Bantu Keluarga Dhaif Tinggal Di Bawah Jambatan, Jiwa & Perasaan YM TENGKU ADENA Luluh

Kagum betul dengan wanita hebat ini, YM Tengku Khairul Adena Tengku Abdullah. Biarpun berstatus ibu tunggal namun wanita berusia 51 tahun dan berketurunan kerabat Perak dan Selangor ini seorang yang sangat humble dan berjiwa mulia.

Mesra disapa sebagai Tengku Adena, seorang yang sangat berjiwa prihatin serta memahami permasalahan yang dihadapi oleh insan sekeliling.

YM Tengku Khairul Adena Tengku Abdullah di usia 49 tahun.

Kerana tanggungjawab dan amanah terhadap sesama insan, Tengku Adena sering turun padang membantu golongan susah dan dhaif tanpa mempedulikan beza status antara dirinya dan mereka.

Bagi Tengku Adena, amalan sedekah menjadi asbab seseorang itu berjaya dalam kehidupannya malah lebih berkat. Jika diizinkan Allah SWT, ia juga menjadi jalan untuk kita ke syurga.

Tengku Adena merupakan ibu kepada seorang anak perempuan yang kini sudah pun berkahwin. Tengku Adena kini aktif dalam dunia perniagaan dan pertubuhan NGO dalam melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan.

Tengku Adena bersama anak perempuan yang juga anak tunggalnya.
Ibu dan anak sama cantik!

“Antara kenangan paling memberi kesan kepada saya ialah misi bantuan ke tempat yang didiami oleh keluarga dhaif. Saya bersyukur dan terharu kerana mendapat support daripada pertubuhan-pertubuhan NGO lain yang sudi membantu.

“Dalam misi tersebut saya tak sangka ada lagi insan yang duduk di bawah jambatan. Ada 3 keluarga di situ, duduk di rumah kayu dan tepi sungai. Saya terkedu dan ia benar-benar mengusik jiwa saya. Pada mulanya mereka menolak untuk dibantu kerana tak mahu meminta-minta.

Lensa kenangan terindah ketika Tengku Adena dan team membantu keluarga dhaif yang tinggal di bawah jambatan beberapa tahun lalu.

“Perjumpaan seterusnya saya pujuk lagi akhirnya mereka terima. Ketika itu ramai pihak yang tampil hulur bantuan antaranya individu, syarikat dan NGO.

“Bagi saya kena belajar redha baru hati tenang. Sangka baik, Allah SWT akan bagi yang baik-baik,” kongsi Presiden Pertubuhan Pusat Data Usahawan Ekosistem Malaysia (MEEDC), serta Presiden Srikandi ini.

Tengku Adena merupakan penerima Anugerah Ikon Usahawanita Selangor dari Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia.

Satu lagi rahsia ketenangan dan kejayaan Tengku Adena ialah dengan sentiasa bersedekah.

“Jangan berhenti bersedekah. Saya didik diri sendiri, setiap hari sebelum tiba ke pejabat saya akan singgah surau atau masjid berhampiran untuk bersedekah. Bermula dengan nilai yang kecil, kemudian naikkan sedikit demi sedikit. Yang penting ikhlas,” kongsinya.

AKTIF BERSAMA NGO
“Ada 3 perkara dalam kehidupan yang saya buat dan ia satu cabaran dari segi masa. Saya belajar dalam proses menjadi seorang usahawan sambil aktif dalam pertubuhan NGO. Alhamdulillah, ia mengajar saya erti hidup yang sebenar.”

Bersama rakan baik, Datuk Rozzana.

“Alhamdulillah anak dah kahwin jadi beban tugas sebagai ibu tu dah lepas. Saya ada masa untuk diri sendiri. Bila berkecimpung dalam dunia korporat saya ada team, segala urusan dipermudahkan.

“Untuk urusan NGO saya tak perlu keluar sebab boleh online. Jadi di rumah saya juga sibuk berhubung dengan usahawan-usahawan seluruh Malaysia.”

KEPUASAN BUAT KEBAJIKAN
“Bila tengok orang susah baru kita sedar, ada yang tidurnya tanpa tilam tapi mereka tetap bersyukur. Kita jangan asyik merungut atas segala kekurangan. Kita kena muhasabah diri dan menghargai orang sekeliling kita terutama keluarga.

“Kepuasan dalam membuat kebajikan tu membuatkan kita rasa bahagia, gembira dan tenang sebab kita dapat buat orang tersenyum.

Tengku Adena ketika dalam misi untuk pembangunan sekolah Pondok Bustanul Arifin, Banting, Selangor.

Bersama anak-anak orang Asli Kg Padi. Menggembirakan mereka adalah satu kepuasan buat Tengku Adena.

“Berniaga adalah untuk progres dan diwarisi. Kita tak mahu mereka berniaga sekadar untuk sara diri. Kita rakyat Malaysia, dan Bumiputera Islam kena jadi usahawan Muslim yang berjaya. I

“tu yang saya tekankan dalam MEEDC sebab nak wujudkan ramai lagi usahawan Muslim yang berjaya. Saya nak lahirkan lebih ramai ‘Ebit Lew’ dalam MEEDC ni agar kita menjadi hartawan dan dermawan.

“Dengan itu kita dapat menderma. Bila semua Bumiputera Islam ni dah maju kita dapat membantu dalam kebajikan.”

Bersama sahabat, Surina Mohd Zain.

Kredit foto: Instagram @tengkuadena_official

IKLAN
Share