disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, memberi impak buruk kepada kesejahteraan dan kualiti hidup. Jadi adalah lebih baik jika tindakan awal dapat diambil segera.
“Ella setuju bahawa rawatan hormon ini tidak memudaratkan dan mengganggu apa-apa pun selain menyembuhkan dan menyihatkan Alhamdulillah.
“Ada diantara kawan Ella yang baru berusia 40-an dah menopaus disebabkan masalah gangguan hormon ini, jadi bila kita dapat tahu awal mungkin dapat membantu untuk mengekang masalah ini dari menjadi lebih teruk,” ujarnya.
Pakar hormon, Dr. Linda Mat Hassin menjelaskan bahawa Ella melakukan transformasi kesihatan hormon miliknya, hanya dalam tempohmasa tiga bulan sahaja.
“Ella sangat konsisten menjalankan rawatan BHRT dan dalam tempoh tiga bulan, kitai sudah dapat melihat kesan ketara yang positif. Bacaan tekanan darah tinggi Ella daripada 190 mulai normal.
“Berat badan Ella bukan saja kembali seperti semasa berumur 30-an, malahan suami turut puji Ella kelihatan awet muda seperti anak dara dulu.” kata Dr. Linda.
Justeru, inilah sebab mengapa Ella tidak segan berkongsikan pengalaman yang dimilikinya.
Tujuan utama perkongsian ini adalah untuk memberi kesedaran awal kepada para wanita diluar sana agar menitikberatkan perihal kesihatan hormon dan tidak memandang enteng tentang permasalahan ini.
Sekadar info, Ella berkata demikian ketika ditemui pada sebuah majlis pendedahan tentang kesihatan hormon yang dinamakan sebagai “Superwomen Hormone Wellness Recognition Ceremony”.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan konsistensi, keterbukaan dan inisiatif Ella dalam menyebarluaskan kepentingan penjagaan hormon dikalangan lelaki dan wanita khususnya mereka yang berada dalam lingkungan umur 35 tahun ke atas.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan pengacara Yaya Zahir, selamat melahirkan cahaya mata lelaki melalui perkongsian di laman Instagram miliknya pada 11 April lalu.
“He’s Here,” kongsi Yaya di ruangan kapsyen. Menerusi perkongsian tersebut, Yaya hanya menunjukkan bibir anaknya dan mengenakan selimut berwarna biru.
Terdahulu, Yaya menyimpan rahsia tentang kehamilannya dan hanya berkongsi kepada umum ketika kandungannya menjangkau enam bulan. Yaya pernah berkongsi pengalaman sepanjang kehamilan di mana dia pernah mengidam untuk menikmati makan Korea bukan di Malaysia, tetapi dari sebuah restoran Korea yang terletak di Myeongdong, Korea.
Dek kerana mengidam, Yaya sanggup terbang ke Korea untuk menikmati hidangan di restoran tersebut!
Nampaknya lebaran tahun ini disambut dengan kehadiran orang ketiga dalam kehidupan berumahtangga Yaya dan suaminya, Arriz Azim. Yaya turut berkongsi foto keluarga kecilnya di Instagram miliknya. Selamat Hari Raya from Me, @arrizazim and our son, Atheer 🖤
Meskipun masih dalam proses berpantang usai melahirkan zuriat sulungnya, kejelitaan Yaya jelas terserlah dalam persalinan baju raya disamping keluarga kecilnya. Sedikit pun tidak menggambarkan dirinya sedang berpantang!
Selamat berpantang Yaya Zahir. Memang dugaan berpantang musim raya ni. Tetapi demi menjaga kesihatan dalaman, teruskan berpantang sebaik mungkin!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.