Bagai Tak Dimamah Usia, Pelakon Telenovela Mis Tres Hermanas Kekal Cantik Di Usia 47

Bila menonton drama Hati Yang Dikhianati sepantas kilat teringat kepada drama telenovela terkenal dari Venuzuela iaitu Mis Tres Hermanas. Memang drama Hati Yang Dikhianati ini merupakan adaptasi telenovela popular yang pernah ditayangkan sekitar tahun 2000 itu dahulu. Terus terbayang pelakon utamanya yang cantik dan manis memegang wataknya sebagai Lisa Estrada, seorang jururawat yang mempunyai tiga adik beradik perempuan.

Foto: Instagram @ortizscarlet
Foto: Instagram @mis_novelas_favoritas_

Scarlet Ortiz yang membawa watak Lisa Estrada telah menjadi fenomena ketika itu. Memiliki rambut panjang, hitam dan lebat serta barisan gigi yang cantik telah menjadi pujaan tidak kira lelaki mahupun wanita. Penyanyi dan pelakon cantik ini rupanya masih bergiat aktif dalam bidang seni dan sering berkongsi aktivitinya di laman media sosial milik peribadinya.

Foto: Instagram @ortizscarlet
Foto: Instagram @ortizscarlet

Walaupun sudah meniti usia 47 tahun namun kecantikannya langsung tak pudar dan bagai tak dimamah usia. Melihat lakonannya dalam drama telenovela Mis Tres Hermanas seakan masih sama seperti wajahnya sekarang, langsung tak berubah. Kekal natural beauty dengan rambut panjang, hitam dan lebat serta senyuman manis yang sentiasa terukir di wajah. Malah lebih cantik sekarang daripada dulu. Apalah agaknya rahsia kecantikan wanita ini.

Foto: Instagram @ortizscarlet
Foto: Instagram @ortizscarlet

Menyingkap tentang kehidupan peribadinya kini, Scarlet Ortiz sudah pun memiliki seorang anak yang diberi nama Barbara Brianna Bürkle Ortiz, kini berusia 11 tahun. Jangan tak percaya, suami kepada Scarlet Ortiz ini turut sama membintangi drama telenovela Mis Tres Hermanas

dan memainkan watak lelaki jahat yang ada hati dengan Lisa Estrada.
Foto: Instagram @ortizscarlet
Foto: Instagram @ortizscarlet

Nampaknya watak lelaki ‘jahat’ berjaya menambat hati wanita ini di alam realiti. Namun, watak jahat yang dipegang oleh aktor kelahiran Jerman itu hanya di dalam telenovela tersebut sahaja. Melalui perkongsian wanita yang lahir di Caracas, Venuzuela ini di media sosial milik peribadinya, jelas tergambar kehidupan bahagia bersama suaminya Yul Burkle di samping anak perempuan mereka.

Foto: Instagram @ortizscarlet
Foto: Instagram @ortizscarlet

Wanita tinggi lampai ini memang sejak berusia 9 tahun telah terlibat dalam dunia lakonan. Walaupun begitu, Scarlet Ortiz tidak pernah meninggalkan pendidikannya. Wanita yang juga aktif sebagai model ini berjaya menempatkan diri di Central University of Venuzuela, mengambil jurusan psikologi. Namun, Scarlet Ortiz tidak dapat meneruskan pengajian kerana terikat dengan kontrak pertandingan Ratu Cantik Miss Venuzuela yang disertainya pada tahun 1992.

Scarlet Ortiz ketika menyertai pertandingan Ratu Cantik Miss Venuzuela. Foto: Instagram @ortizscarlet
IKLAN
Share