Alhamdulillah, tahniah Shuib dan Watie! Akhirnya teka-teki mengenai hubungan cinta di antara usahawan ini sudah terjawab. Tidak mahu lagi membuatkan peminat tertanya-tanya, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad membuka mulut mengenai perancangan perkahwinan dengan wanita pilihannya itu.
Dedah Shuib kepada Berita Harian, dia bakal menamatkan zaman duda bersama Watie Hanifiah pada Jun depan.
Bapa kepada empat cahaya mata tesebut turut memberitahu persiapan perkahwinan juga sedang diatur dan berjalan lancar.
Pendapatan yang diraih pemain bola sepak ternama, Achraf Hakimi ini bukan calang-calang. Memetik laporan Capology, dia disenaraikan antara pemain bola sepak di Paris yang menerima bayaran paling mahal iaitu lebih £218,00 atau RM1.2 juta seminggu!
Achraf atau nama penuhnya Achraf Hakimi Mouh dilahirkan pada 4 November 1998 dan kini pemain bola sepak profesional untuk kelab terkenal dunia, Paris Saint-Germain (PSG) dan kapten pasukan kebangsaan Maghribi.
Anak kepada pasangan suami isteri keturunan Maghribi ini dipilih mewakili pasukan kebangsaan seawal usia 17 tahun. Bapanya iaitu Mohamed dilaporkan bekerja sebagai penjual jalanan. Sementara ibunya, Saida Mouh pula ialah suri rumah.
Menelusuri karier sukan Achraf, dia pernah bermain untuk kelab Real Madrid pada tahun 2016 dan pemain pinjaman ke liga bola sepak Jerman, Bundesliga mewakili Borussia Dormund. Seterusnya menandatangani kontrak mencecah €43 juta (Euro) dengan kelab bola sepak Itali, Serie A mewakili Inter Milan.
Bersandarkan prestasi cemerlang itu, Achraf sering diburu kelab bola sepak terkenal dengan bayaran tinggi. Sehingga berjaya menandatangani kontrak bersama kelab Paris Saint-Germain (PSG) pada tahun 2021 dengan nilai mencecah €68 juta selama lima tahun.
Achraf Hakimi mendirikan rumah tangga dengan pelakon jelita keturunan Sepanyol-Tunisia, Hiba Abouk pada tahun 2020 dan dikurniakan dua anak lelaki. Bagaimana pun perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan berpisah selepas kira-kira tiga tahun berkahwin.
Nama bintang bola sepak PSG ini terpalit kontroversi apabila bekas isteri meminta separuh daripada harta dan kekayaan Achraf ketika memfailkan cerai tetapi gagal memperoleh tuntutan tersebut kerana Achraf tidak mempunyai apa-apa harta atas namanya.
Lebih mengejutkan, semua aset yang dimiliki adalah atas nama ibunya iaitu Saida Mouh. Laporan akhbar Sepanyol, Marca turut menyatakan bahawa ibunya adalah penerima gaji Achraf.
Pun begitu, ibu pemain bola sepak berusia 27 tahun berkenaan sama sekali tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.
Memetik laporan Pulse Sports, sekian lama berdiam diri selama kira-kira dua tahun akhirnya Achraf menjelaskan punca dia memindahkan kesemua kekayaan ke atas nama ibunya.
“Ia tiada kaitan dengan perkahwinan. Ketika saya berumur 18 tahun dan masih tidak boleh menggunakan akaun bank sendiri, ibu sayalah yang menguruskan segalanya dengan baik.
Disebabkan itu, saya biarkan saja keadaan begitu terutamanya apabila kejayaan saya makin meningkat.”
Dia turut mendedahkan bahawa ibu telah mengurus kewangannya sejak usia muda.
“Sejak saya masih muda, saya sudah memperoleh banyak wang melalui bola sepak. Tetapi saya tak pandai menguruskannya.
Saya sentiasa meminta pendapat beliau tentang wang, sama ada ketika membeli rumah, kereta atau apabila saya memperoleh jumlah wang yang besar.”
Achraf memberi sepenuh kepercayaan kepada ibu tersayang dan berkata ibu adalah insan yang menyayanginya sepenuh hati.
“Saya rasa itu satu perkara yang baik, kerana pada akhirnya, apabila kita ada wang atau terkenal, hanya segelintir orang sahaja yang boleh kita percayai.
Dan saya percaya bahawa ibu adalah satu-satunya insan yang benar-benar menyayangi kita sama ada kita berharta ataupun tidak.”
Tambah Achraf lagi, “Hingga ke saat ini, ibu saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk saya. Beliau takkan pernah mengharapkan sesuatu yang buruk berlaku kepada saya, adik-beradik saya atau keluarga kami.
Jadi, dialah insan yang paling saya percaya dan yang sentiasa ada untuk membantu saya selain daripada adik-beradik.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seronok tengok keluarga bahagia penyanyi legenda rock tanah air, Dato’ Awie dan Datin Sharifah Ladyana. Makin hari pasangan suami isteri ini makin matang layari alam rumah tangga. Apatah lagi, anak-anak kian membesar sihat dan menginjak usia.
Terbaharu, ratu hati kesayangan Dato’ Awie ini memuat naik momen istimewa seisi keluarga ketika meraikan ulang tahun kelahiran anak bongsu mereka. Anak lelaki comel yang diberi nama Putra Ahmad Arjunna ini mencecah usia setahun pada 7 Julai lepas.
Sebagai anak bongsu, Arjunna bukan hanya dimanjakan penuh kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa. Bahkan menjadi kesayangan abang dan kakak tersayang. Untung Arjunna!
Datin Sharifah Ladyana Ibu Bahagia
Datin Sharifah Ladyana turut menitipkan ucapan bermakna buat anakanda tersayang sempena sambutan hari lahir pertama.
“You may not remember this day, but mummy will remember forever how it feels to love you this much.
You’ve filled our hearts and home with so much love. Happy 1st birthday to the little soul who made our love even bigger. We love you endlessly, Putra Ahmad Arjunna.”
Ibu berusia 37 tahun ini mendirikan rumah tangga dengan Dato’ Awie atau Ahmad Azhar Othman pada 7 Oktober 2016. Mereka dikurniakan anak sulung pada tahun 2020 dan anak kedua pada 7 Julai 2024.
Dato’ Awie juga merupakan bapa kepada tujuh orang cahaya mata hasil tiga perkahwinan. Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Arni Nazira, mereka mempunyai dua anak iaitu Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha.
Perkahwinan dengan Rozana Misbun pula dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha.
14 Februari lalu, penyanyi ini menerima pengiktirafan menerima Malaysia Book of Records sebagai First Artiste to Lead Multiple Bands in a Rock Concert.
Difahamkan isteri Datuk Awie ini pernah bekerja di sebuah syarikat penerbangan tempatan.
Selain memiliki rupa paras menawan, sikap Datin Ladyana yang mesra melayan anak-anak tiri meraih pujian. Dia menganggap mereka seperti anak sendiri dan cuba menjadi kawan baik kepada mereka.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa itu bahagia? Kalau diajukan soalan ini kepada sesiapa sahaja pasti bermacam-macam jawapan dapat di dengar. Namun yang pasti, setiap orang menginginkan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing. Meraih kebahagiaan menjadi impian setiap pasangan. Kebahagiaan itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha.
Pilihan di tangan anda sendiri sama ada untuk merasa bahagia atau sebaliknya. 25 tip berikut boleh dijadikan panduan buat anda dan pasangan untuk hidup bahagia:
Tunjukkanlah sokongan emosi kepada pasangan anda.
Khabarkan dan nikmatilah kisah-kisah kejayaan bersama.
Selalu setia kepada pasangan anda.
Ciptakan satu suasana yang harmoni dan tenang di kediaman anda berdua.
Sentiasa menghormati dan menjaga hak privasi pasangan.
Sentiasa memanggil pasangan dengan nama sebenarnya.
Jadikan pasangan sebagai orang kepercayaan anda. Jangan mudah menceritakan rahsianya kepada orang lain.
Memberikan kad ucapan, hadiah atau sekadar ucapan sebagai tanda ingatan di hari ulang tahun perkahwinan anda berdua.
Sentiasalah berada di sisi pasangan tika susah mahupun senang.
Berbicaralah dari hati ke hati dengan pasangan tentang perasaan masing-masing. Selesaikan masalah bersama-sama secara berhemah.
Maklumkan kepada pasangan tentang jadual kerja mahupun perjalanan anda.
Menerima rakan-rakan pasangan dengan baik.
Jangan mencela pasangan di khalayak ramai.
Mintalah nasihat mahupun pandangan daripada pasangan anda.
Banyakkan berbicara soal agama, politik, seks dan kematian bersama pasangan.
Tataplah mata pasangan saat anda berbicara dengannya.
Sentiasa berbincang soal kewangan bersama pasangan.
Sentiasa memberikan sentuhan kepada pasangan.
Sentiasalah bergurau senda dan saling menggoda pasangan bagi menyemarakkan perasaan cinta dan kasih.
Mintalah pertolongan daripada pasangan jika anda memerlukan.
Tunjukkan kepada pasangan jika anda sedang bersedih, risau atau kecewa.
Sentiasa bersedia memberi pertolongan mahupun pujian kepada pasangan.
Usahlah diungkit kisah lalu apatah lagi yang negatif. Apa pun, segala yang sudah terjadi telah selesai!
Buang rasa cemburu yang tidak bertempat. Cemburu ibarat racun yang boleh membunuh hubungan anda berdua secara senyap. Mencintai adalah memiliki rasa percaya terhadap pasangan.
Jaga komitmen antara satu sama lain. Menjaga kepercayaan dan saling menghormati adalah bentuk komitmen dari sebuah hubungan yang sihat. Usah berjanji jika anda tidak mampu memenuhinya. Ia akan mengurangkan rasa hormat pasangan terhadap anda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.