
Kehamilan sememangnya momen yang sangat mengujakan bagi semua wanita. Lebih-lebih lagi bila pertama kali merasai kurniaan tersebut. Kalau boleh, tiap hari nak catat perkembangan bayi dalam perut.
Dalam keghairahan menyambut ‘orang baru’, jangan abaikan kesihatan diri. Sebab waktu mengandung inilah ramai wanita yang mengalami pelbagai masalah kesihatan. Bengkak kaki, kejang urat, pening kepala, kurang darah dan bermacam-macam lagi. Salah satu gejala yang sering dijangkiti ibu hamil adalah kencing kotor.
Kenapa wanita hamil lebih senang kena kencing kotor?
- Ketika hamil, banyak perubahan fisiologi yang berlaku dalam badan ibu. Lebih-lebih lagi pada sistem perkumuhan air kencing yang menyebabkan si ibu senang untuk mendapat jangkitan pada salur kencing.
- Isipadu pundi kencing bertambah dan otot-otot pada pundi kencing menjadi kurang tegang. 90% ibu mengalami perkembangan pada salur ureter disebabkan tindakan hormon progesteron yang tinggi ketika hamil dan juga tekanan daripada rahim yang membesar menyebabkan pengaliran air kencing menjadi perlahan sekaligus memudahkan bakteria terkumpul dan bermulalah jangkitan pada salur kencing.
- 70 % ibu mengandung pula mempunyai gula dan protein dalam air kencing, memudahkan bakteria berkembang dan memulakan jangkitan pada salur kencing.
- Bila melakukan hubungan kelamin ketika hamil, salur kencing urethra terkadang tercedera menyebabkan bakteria dari vagina memasuki salur kencing.
- Vagina boleh menjadi tempat takungan bakteria dari salur pencernaan kerana kedudukannya yang rapat dengan rektum dan usus besar. Maka bakteria dari rektum atau usus besar ini boleh memasuki salur kencing melalui urethra yang telah tercedera.
- Umur ibu yang meningkat, meningkatkan kemungkinan untuk mendapat kencing kotor juga.
- Ketidaknormalan pada sistem perkumuhan air kencing, atau ibu mempunyai penyakit kencing manis lagi senang untuk dapat kencing kotor.

Apa akan berlaku jika kencing kotor tidak dirawat?
- Saiz bayi kecil ( Low birth weight ) berat bayi kurang 2.5kg
- Bayi lahir tak cukup bulan / pramatang ( kurang 37 minggu )
- Ibu boleh mengalami masalah darah tinggi ketika hamil/ pre-eclampsia
- Anemia ( kekurangan sel darah merah yang membawa oksigen untuk ibu )
- Jangkitan pada air ketuban bayi ( chorioamniotis )
Sumber:
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Lazimnya, kencing kotor boleh dirawat dengan pengambilan air barli, kelapa dan jus kranberi. Ada kajian yang menunjukkan khasiat yang terkandung dalam buah kranberi boleh mencegah L.Coli daripada sel-sel di sekitar dinding saluran kencing dan jangkitan. Buah ini juga sangat baik dinikmati wanita hamil kerana vitamin C yang tinggi di dalamnya. Selain itu, pastikan minum air putih secukupnya untuk mengelak jangkitan kencing kotor.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!




Princess Sayako yang dahulunya dikenali sebagai Princess Nori kini membawa nama sebagai Sayako Kuroda setelah puteri diraja Jepun ini berkahwin dengan Yoshiki Kuroda pada tahun 2005. Disebabkan suaminya, Yoshiki hanya rakyat biasa… Sayako terpaksa melepaskan gelaran ‘puteri’ dan secara rasminya tersingkir sebagai ahli Imperial House of Japan. Beliau juga merupakan satu-satunya anak perempuan kepada Maharaja Akihito dan Maharani Michiko
Pada Mei 2017, berita pertunangan puteri Jepun ini diumumkan kepada rakyat. Beliau telah bertemu jejaka pilihannya iaitu Kei Kumoro ketika sedang melanjutkan pengajian di International Christian University di Tokyo. Disebabkan perkara tersebut, Princess Mako harus melepaskan status diraja sama seperti yang berlaku kepada ibu saudaranya, Princess Sayako.
Puteri Thailand yang dikenali sebagai Princess Ubolratana Rajakanya ini menjalani kehidupan yang sukar selepas memutuskan untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki warga Amerika iaitu Peter Ladd Jensen. Meskipun ia perkahwinan ‘suka sama suka’, pasangan ini ditakdirkan berpisah pada tahun 1998 selepas dikurniakan tiga orang anak.
Kembali semula ke negara kelahiran biarpun selepas kehilangan gelaran diraja, beliau sekali lagi diuji apabila anak lelakinya yang bernama Khun Bumi Jensen maut akibat tragedi tsunami yang melanda Thailand pada tahun 2004.
Dahulunya dikenali dengan gelaran Princess Ayako of Takamado yang kini menggunakan nama Ayako Moriya. Beliau kehilangan status diraja setelah berkahwin dengan rakyat biasa, Kei Moriya pada 29 Oktober tahun lalu. Sehingga ke hari ini, beliau selesa membahasakan dirinya dengan panggilan Mrs. Kei Moriya.

Berbeza dengan situasi puteri diraja di atas, Princess Srirasmi yang merupakan bekas isteri kepada Raja Thailand yang baru, Raja Vajiralongkorn meminta bekas isterinya itu melepaskan status diraja yang disandangnya setelah berdepan pertuduhan rasuah melibatkan ahli keluarga Srirasmi.









