“Bahagia Cara Kita” Humairah & Umar Sumber Kekuatan SHUHADA, Rezeki Pula Makin Mencurah-Curah!

Nampak saja tenang, sentiasa mengukir senyum tapi dalam hati hanya Allah SWT saja yang tahu.

Nurul Shuhada Mat Shukri atau Shuhada, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi dilihat tidak menunggu lama untuk bangkit meneruskan hidup bersama anak-anak yang masih kecil. Kini dialah ibu, dialah juga bapa.

Berkat doa dan sokongan ramai Shuhada kini menjadi wanita yang lebih berdikari serta makin berani bersuara di media sosial.

Sejak menjadi perhatian, rezeki Shuhada dan anak-anak juga kian mencurah-curah.

Selain mengusahakan online business ‘Satu Tak Cukup’ by Shuhada Shukri, wanita berusia 29 tahun ini juga sesekali ada membuat product review dan terbaharu dia serta anak-anak ‘dilamar’ sebagai model untuk jenama fesyen Muslimah terkenal, Bella Ammara.

Kredit Foto: Instagram Bella Ammara

Alhamdulillah, rezeki Shuhada dan anak-anak di sebalik ujian yang hebat. Malah, Shuhada kini semakin cantik dan langsing!

Baru-baru ini di Instagram peribadinya, Shuhada ada menitipkan kata-kata bermakna buat dua permata hatinya, Humairah dan Umar. Tersentuh jiwa membacanya.

Humairah (putih kemerah merahan panggilan Rasulullah buat Aisyah isteri Baginda) anak pertama ibu yang Allah isi dalam rahim ibu, zuriat pertama yang Allah hadiahkan untuk ibu.

“Humairah seorang anak yang sangat cerdik, anak yang sangat baik, anak yang sangat memahami keadaan ibu, anak yang sangat solehah, anak yang mudah diurus, anak yang Allah berikan kesempurnaan fizikal dan mental.

“Ibu doakan semoga Humairah terus kuat, kita sama-sama menjalani kehidupan ke depan bertiga ya sayang? Ibu kasih, sayang Humairah sampai syurga Allah SWT.”

Tak dilupakan, Shuhada turut menitipkan kata-kata buat anak keduanya, Umar: –

“Umar (memperjuangkan yang hak dan batil, sebak sangat) semua yang melihat Umar mesti akan kata “ni mesti jaga ibu dia macam Uwais, yang akan memperjuangkan hak ibu, yang mendahulukan ibu dalam segala hal”

“Wahai anak ibu, ibu minta maaf, sepanjang kehidupan Umar 2 tahun 6 bulan ni, macam-macam jadi, tapi Umar tetap menjadi anak yang memudahkan kehidupan ibu. Anak yang sangat-sangat manja dengan ibu, anak SOLEH ibu.

“Wahai anak ibu Umar… (tak boleh teruskan, biarlah hati berbicara) Doa ibu sentiasa mengiringimu sayang.”

Tambah Shuhada biar apa pun terjadi, kasih sayang dan doanya sentiasa mengiringi anak-anak.

Shuhada menjadikan ujian yang sedang dihadapinya sebagai hikmah untuk dia menjadi seorang yang lebih baik.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Shuhada dan Hafidz mula menjadi perbualan hangat setelah Shuhada mendedahkan bekas suaminya itu ada hubungan dengan wanita lain.

Shuhada diceraikan oleh Hafidz dengan talak satu menerusi panggilan telefon, bersaksikan keluarga.

Mereka mendirikan rumahtangga pada 30 April 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

Majalah Nona mendoakan agar Shuhada terus tabah dan bangkit demi anak-anak seterusnya menemui kebahagiaan yang sebenar suatu hari nanti, Insha-Allah.

Kredit Foto: Instagram Shuhada Shukri

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

IKLAN
Share