Bangkok Diancam JEREBU BERACUN, Penduduk Mula Batuk & Bersin BERDARAH

Fenomena jerebu mungkin nampak kecil tetapi impaknya amat membimbangkan seluruh rakyat. Kini negara jiran kita sedang berdepan dengan masalah jerebu yang membimbangkan. Mungkin kita jarang sekali mendengar ibu kota Negara jiran, Bangkok dilanda jerebu. Biasanya Malaysia adalah negara yang saban tahun akan menerima tempias jerebu tersebut.

Masalah jerebu yang melanda Bangkok ini sudah berlarutan selama beberapa minggu malah semakin kritikal. Setakat ini 1,500 kilometer persegi bandar tersebut diisytiharkan sebagai ‘kawasan kawalan’. Kanak-kanak adalah golongan yang paling berisiko dengan jerebu ini. Kerajaan Thailand juga telah mengarahkan 450 buah sekolah di sekitar Bangkok ditutup sementara kerana fenomena jerebu ini.

Lebih parah apabila udara yang kotor itu dikatakan turut memudaratkan kesihatan penduduk setempat sehingga mereka yang terjejas dengan jerebu ‘beracun’ itu dilapor mengalami batuk dan bersin berdarah. Difahamkan, keadaan itu berlaku akibat pendedahan kepada tahap kepekatan partikel halus yang bersaiz 2.5 mikron dan ke bawah (PM2.5) yang membawa kepada ancaman kesihatan.

Menurut Portal The Nation pula melaporkan, bahawa pihak berkuasa telah melancarkan usaha untuk mengatasi isu tersebut termasuk melakukan semburan air untuk memerangkap pencemar mikro, menghasilkan hujan tiruan menerusi pembenihan awan, serta mengetatkan lagi undang-undang terhadap pelepasan asap kenderaan.

Berapa agensi kerajaan turut melancarkan usaha untuk memerangi masalah jerebu yang semakin buruk sejak ia melanda ibu negara Thailand itu minggu lalu. Bagaimanapun, langkah-langkah tersebut dilihat masih gagal. Malah meminta penduduk tidak membakar kayu gaharu dan kertas ketika sambutan Tahun Baru Cina. Manakala stok topeng pencemaran kehabisan di kebanyakan kedai.

Masalah jerebu yang melanda Bangkok itu berpunca daripada pelepasaan asap ekzos kenderaan, pembinaan yang tidak teratur, pembakaran tanaman dan pencemaran daripada kilang yang terperangkap di tengah bandar raya.

Tahukah anda apakah jerebu itu? Jerebu ialah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah habuk, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan.

Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.

Sumber: Astro Awani

 

 

 

IKLAN
Share