“Azad Ajar Bangun Pagi Kena Ceria, Baharu Rezeki Melimpah-ruah,” Kongsi Eira Syazira

Pasangan suami isteri, Eira Syazira dan Azad Jasmin terkenal dengan gelaran pasangan romantis. Azad memang kuat mengusik isterinya dan terlihat pasangan ini benar-benar bahagia dalam melayari rumah tangga mereka ditambah pula dengan kehadiran tiga orang cahaya mata yang comel.

Sebagai manusia biasa, pasangan suami isteri pasti diuji dan bercerita tentang dugaan hidup berumah tangga, kongsi Eira, “Sudah tentu saya pun ada dugaan tersendiri. Saya percaya Allah SWT turunkan dugaan untuk menjadikan kita yang lebih baik.

Dugaan yang saya lalui lebih kepada ketika mengandung dan berpantang dahulu. Masa tu emosi kita sebagai wanita tak stabil. Dengan tak cukup tidur masa tu, anak pula setiap dua jam bangun.

Tapi macam mana kita nak bangkit supaya tidak mengeruhkan keadaan. Sebagai contoh bila bangun tidur kita nak marah-marah, itu memberi aura yang negatif kepada orang di sekeliling.

Suami saya ‘mengajar’ saya bila bangur tidur, perkara pertama yang dia akan lakukan senyum kepada saya dan anak-anak sambil tegur “hi darling good morning,”. Mood ceria itu yang akan memulakan hari kita dan rezeki pun mudah masuk. Kalau marah-marah rezeki pun sempit,” kata wanita yang berusia 35 tahun ini.

Tambah Eira setiap suami perlu main peranan jika mahu rumah tangga bahagia. “Perempuan kan selalu emosi, saya pun tak terkecuali. Ketika ini suami kena main peranan yang penting.

Macam suami saya kalau dia buat lawak saya buat tak tahu dia akan bagitahu anak, “Tell your mother if your mother be like that she will be so fat and

jadi tua,” suami saya macam itu. Anak pula akan datang beritahu dan daripada kita mula nak marah jadi kita ketawa. Datang kat dia kita cubit dia,” ujar ibu kepada Amarra Sofea Rose, Ameisya Leanne Rose dan Areisya Suri Rose ini.

Eira juga beruntung mempunyai ibu mentua yang menyayanginya seperti anak sendiri. “Mak mentua anggap saya macam anak sendiri. Saya sangat rapat dengan mak mentua dan ramai yang sangka kami anak-beranak,” tutur Eira sambil tersenyum.

Bila diajukan pertanyaa ramai isteri yang tak boleh mesra ibu mentua, jawab Eira, “Saya juga masa mula-mula agak janggal mungkin sebab baru nak kenal. Masa saya bercinta dengan Azad dulu pun saya dah rapat dengan mak mentua.

Saya beruntung sebab mak Azad jenis happy go lucky dan friendly macam Azad. Jadi jangan kata saya, adik-beradik saya pun rasa mak mentua layan macam anak sendiri. Personally

mak mentua saya hatinya sangat baik.

Alhamdulillah saya bersyukur dikurniakan ibu mentua yang baik. Kenangan saya dalam pantang dulu, mak mentua jaga saya macam anak sendiri sementelah saya dah kehilangan ibu kandung. Kadang-kadang kalau nak bagi duit belanja saya tak beritahu Azad pun sebab dah anggap mak mentua macam mak sendiri.

Dalam rumah tangga kena ada sifat macam tu baru lah bahagia. kenapa kita nak rasa cemburu dengan ibu mentua sendiri? Mungkin restu dan keikhlasan mak mentua sangat penting sebelum berkahwin,” bicara Eira mengakhiri perbualan.

Foto: Instagram @eirasyaziraofficial

IKLAN
Share