Wanita kelahiran Oakland, California ini merupakan anak imigran. Ibunya, Shyamala Gopalan berasal dari India manakala bapanya, Donald J. Harris berasal dari Jamaica.
Selepas ibu bapanya bercerai, Kamala dibesarkan oleh ibunya yang merupakan seorang penyelidik kanser dan aktivis hak sivil.
Ads
Kamala dibesarkan dengan budaya masyarakat India namun masih menitikberatkan budaya Afrika-Amerika sepanjang dia bersama adik perempuannya, Maya yang dibesarkan di Oakland.
Kamala mendapat pendidikan di Universiti Howard, salah satu pusat pengajian terkenal di Amerika dan menyifatkan sepanjang menuntut, institusi itu telah membentuk siapa dirinya hari ini.
Kamala memberitahu dia tidak pernah berasa terancam tentang siapa dirinya sebaliknya berpendapat politik tidak perlu dikategorikan berdasarkan warna kulit atau latar belakang mereka.
Ads
Bapa saudaranya, Balachandran Gopalan yang juga seorang ahli akademik memberitahu, ibu Kamala yang meninggal dunia pada 2009 pasti akan berasa bangga dengan pencapaian wanita itu sekiranya mendiang masih hidup.
Balachandran juga memberitahu seluruh keluarga besar mereka akan berkumpul di Washington termasuk dari India, Kanada dan Mexico bagi menyaksikan detik bersejarah itu nanti.
Bagaimanapun dunia Islam menganggap tiada peranan dapat dimainkan oleh Kamala terutamanya dalam membela nasib rakyat Palestin atas faktor beliau mempunyai pertalian dengan bangsa itu.
Ini kerana, Kamala berkahwin dengan Doug Emhoff, 56, yang juga berbangsa Yahudi pada 2014. Joe Biden dan Kamala memulakan tugas rasmi mereka pada 20 Januari 2021.
Sumber: Astro Awani, Instagram @kamalaharris
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Saya masih tertanya tanya, Layakkah aku? Sesuai ke aku?” Begitulah anggapan pertama Dr Malar Santhi Santherasegapan apabila diberitahu akan menerima Anugerah Pekerja Contoh pada Sambutan Hari Pekerja 2023. Dr Malar Santhi Santherasegapan, 40, menganggap anugerah yang diterima sebagai pemangkin semangat untuk terus berkongsi tips kesihatan berguna kepada rakyat di negara ini.
Beliau yang juga doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Cheras, Selangor, berkata, beliau menganggap ‘tugas’ itu sebagai tanggungjawab sosialnya kepada rakyat khususnya dalam berkongsi tips kesihatan.
“Saya mahu terus berkongsi maklumat kesihatan kepada orang ramai dengan cara paling mudah, santai dan senang difahami menerusi media sosial.
“Kalau boleh saya nak kurangkan kesesakan di hospital dengan memberi ilmu serta tips kesihatan kepada orang ramai,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Anugerah disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga pempengaruh media sosial dengan watak utama di sebalik ‘Celoteh Dr Malar’ itu melahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan di atas penghargaan berkenaan.
“Saya sedar dengan ini, tanggungjawab atas bahu ni makin berat. Namun, sy janji sy akan buat yang terbaik,lebih baik, selagi mampu. Terima kasih Mr Hubby yang sentiasa sokong dari segi fizikal, emosi dan mental,” katanya.
Anak kelahiran Kuantan, Pahang itu sebelum ini melanjutkan pengajian dalam Sarjana Pengurusan Pentadbiran dalam bidang Pengurusan Penjagaan Kesihatan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), serta boleh bertutur dalam bahasa Rusia kerana pernah belajar di Universiti Perubatan Krimea (CSMU), Ukraine.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali Hafiz Mahamad atau nama penuhnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad memuat naik perkongsian menerusi laman sosialnya, ia pasti meraih perhatian ramai. Dia yang juga pengasas produk tempatan AINAA Beauty sangat dikenali dengan sifatnya yang pemurah terutama sekali kepada mereka yang memerlukan.
Terbaharu, suami kesayangan Syafiqah Aina itu membuat satu pengumuman akan menaja 10 buah bas untuk mereka yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri nanti.
Menerusi hantaran IG Story, bapa kepada dua cahaya mata itu berkongsikan perkembangan terkini mengenai rancangannya itu dan dapat dilihat dia meninjau sendiri keadaan bas yang ditajanya.
Gemar menggunakan tagline ‘Kejayaan Demi Kebahagiaan’, Hafiz turut meluahkan rasa bersyukur apabila hasratnya untuk menaja golongan yang memerlukan untuk pulang raya kini dapat direalisasikan.
“Jadi dalam 10 buah bas itu alhamdulilah dengan izin ALLAH raya tahun ini tiket kan kadang-kadang habis, mahal, mana tahu 10 bas ini dapat membantu sahabat-sahabat yang memerlukan. Jadi, saya nak pergi mesyuarat, nak tengok apa perkembangan terkini.
Tahun ini saya nak mudahkan dari segi pengurusan tiket itu, nanti memudahkan awak lah nak mendaftar. Saya nak pergi mesyuarat ni, doakan rezeki saya melimpah ruah tau.” Hafiz Mahamad
Difahamkan, maklumat mengenai sistem tiket kepada sesiapa yang berminat akan diberitahu kemudian.
Dalam pada itu, Hafiz turut meminta orang ramai untuk menitipkan doa agar dia sentiasa dimurahkan rezeki pada masa hadapan kelak.
“Disebabkan setiap tahun kita buat ni, saya akan beli sistem ticket online untuk mudahkan awak register nanti tau.
Saya dah lama tak rehat, insyaAllah bantuan ini saya anggap reward buat diri saya dan team untuk Ramadan ni. Saya tak minta apa-apa dari awak selain doakan usaha & kudrat kami.
InsyaAllah, saya kena kerja dan berniaga untuk jadi asbab kecil pada mereka semua. Harap hasil kerja kami Ramadan nanti ramai yang doakan.” Hafiz Mahamad
Memang bermanfaat sungguh bantuan yang disalurkan oleh Hafiz Mahamad ni. Semoga rezeki dia sekeluarga semakin melimpah-ruah berkat menyenangkan kerja orang lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekitar tahun 1990an, nama Norzizi Zulkifli cukup dekat dalam kalangan peminat cilik. Telatah aktif dan spontan yang dimiliki anak sulung kepada pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar ketika mengacarakan sebuah program kuiz kanak-kanak, ‘Di Mana Joe Jambul’ meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. Bahkan sehingga ke hari ini masih ramai yang mengenalinya sebagai kakak Joe Jambul termasuk penulis.
Pernah membintangi filem Syukur 21, Cicakman dan menbintangi pementasan teater Throne of Thorns, siswazah Sarjana Muda Seni Persembahan Dengan Kepujian (Seni Layar) dari Universiti Teknologi Mara, UiTM ini nyata tidak pernah puas dengan kejayaan yang telah ditempa. Selain turut bertindak sebagai pensyarah, isteri kepada Bayu Utomo Radjikin ini juga mencipta satu lagi kejayaan bukan hanya pada dirinya bahkan industri seni tanah air.
Semalam, nama Norzizi Zulkifli kembali menjadi bualan apabila kisah kejayaannya menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Seni, Bahasa Inggeris dan Media di University of Wollongong, Australia diketahui ramai. Lega apabila pengajian yang mengambil masa lebih dua tahun itu akhirnya tiba ke penghujung, beliau memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagramnya tentang perkara itu. Meskipun pada mulanya terpaksa menempuh pelbagai kesukaran untuk melanjutkan pengajian di sana namun berkat sokongan keluarga terutama suami tercinta, dia berjaya sampai ke puncak impian.
Norzizi bersama suaminya, Bayu
“Proses PhD saya beliau (suami) tidak pernah menghalang kalau saya berjam-jam di universiti, balik lewat malam menyiapkan thesis. Tidak pernah menyuruh saya pulang awal, tidak pernah bising apa jua. Sangat sangat memahami. Masa saya buat PhD saya ada 3 anak kecil iaitu 5, 3 dan 2 tahun. Bayu menjaga anak-anak kecil kami, menguruskan rumah sepenuhnya meninggalkan bisnes dan kerjayanya di Malaysia untuk bersama saya serta memudahkan segala proses pengajian saya.
Masa di tahun dua, saya nampak puncak gunung PhD itu dan naik macam dah tak mampu ketinggiannya. Terlalu tinggi pula puncak itu. Sayup … saya pandang ke bawah, nak turun jauh dah sangat pula. Saya cubalah panjat gunung itu. Injured. Panjatlah dengan kaki, lutut, sikut, berpeluk pada hujung-hujung batu di gunung itu. Sesekali saya berhenti, menangis, saya tolak lagi badan saya naik ke atas dan bila saya sampai ke puncak, saya dengan keadaan baju buruk, compang–camping, ada luka sedikit di badan, tapi saya sampai.”
Menerima tajaan pengajian dari UiTM, ibu kepada tiga orang anak ini sebenarnya cukup cemerlang dalam bidang seni yang diceburi. Sejak kecil, pelbagai pengiktirafan dimilikinya termasuk Anugerah Siswazah Terbaik Program, Anugerah Siswazah Terbaik Fakulti dan Anugerah Pingat Emas Yayasan Budiman UiTM pada tahun 2003.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada Allah jua kita kembali. Baru beberapa hari menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihanraya Negeri Sabah ke-17, Datuk Seri Bung Moktar Radin kembali ke rahmatullah pada 5 Disember 2025.