Gaya Hidup

Bakal Menantu DS Najib Tun Razak, Fitri Aprinasari Utami Dapat Jolokan ‘Putri Betawi’ Aktif Berpolitik Di Indonesia

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak bakal menerima menantu tidak lama lagi apabila anak lelakinya dilaporkan baharu mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli politik muda Indonesia pada 4 Mei lalu.

Wanita bertuah yang berjaya mencuri hati anak lelaki DS Najib ini ialah Fitri Aprinasari Utami. Gadia manis yang berusia 26 tahun ini kelihatan gembira di majlis pertunangannya bersama Nazifuddin Najib, 32 tahun.

Sumber gambar: Sinar Harian

Gadis yang sering melemparkan senyuman manis ini merupakan anak kepada ahli perniagaan Indonesia terkenal, Tommy Sumardi. Majlis pertunangan ini telah berlangsung di salah sebuah hotel di Jakarta.

Pasangan sama cantik dan sama padan ini dikatakan merancang melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun ini. Nazifuddin, adalah seorang daripada tiga anak Najib daripada hasil perkahwinan terdahulu dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar.

Menurut laporan FMT, nama Tengku Puteri Zainah disebut bersama DS Najib dalam kad jemputan namun DS Najib dilaporkan tidak menghadiri majlis tersebut. DS Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam senarai larangan keluar negara sejak beliau hilang kuasa tahun lalu.

Fitri Aprinasari Utami aktif berpolitik dari bekas parti pemerintah Indonesia Golkar. Mendapat jolokan ‘Putri Betawi’ bersemangat membangkitkan motivasi di kalangan kaum wanita di sana.

Fitri Aprinasari Utami merupakan anak kelahiran di wilayah Tanah Abang ini seringkali dilihat turun padang bertemu dengan penduduk setempat.

Sumber: Sinar Harian / Foto: Instagram @fitriaprinasari

IKLAN
Share