Ayah Bilal Dah Graduate! NEELOFA Sorak Sakan Saat Suami Naik Ke Pentas, Tamat Pengajian Di IIUM

Ayah Bilal dah tamat pengajian! Tahniah NONA ucapkan kepada suami personaliti, selebriti dan usahawan popular Neelofa, Haris Ismail yang baru sebentar tadi menghadiri majlis konvokesyen IIUM (International Islamic University Malaysia) ke 38.

Melihat pada hantaran IG story Neelofa, kelihatan Neelofa begitu teruja hadir meraikan kejayaan suaminya menamatkan pengajian dalam Sarjana Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian di dewan Cultural Center, Kampus Gombak, IIUM.

Neelofa juga dilihat turut bersorak sakan saat nama suaminya dipanggil ke atas pentas untuk mengambil skrol. Dengan kepsyen, “Siapa suruh bawa bini datang convo” ternyata telatah Neelofa cukup mencuit hati. Ternyata ini merupakan saat yang gembira buat mereka sekeluarga.

Sebelum ini, Haris Ismail pernah bergelar sebagai seorang Pensyarah kanan bagi program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah di Fakulti Pengajian Antarabangsa, Kolej Antarabangsa Inovatif.

Tahniah NONA ucapkan kepada Haris. Dah lah kacak, berpendidikan pula. Semoga terus menjadi inspirasi buat semua untuk terus mengejar ilmu walaupun sudah berjaya!

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

IKLAN
Share