AZAH AZIZ Kongsi Video Ucapan Raya, Wajah Tampan Anak-Anak Terunanya Curi Tumpuan

Bekas model yang juga pelakon terkenal era 90an, Norazah Aziz kini menetap di Montreal, Kanada bersama suaminya, Daud Leroy serta tiga anak lelaki. Sebelum ini mereka sekeluarga pernah menetap di Perancis dan London.

Wajah terkini bekas model dan pelakon terkenal Malaysia, Azah Aziz dalam usia lewat 40an. Gorgeous!
Bersama suami dan anak-anak terunanya yang kacak.
Pasangan bahagia dan romantik.

NONA meninjau akaun Instagram pelakon yang mesra disapa sebagai Azah ini bagi melihat bagaimana sambutan hari rayanya sekeluarga setelah lebih 20 tahun berada di perantauan. Nampak sangat meriah mereka meraikannya bersama rakan-rakan dari Malaysia.

Azah turut memuat naik satu video pendek di Instagram bagi menitipkan ucapan raya khas buat para peminatnya.

Ucapan Selamat Hari Raya from my boys, Aaron, Ryan n Justin. Tahun ni takde baju melayu semua dah tak muat and 1st raya Justin sekolah, yang lagi 2 busy, hubby pun busy kerja, so sebab tu takde gambar raya tahun ni, nanti kita buat open house will try to get everyone together for Raya pictures.

Tiga anak terunanya iaitu Aaron, Ryan dan Justin turut memberikan salam serta ucapan ringkas.

“Hahh, sorang cakap Selamat hari raya, sorang cakap assalamualaikum lakk, ok takpe Sambut jangan tak sambut k” tulisnya.

NONA juga kagum dengan ibu anak tiga ini, meski umurnya sudah mencecah lewat 40an dan anak-anak pun dah meningkat remaja tetapi tetap nampak awet muda. Tak berubah macam dulu, anggun dan gorgeous! Badan pun kekal langsing. Pandai Azah menjaga bentuk badannya sebagai seorang bekas model terkenal Malaysia.

Azah turut memaklumkan dia bersama keluarga akan berpindah ke Singapura pada tahun hadapan. Menurut Azah lagi, meskipun hampir 25 tahun tidak aktif dalam dunia lakonan, dia masih menerima tawaran berlakon di Malaysia dan Singapura.

Ini membuktikan dirinya masih diingati peminat dan ramai yang merinduinya untuk ‘comeback’Semoga Azah kekal bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang.

Kredit Foto: Instagram Norazah Aziz

IKLAN
Share