‘Baby Merdeka!’ SETH UWAIS, Anak SHILA AMZAH Sambut Ulang Tahun Kelahiran Pertama!

IKLAN

Tanggal 31 Ogos 2019 pastinya menjadi antara momen paling bermakna dalam hidup selebriti cantik, Shila Amzah. Masakan tidak, pada tarikh keramat itulah dia menerima ‘pangkat’ ibu dan selamat melahirkan zuriat sulung, Seth Uwais Haris Idraki. Sempena sambutan Hari Kebangsaan semalam, Shila Amzah dan suami turut tidak ketinggalan mengadakan ulang tahun kelahiran Seth Uwais yang pertama. Alahai, sekejapnya masa berlalu dan anak lelaki Shila ini dilihat semakin bijak dan sihat!

Berkongsi sambutan hari lahir Seth Uwais bersama peminat di Instagram miliknya, tiada ucapan yang mampu menggambarkan perasaan isteri kepada Haris Idraki Elias ini selain ungkapan syukur atas amanah yang diberikan kepada mereka sekeluarga. “Happy first birthday my baby boy, Seth Uwais. You are the reason I get out of bed every single day of my life. Your existence has given my life a meaning and a purpose. I cannot believe that you’re 1 now, how time flies. Mommy and daddy loves you Sethy, always and forever.”

Meskipun baru mencapai usia setahun tapi sambutan hari lahir Seth Uwais disambut penuh meriah. Bertemakan bola sepak, majlis ulang tahun kelahiran ini dihias indah
dengan dekorasi dan kek berunsurkan corak bola serta jersi. Malah, ‘birthday boy’ turut mengenakan T-shirt sedondon rona maroon bersama ibu dan bapanya yang terpampang tulisan Seth FC. Kreatif!

IKLAN

Menyedari situasi semasa dengan penularan wabak Covid-19, Shila mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan segala keperluan seperti alat bacaan suhu badan, cecair pembasmi kuman, pelitup muka dan wet tissue khusus buat tetamu yang hadir. Sememangnya bulan Ogos merupakan bulan ‘kegembiraan berganda’ buat Shila kerana bukan sahaja ia bulan kelahiran Seth Uwais tetapi juga dirinya yang meraikan hari lahir ke-30 pada 13 Ogos lalu.

Biarpun jadual Shila Amzah semakin padat sejak kehadiran Seth Uwais namun akan penghibur Datuk Amir Amzah atau ND Lala ini masih aktif mengemaskini media sosial dan
berkongsi rutin harian buat tatapan peminat. Bahkan, Shila juga kerap memuatnaik video memaparkan telatah anak kecilnya.

Melihat susuk tubuh dan pipi gebu Seth Uwais dengan gelak tawanya setiap kali diagah jelas memperlihatkan betapa anak kecil ini mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa. Apatah lagi, kehadiran Seth Uwais sebagai penyeri rumah tangga amat dinanti-nantikan Shila dan suami selama ini. Sudah tentu bayi comel ini ditatang bagai minyak yang penuh.

Sambutan hari lahir Shila Amzah baru-baru ini

Awal Februari lalu, Shila dan Haris berpeluang mengadakan majlis akikah anak tersayang. Pada majlis tersebut, keluarga kecil ini memilih persalinan rona putih bersih sepadan dengan pelamin akikah yang indah khas buat Seth Uwais. Mengimbas kembali kelahiran Seth Uwais Haris Idraki, Juara Asean Wave 2012 ini selamat melahirkan zuriat sulung pada tanggal 31 Ogos 2019 yang jatuh pada sambutan Hari Merdeka dan Awal Muharram secara pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Yang pasti, momen melahirkan Seth meninggalkan 1001 kenangan buat Shila. Kongsi Shila selepas selamat bersalin, “Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurniaNya dan rezeki. Memperkenalkan Seth Uwais bin Haris Idraki. Sha dinasihatkan untuk berehat oleh doktor setelah 55 jam 43 minit Sha berada dalam labour.”

IKLAN

Membuat pendedahan itu, ramai peminat setianya bertanyakan keadaan diri Shila waktu itu. “Alhamdulillah Seth is a healthy baby boy. Sha just tak dapat nak breastfeed betul-betul lagi sebab c section ni sangat tak selesa nak bf. Hari ni gagahkan diri juga untuk bangun. Keluarkan segala tiub from my body.

Anyways banyak orang tanya kenapa Sha kena emergency c section, actually disebabkan oleh Sha failed untuk dilate sampai habis walaupun dah diinduced, first kita try prostin, then the next day kita try foley balloon. Then lepas air ketuban pecah, kita try Pitocin that night. And I’ve been contracting tinggi sangat-sangat. Before amek Pitocin bukaan Sha 4cm je so me and Haris decided to take epidural (it was amaaaaazinggggg) doctors and nurses kat HUKM ni semua sangat bagus.

Tak sakit sangat pun bila jarum tu masuk kat belakang, doktor cakap dengan Sha supaya duduk, peluk bantal dan jangan gerak. So I didn’t move at all. Bila ubat masuk, you’ll get a tingling feeling macam kena mild electric shock. Then I started to feel numb from my lower back, lower abdomen, sampai la kaki. Honestly after days of contractions Sha rasa relieved sangat bila dapat epidural tu.”

IKLAN

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Haris Idraki Elias pada 19 April 2018. Moga dengan kehadiran Seth Uwais
membuatkan Shila semakin bersemangat untuk kembali aktif menyanyi dan meneruskan kerjayanya sebagai penghibur.

Sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak Covid-19, Shila Amzah turut terlibat menyumbang suara untuk lagu pesanan khidmat masyarakat
‘Jangan Keluar’ bersama beberapa selebriti tanah air antaranya Alvin Chong, Hafiz Hamidun dan Bella Astillah.

Kredit: Instagram Shila Amzah

Show comments
IKLAN
IKLAN
Published by
Suzi