Bakal Jadi RAJA SEHARI, Rakan Selebriti Rai MIMI LANA Dalam Majlis Bachelorette Party!

Nampaknya Mimi Lana menghitung hari sebelum bertukar status menjadi isteri. Kebiasaannya, bakal pengantin akan diraikan dalam satu majlis istimewa atau bachelor party bersama rakan-rakan terdekat.

Perkongsian Fazura di laman Instagram miliknya memperlihatkan Fazura bersama beberapa orang rakan baik meraikan bakal pengantin ini dalam majlis yang dihadiri oleh teman rapat Mimi Lana.

Malah Fazura sempat menitipkan doa agar urusan perkahwinan pelakon cantik ini dipermudahkan serta kehidupan Mimi Lana selepas ini akan dipenuhi kebahagiaan bersama suami tersayang.

Fazura tampil jelita mengenakan sut berbunga rona hijau dilihat meraikan Mimi Lana bersama rakan-rakan selebriti lain antaranya termasuklah Amelia Henderson, Azira Shafinaz, Nabila Huda dan Sherry Al Hadad. Tema  tropika dengan motif bunga-bungaan menjadi latar majlis meraikan bakal pengantin ini yang tampil jelita dengan gaun berona merah.

Mimi Lana dikhabarkan telah mengikat tali pertunangan pada 21 Januari lalu dengan Syafiq Kyle atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31. Malah mereka pernah berkongsi khabar dengan pihak media tentang persiapan menjelang majlis pernikahan mereka yang dikhabarkan bakal berlangsung tidak lama lagi.

Dalam majlis berkenaan, seri bakal pengantin semakin menyerlah apabila dilihat anggun mengenakan gaun merah diraikan dengan nyanyian oleh rakan-rakan artis menerusi lagu I Say A Little Prayer nyanyian asal Aretha Franklin.

 

IKLAN
Share